Diari 2 – Tahniah atas pertukaran suamiku
Hari ini dengan rasminya suami bekerja sama organisasi dengan aku iaitu di KV Kemaman. Dah banyak kali mencuba isi borang untuk masuk mengajar. Dah banyak turun naik jabatan untuk permohonan ke aliran vokasional. Dan dah banyak juga berjumpa dengan pihak terbabit untuk merestui kemasukannya ke sini.
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Segala usaha selama ini semestinya disisipkan bersama dengan doa. Perancangan dah lama. Baru kini termakbul. Kami tahu, ada hikmah atas segala aturanNya. Kita yang merancang, namun rancangan Allah adalah yang terbaik. Walaupun dah delay, tapi aku tetap yakin ini adalah waktu yang paling tepat yang Allah berikan.
Bagi kami, ini adalah satu langkah pertama. Masih ada langkah yang perlu dilalui bersama-sama. Kami dah set target. Tak salah pun merancang lagi kan. Hidup perlu dipacakkan dengan impian agar kita sentiasa tetap di satu jalan sahaja. Elakkan diri aku dan suami daripada lagha dengan kesenangan.
Kata orang, “Jimat la minyak sebab satu kereta, kan.” “Dah satu tempat je ni senang la korang nak rancang apa-apa.” “Mudah la kerja bila boleh bincang perkara sama.” “Wah, dah boleh pencen bersama kat sini la!”
Ayat yang dikeluarkan oleh mereka ni merupakan petunjuk kesenangan dan keselesaan yang bakal dilalui sehari-hari sehingga bertahun-tahun. Tahukah anda bahawa aku dan suami paling takut bila hidup terlalu selesa? Aku sentiasa berpegang dengan prinsip, SELESA BOLEH MEMBUNUH.
Sebelum pindahnya suami aku ke kolej vokasional ni sebenarnya kami dah di zon selesa. Di tahun ke 15 perkhidmatan ini kami dah kecapi banyak perkara. Ada rumah, duit kami tidak pernah putus, kereta ada dua untuk kegunaan masing-masing, anak-anak yang mudah diurus, tempat kerja yang sangat dekat, boleh melancong angkut satu keluarga sehingga 3 kali setahun. Walaupun bukan golongan yang kaya, tapi aku punya segalanya.
Entri di akhir ini macam tak bersyukur pulak. Haha Bukan la. Aku cuma nak buat sesuatu yang berbeza dalam hidup. Sengaja nak tengok kekuatan di luar keupayaan diri. Korang pun sama jugak sebenarnya. Pasti ada semangat kuat nak mulakan perkara baru tapi belum mula lagi.
Aku rasa, tahun ini adalah yang paling sesuai memandangkan kami dah menghampiri 40 tahun. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Ambillah tindakan selagi ada masa. Kalau nak beralasan sekalipun, pastikan dapat menyenaraikan sehingga 75 alasan , dan barulah fikir untuk tidak teruskan niat.
Apapun, pertukaran ini adalah satu kesyukuran yang tak mampu aku ungkap dengan kata-kata. Allah sahaja yang maha mengetahui. Kami janji, takkan berdating di tempat kerja. Kah!
:: This is our Ohsem Journey ::
Diary no. #02
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN