Hiking Bukit Telaga Simpul – tamat di rumah api

Kaki panjat bukit santai macam kami ni memang suka sangat terjah bukit baru. Ramai jugak kawan aku dah daki bukit ni tapi aku jela belum berkesempatan ke sini. Jadi, aku dan keluarga cuba jugak cari peluang nak rasai sendiri pengalaman mendaki bukit di sana. Aku tak pasti nama bukit ini. Yang aku tahu, nak ke sini dari Bandar Chukai perlu […]

Daki Bukit Mak Dayang dalam Bandar Chukai Kemaman – Vlogging

Bulan Ogos dah ni. Kami sekeluarga baru berkesempatan daki bukit buat pertama kali di tahun 2020. Aku jela sempat dua kali sebelum ni. Sebelum ni aku pergi ke Bukit Harimau dengan kawan-kawan ikut trek baru. Bukan taknak daki bersama keluarga. Cuma masa tu tak kena. Untuk kali ini, kami cuba cari masa untuk daki bersama. Pada mulanya plan nak ke […]

Keunikan trek baru Bukit Harimau Menangis

Aku pernah tulis pasal Bukit Harimau Menangis – Hiking dengan anak-anak bertarikh Jun 22, 2019. Dah setahun berlalu. Lepas tu dah tak boleh panjat dah sebab kekangan masa. Bukit Harimau Menangis (BHM) jauh dari tempat tinggal aku. Sejauh 40 minit perjalanan dengan halaju 120 km/jam. Maka, setahun kemudian baru boleh repeat. Kihkih Baik. Aku ulang balik secara ringkas kat mana […]

Sand dune Pantai Mek Mas – Luncur pasir KB

Percaya atau tidak, nak meluncur pasir tak perlu ke Australia. Kat Malaysia ni pun ada. Yang paling tak sangka ialah tempat main luncur pasir ini terletak di kampung halaman sendiri iaitu Kota Bharu!!! Bukan di tengah bandar Kota Bharu tau. Kena drive 8 km ke Pantai Mek Mas yang dahulunya pernah digegarkan dengan pertandingan foto warga emas sedang mencari cucunya […]

Pertama kali ber vlogging

Sebenarnya, channel youtube dah lama kami wujudkan. Kalau tak silap, dari tahun 2013 lagi. Waktu aku masih berkhidmat di SMK Kerteh. Fuh, dah 6 tahun usia channel Ralitmedia. Aku letak nama Ralitmedia ni bersempena nama lama blog aku. Video yang last-last ni aku baru dah tukar ke nhazlafikri.com. Tapi macam tak kena pulakkan. Nanti aku jumpa nama bersesuaian, aku tukar […]

Hiking Bukit Mak Dayang bersama bayi

Daulat tuanku! Tiba-tiba diberi cuti bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Terima kasih atas pemberian cuti umum buat rakyat Malaysia. Maka dapatlah patik sekeluarga mendaki bukit bersama keluarga. Bukit mana lagi kalau bukan Bukit Mak Dayang! Ini kali kedua aku ke sini. Sebelum ni dengan suami je. Anak-anak bersekolah pada hari […]