MALAYSIA
Sand dune Pantai Mek Mas – Luncur pasir KB

Sand dune Pantai Mek Mas – Luncur pasir KB

Percaya atau tidak, nak meluncur pasir tak perlu ke Australia. Kat Malaysia ni pun ada. Yang paling tak sangka ialah tempat main luncur pasir ini terletak di kampung halaman sendiri iaitu Kota Bharu!!!

Bukan di tengah bandar Kota Bharu tau. Kena drive 8 km ke Pantai Mek Mas yang dahulunya pernah digegarkan dengan pertandingan foto warga emas sedang mencari cucunya yang hilang sekaligus telah memenangi tempat ketiga bagi Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA) Dubai – 2014

Sumber 1Malaysianews : Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA) jurufoto oleh
Muhamad Saleh. Sampai sekarang aku ingat gambar ni. Tahniah

Pantai ni sangat dekat dengan rumah mentua di Banggol. Sekadar nak makan keropok dan minum air nyiur (kelapa) Tak sangka ada gumuk pasir yang sangat tinggi. Sungguh aku tak tahu hal gumuk pasir ni. Last aku datang sini cuma ada tebing tinggi. Mana tebing tu aku dah lupa kat mana. Aku sendiri dah tak cam tempat ni. Tahun bila wei last aku datang sini???

Waktu aku sampai jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Tak terlalu petang bagi aku. Just nice untuk merasai cahaya matahari petang. Kalau sampai pukul 4 boleh tahan membahang di kulit. Jangan lupa sapu sunblock sebelum ke sini. Elakkan kulit terkena cahaya matahari secara terus. Tak elok untuk kulit baik lelaki atau perempuan. Sejak tua ni aku alert bab ni. Hihi

Masih lagi panas. Cuma, bila meluncur, sila meluncur di side yang teduh. Beriya si kecik ni naik ke puncak. Sakit belakang abah

“Gumuk pasir mempunyai papan luncur yang dibeli khas di Jepun.”

Kata orang yang sediakan perkhidmatan sewa papan luncur. Entah betul ke tak kenyataan si penyewa ni. Aku sewa satu je papan untuk dua orang anak. Biar mereka berkongsi. Kedekut? Tak la. Ini langkah penjimatan.

Harga bagi satu papan adalah RM3 untuk tempoh penggunaan 30 minit. Sila set masa supaya tidak terbabas penggunaan. Jangan ambil hak orang. Dosa. Ada je aku perati guna sampai tak sedar diri masa dah terbabas. Si peniaga tenung je daripada jauh. Sian la dia. Papan luncur ni pun bukannya banyak. Kesian la jugak budak-budak lain ramai menunggu nak main. Elakkan diri kita menjadi orang yang tidak amanah dengan masa.

Aku takde rakam video. Kalau tidak, boleh tahan jugak laju waktu meluncur turun.

Papan luncur ini tidak terhad kepada budak-budak. Mak budak pun boleh main. Buruk rupa kalau aku main benda ni. Untuk menjaga imej mak yang anggun, aku jadi tukang tolak jela. Lagipun, nak naik ke puncak gumuk tu buka main penat.

Aku tak main. Aku cuma pose dengan slide. Betul, aku tak tipu

Aku tak boleh agak ketinggian gumuk pasir tu berapa. Cuma, tiap kali nak panjat, kaki aku akan terjerumus ke dalam pasir. Nak angkat balik kaki ke atas boleh makan tenaga yang banyak. Panjat tak sampai separuh dah penat. Aku yang suka hiking ni pun macam tak larat betul rasanya. Dahaga! Panas dan burn kalori banyak. Dah boleh dikatakan muscle training ni.

At top of sand dune.

Tapi, amat berbaloi bila dah sampai puncak gumuk pasir ni. Pemandangan 360 beb. Takde langsung halangan pokok atau bukit lain. Pemandangan laut terbentang luas depan mata. Angin juga bertiup agak kuat. Boleh buruk rupa kalau pakai tudung bawal sebab awning dah kelepet. Untuk perempuan, sila pakai shawl. Pin elok-elok. Orang lelaki diam sudah. Korang takkan faham.

AKTIVITI LAIN PANTAI MEK MAS

1. Makan

Syok. Banyak gerai makan kat sini. Aku aim nak makan keropok dan minum air nyiur je kan. Sekali ada aiskrim dan mi sup. Tapi, sayangnya, tempat makan tak banyak disediakan. Kena bawa tikar untuk duduk. Nak basuh tangan pun takde. Bawa sekali tisu basah.

2. Main layang-layang / wau

Angin pantai timur memang kuat. Jadi, bila dilayangkan wau sangat la mudah naik tinggi. Cuma, pastikan tidak terhumban ke kepala orang. Ini biasa terjadi apabila pilot berumur 7 tahun dan ke bawah. Dah jatuh, dia lari macam tu je.

3. Bergambar di Hutan Ru

Tempat kegilaan bagi pengantin-pengantin baru. Disebabkan sini ada pokok ru yang menampakkan tempat lebih kurang di Pulau Jeju, Korea. Pengantin lama pun mana boleh kalah. Bride maid mereka adalah anak-anak kemain ramai berkepak kiri kanan.

4. Mandi-manda

Pantainya landai. Seronok la mandi. Cuma, anak-anak perlu ada penjaga sewaktu mereka sedang mandi di pantai. Orang tua pun, elakkan pergi ke tempat air dalam. Nak datang suka-suka kan. Jangan pulang dengan keadaan berduka pula.

5. Kutip sampah.

Ini aktiviti paling rare. Pantai sangat cantik. Kawasan penuh aktviti. Tapi, sayangnya, sampah memang banyak. Tong sampah jarang-jarang dan kadang-kadang jumpa. Yang konpem ada ialah lubang untuk bakar sampah. Jadi, apa kata bawa plastik sampah dan kutip. Ini pun aktiviti jugakkan. Yang sado makin sado. Yang comel, makin lote. Apa kaitan pun aku tak tau.


Anak aku takde luncur pun nak jugak turun naik sand dune ni. Teruja sebab pertama kali jumpa kot. Takpe la nak. Main la. Benda free

Bagi sesiapa yang nak bertandang ke Kota Bharu nanti, masukkan Pantai Mek Mas di dalam senarai akan dikunjungi. Percayalah, anak-anak anda takkan menyesal. Bagi ibu bapa, mungkin fulusnya akan berkurang. Tapi, kenangan abadi dah bertambah buat keluarga anda. Selamat melawat Kelantan, semua!

Malaysia truly Asia

16 thoughts on “Sand dune Pantai Mek Mas – Luncur pasir KB

Leave a Reply