
Terokai terowong bijih timah di Sungai Lembing bersama anak-anak
Tak plan pun nak masuk lombong bijih timah ni. Niat di hati cuma nak daki Bukit Panorama. Tapi, alang-alang dah drive jauh 94 km dari Kemaman ni kan, apa salahnya pusing tengok kawasan seluruh Sungai Lembing. Mulanya anak-anak beriya nak pergi muzium. Bila tengok brosur macam banyak gambar dan penerangan je terus tak jadi. Pujuk anak-anak ke tempat lain. Itu yang akhirnya terjumpa terowong bijih timah ni. Terima kasih kepada makcik kedai makan 2 tahun lepas yang cadangkan ke sana. Dulu tak pergi sebab dah melencong ke Jambatan Gantung Kolong Pahat. Bukit Panorama, jambatan gantung dan lombong bijih timah ni semuanya berada di Sungai Lembing.

Selesai mendaki, kami bersarapan roti canai di food court yang berada bersebelahan dengan padang. Situ orang Melayu. Makanan halal. Kalau food court dekat dengan pasar pagi, itu kawasan kaum Cina. Status halal diragui. Kalau nak pergi pasar pagi sekadar nak cuci mata, silakan. Menarik jugak tu.
On the way nak gerak ke lombong, kami nampak ada dua buah jip nak bawa students IPT pergi ke Air Terjun Pelangi. Fuh, itu pun salah satu impian jugak sebelum ni. Lek dulu sementara menunggu Niqrisa besar. 2, 3 bulan lagi. Eh! Tak sabor.
Disebabkan kami pergi hari Isnin, maka tak ramailah orang. Sesenang hati kami je nak parking kat mana pun. Tak mungkin la nak parking jauh kan. Mestilah betul-betul depan pintu masuk. Kenapa boleh ber holiday Isnin? Kebetulan negeri Terengganu cuti sempena Ulang tahun Yang di Pertuan Agong. Pahang pulak kerja macam biasa. Itu yang lengang je semua tempat termasuklah atas bukit tadi. 17 orang je kami jumpa sepanjang tempoh 1 jam 30 minit mendaki. Kah!
Berbalik cerita masuk lombong bijih timah. Tiket untuk dewasa RM15. Bagi kanak-kanak pula RM7.50. Terkejut jugaklah sebab terpaksa keluarkan duit RM45 untuk kami berempat (niat buat aktiviti bukit sebab nak jimat. Huhu) Bayi percuma. Kalau tau bayar cenggini mahal memang tak masuk. Tapi! Ada tapi. Petugas kaunter cakap, “Bayar untuk dewasa jela. Total RM30 jerr. Ahaks!
Masuklah kami dengan senang hati. Tiba-tiba dapat diskaun. Hehe Jalan sikit akan jumpa lokomotif (keretapi lombong) Ada petugas menunggu di situ minta tiket. Cuak jugak sebab kami cuma ada 2 tiket berbayar je sedangkan kami berlima. Petugas tu tak tanya pun. Ambil dan koyakkan sebagai bukti kami masuk secara sah. Petugas mengarah kami naik atas lokomotif. Pelik la kan. Nak bergambar ke? Tiba-tiba lokomotif ni dihidupkan enjin dan membawa kami memasuki ke dalam terowong sejauh 80 meter. Hidup lagi rupanya lokomotif ni.

Pengalaman baru buat kami. Bercampur-aduk perasaan kami ketika dibawa dari tempat terang ke tempat gelap. Teruja, seronok, gembira, takut, seram, eh, semua ada la!

Tak sampai 3 minit, lokomotif berhenti untuk menurunkan kami. Suasana sejuk dan suram di dalam terowong seolah-olah kami berada di alam lain. Sunyi. Hanya kami berlima bersama petugas je yang ada di dalam terowong ni. Petugas tu memaklumkan lombong ni sesak hanya di hujung minggu sahaja. Sekali masuk sampai 40 orang. Siap ada yang pengsan sebab lemas, yang terjatuh ke parit dan tak dengar penerangan sebab terlalu ramai dalam satu masa. Di hari biasa, macam ni jela. Takde pengunjung pun. Kami ni kira bertuah sebab kami je pengunjung ketika itu. Seolah petugas tu diupah khas sebagai tour guide peribadi kami. Angkat kening skit.


Petugas tu fokus menerangkan tentang bijih timah ni kepada kami. Layan je setiap soalan yang kami tanya. Anak-anak pun bukan main menanya. Takde nak berebut soalan pun. Takyah nak angkat tangan bagai. Tanya je. Terus dapat jawapan. Hehe

Dalam ni sejuk. Ingatkan pasang aircond. Rupanya ada satu lubang yang dikorek sehingga ke atas bukit. Angin luar masuk melalui lubang dikorek tu. Dalam terowong ni sejauh 500 meter. Setiap meter perjalanan ada ditanda. Makin dalam, makin lemas dan panas. Ditambah dengan keadaan suram yang hanya ada bantuan lampu malap je. Yang ada penyakit lelah atau anxiety tak boleh ada ditempat sempit elok jangan masuk. Memang boleh pengsan.

Banyak yang boleh dipelajari dalam ni. Macam mana rupa sebenar bijih timah mentah. Beza bijih timah dan emas di dinding batuan. Kaedah mengangkut bijih timah pun ada disertakan. Siap ada amali lagi. Tayangan video juga disertakan sekali dalam ni agar memudahkan pemahaman tentang penutupan lombong bijih timah. Taknak cerita sebab nak pembaca semua datang sendiri ke sini untuk rasai pelbagai perasaan dan pengalaman semasa kami mengunjungi tinggalan terowong bersejarah ini.


Apa lagi? Set date la. Orang KL pun ramai yang datang ke lombong ni. Tak perlu risau boleh bosan. Sungai Lembing menjanjikan keseronokan pelbagai aktiviti. Kami pun rasa nak repeat lagi. Ada banyak lagi tempat belum dikunjungi lagi. Nanti kami dah pergi, kami akan kongsi. Selamat bercuti!
13 thoughts on “Terokai terowong bijih timah di Sungai Lembing bersama anak-anak”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Ohh so far tak pernah lagi pergi melawat ke mana-mana lombong biji timah, nampak bagus juga yea sbb educational kan. baru tau mcm mana dalam dia, ada bayaran masuk dan sebagainya if nk melawat hehe. nice sharing!
must come here. banyak sangat tempat riadah bersama keluarga atau kawan2. pakej nak ke air terjun pelangi pun murah je. nak tidur dalam kapsul suasana hutan pun boleh. dah dua tahun berturut2 saya ke sini
Menarik perkongsian ni semenarik tempt ni.
aduhai…. bila la nak sampai ke sini. Bila baca je pasal terowong bijij timah ni, rasa nak pergi tapi tak juga pergi-pergi. Ni orang kata, dekat tapi jauh. Harap-harap tahun ni dapat sampai ke sini
Pengalaman yang baru buat adik-adik. hehe. Kalau pergi ke tempat sebegini keselamatan kena di titik berat kan. huhu
Bestnya kita orang Pahang sendiri pun tak pernah sampai ke Sungai Lembing ni tapi tengok kat sini sekarang dah banyak tempat pelancongan dan juga ada beberapa resort dan hotel kat sini nak pergi juga satu masa nanti hurmmm…
Cuma tau Sg Lembing tu kat Pahang je. Dulu duduk phg pun tk pernah sampai. Dah pindah kl, baru pulak teringin nk pegi. Nampal menarik juga sini..tp watpe nye tiket mahal benor. Hehe. Okla pengalaman baru boleh tgk sendiri depan mata.
Yang ni tempat nak visit juga sebab ramai orang dah bgtau pasal tempat ni. Nak pi melawat sendiri terowong biji timah ni. boleh tahu sejarah sikit.
Bagus bawa anak-anak cuti sikit sambil belajar tentang sejarah tempatan kan.
Seronok betul dapat buat aktiviti macam ni dengan keluarga dan anak-anak ya. btw saya sendiri tak pernah sampai sini lagi.
Pernah ke Sungai Lembing tp x nmpk pn terowong biji timah ni. looks super interesting, makes me want to make another trip there just to visit this historical location. Thanks for the intro! 🙂
Bestnya dapat diskaun tiket, dapat naik train tu, dapat banyak ilmu tentang bijih timah. Even kita dah dewasa ni pun belum tentu kenal industri perlombongan bijih timah ni. Cun jugak kalau jalan-jalan dekat sana
Ohh big no for my family nak masuk lombong macam ni. Memang menarik pengalaman nya tapi I sejenis ibu yg paranoid, nak-nak pula soal keselamatan anak2. Jujur ngaku.huhu. Plus 2 of my kids menghidap asthma. So kita belajar dari pwngalaman orang je lah hihi
Satu lg lokasi DLM negara yg sempoi tp tk ramai yg tahu dan kena promote lebih lagi tmpt Nie bagi org tau