
Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL
Hari ketiga berada di Chengdu. Aku memilih untuk ke daerah Dujiangyan bagi mengenali lebih mendalam lagi budaya masyarakat Cina. Dujiangyan bukan satu destinasi popular sangat. Terutamanya orang Melayu kita. Kalau kaum Cina Malaysia aku tak heran pun. Mereka mampu ke mana sahaja dalam negara China. Nak kata bersepah kat mana-mana tu, tak la jugak. Tapi, ada je yang menegur kami. Asalnya mereka yang mula tegur kami dulu memandangkan kami ni kepochi sangat dengan anak-anak walaupun sedang berada di luar negara. Aku ni mak-mak yang sentiasa bising dengan anak-anak hokey. Kah!
6 Disember 2019 – JUMAAT
Kami menggunakan kenaikan subway untuk ke Dujiangyan. Naik subway sehingga ke Xipu Station. Xipu Station merupakan stesen yang terakhir di line 2. Turun dan jalan keluar untuk beli tiket keretapi ke Dujiangyan di luar stesen subway. Nama stesen tu Xipu Railway Station. Mesti korang konpius kan. Dua stesen ni adalah berbeza. Kena jalan lebih kurang 5 minit baru jumpa stesen ni.
Di sana, beli tiket keretapi ekpress menuju ke Dujiangyan. Seat takde nombor. Siapa cepat, dia dapat. Maka, aku dan anak-anak mestilah tak dapat bersaing dengan penumpang lain yang solo. Mereka tangkas tanpa membawa budak-budak. Takpe la. 15 minit je pun kena berdiri sepanjang perjalanan.
Tibanya di stesen Dujiangyan, kami terus dapatkan teksi dan hantarkan kami ke Ancient Town Dujiangyan. Terkejut jugak la bila sampai. Takde pulak terdetik di hati nak google dulu dan tengok tempat ni. Cantik sangat. Bangunan lama yang dihiasi dengan ukiran zaman dahulu. Apartmen yang aku menginap ni mengadap dengan sungai. Bawah tu berderet dengan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan.
APA YANG MENARIK DI DUJIANGYAN?
1. Sistem pengairan paling lama dunia
Rugi sangat kalau datang Dujiangyan tapi tak singgah sistem pengairan yang dah wujud sebelum tahun masihi lagi. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan sangat berbaloi bayar mahal tiket masuk ke sana. Amat sesuai untuk masuk bersama keluarga. Anak-anak boleh merasai pengalaman berjalan di atas jambatan gantung yang masih teguh.

2. Bangunan lama dikekalkan
Aku suka tengok bangunan-bangunan tersergam elok padahal dah berabad usianya. Seperti sedang berjalan dalam movie panggung yang masih wujud pemerintahan dinasti. Bandar pun sangat besar. Nak jalan satu kawasan untuk satu hari rasanya tak mampu. Ini aku la. Sebab penat nak mengheret anak-anak. Aku menginap selama 3 hari 2 malam pun belum sempat nak ronda habis di setiap lorong. Luas sangat.

3. Budaya Cina yang utuh
Kedai makan ke, tempat ibadah atau laluan pejalan kaki, memang sah-sah kita di China. Semua nampak sama je. Dia punya trademark tersangat China. Memang di bawah pemerintahan komunis tak boleh langsung cat berlainan warna. Tulisan bahasa lain juga tidak dibenarkan. Semuanya nampak original dan tulen. Cakap pun hanya satu bahasa je iaitu bahasa Cina. Aku tak pasti Hokkien, Kantonis atau Mandarin. Kedengaran sama je bagi aku. Aku hanya mampu bercakap dengan pakai aplikasi translator di telefon. Telefon tolong cakap bagi pihak aku. Hebat tak?
4. Tempat beribadat
- Tokong ajaran Taoisme
Sini bermulanya ajaran Taoisme. Agama yang mempelajari ‘kesatuan antara langit dan manusia.’ Di sini mempunyai banyak tokong yang berusia lebih 1500 tahun. Ramai penganut agama Tao ini datang ke sini untuk mengunjungi tokong-tokong yang ada.

- Masjid Pintu Selatan
Satu-satunya masjid yang ada di Dujiangyan. Kalau dilihat daripada luar, kelihatan sama sahaja dengan bangunan kedai yang lain. Perasan pun sebab di pintu masuk ada tulis masjid dalam ejaan Jawi. Walaupun Muslim tak ramai, tapi komuniti di sini hidup aman dan harmoni.

5. Makanan halal
Sangat banyak! Jika diberi peluang sekali lagi, aku nak tinggal sini lama lagi sebab tak perlu kelaparan. Cakap je nak makan apa. Berderet kedai makanan halal yang menyajikan pelbagai jenis masakan. Boleh dikatakan, tengahari dan malam kami menyinggah di kedai yang berbeza. Sengaja buat macam tu sebab nak rasa semua makanan yang ada. Syurga makan weh!


6. Deretan kedai membeli-belah
Sini merupakan tempat shopping. Harga tak murah, tak mahal. Barangan ada yang branded dan ada yang tidak. Aku cuma beli snow cap je untuk suami sebab yang lama jadi longgar waktu tiba di China (tak cek pun. Main bawak je) Itupun beli yang tak berjenama. Asalkan selesa untuk dipakai. Duit banyak dibelanjakan di kedai makan je.

7. Panda Breeding Centre
Entri aku yang lepas ada cerita pasal Panda Breeding Centre di Bandar Chengdu. Ok, sini pun ada jugak. Tak ramai sangat pengunjung berbanding di bandar. Di sini adalah hutan asal haiwan panda. Mungkin akan lebih penat sebab kawasannya berbukit-bukau. Seolah-olah tempat tinggal asalnya dipagarkan sahaja. Tapi, agak sikit. Transportation hanyalah teksi dan bas sahaja.
Tengok si mata lebam – Chengdu Research Base of Panda Giant Breeding
8. Mount Qingcheng
Kalau dari Xipu Station tadi, beli tiket berhenti ke Mount Qingcheng. Kalau turun di Dujiangyan, kena naik bas pulak nak ke sini. Apa bestnya? Boleh merasai pengalaman hiking dalam hutan bertangga yang mempunyai pemandangan yang sangat ohsem! Atas bukit tu ada tasik. Disediakan bot lagi tau. Nyaman je suasana di Mt. Qingcheng ni. Anda tough? Anda seorang yang fit? Aku cadangkan ke sini. Konpem tak menyesal.
Aku sangat-sangat-sangat mengharapkan korang datang la ke sini. Sangat berbaloi dengan masa, tenaga dan duit anda. Datanglah lebih 2 hari. Rugi la bagi aku nak touch n go. Tapi terpulang. Kegemaran masing-masing. Aku suka sini sebab suasana yang aman dan menenangkan. Makanan pun sangat mudah didapati. Walaupun kawasan ni nampak tua dan lama, tapi jualan di kedai terlebih moden. Susah nak describe, datang sendiri la ya!
Bersama anak panjat Mt. Qingcheng di Dujiangyan, China
‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’
3 thoughts on “Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL […]
[…] ni aku ada ceritakan tentang Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL. Kali ni, aku ulas lain sikit berdasarkan apa yang diterangkan oleh suami aku dalam link video di […]
[…] link di sini – Perkara menarik di Dujiangyan Klik link di sini – Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL Tengok dulu apa yang menarik di Dujiangyan Kemudian, barulah cari kaedah nak ke sana Dah […]