
Tak travel kemana buat sementara waktu
Anak aku ada tanya, “Ibu, cuti sekolah bulan Mac nanti nak ke mana? Soalan yang sama jugak aku dapat daripada rakan-rakan. Ntah. Aku tak berminat nak travel mana-mana buat masa terdekat ni. Rasa nak stop kejap.
Aku mula travel dengan keluarga sejak Disember 2015 dan tak pernah berhenti sehingga la Disember 2019. Daripada dua orang anak, sehingga la bertambah seorang lagi. Pregnant mual macam manapun tetap on berjalan. Sebab jiwa travel tu cukup mendalam.
Takde sehari pun aku tinggalkan angan-angan nak keluar travel. Topik aku laki bini pun takde hal lain kecuali tiket kapal terbang, negara tu macam ni macam tu, bagpack, itinerari dan maps. Tak pernah bosan pun. Topik travel ni biasa sangat keluar waktu makan, tengah drive dan tengah hiking sekali pun. Hiking pun sebab nak bina stamina untuk larat berjalan pikul bagpack dan senang nak naik turun tangga. Hidup kami semuanya tentang TRAVEL.
Tapi, di awal tahun 2020 ini, kami senyap. Taknak travel. Website tempahan tiket flight pun kami tak intai. Di wall FB ramai orang share pasal percutian pun kami tak layan. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Adakah sebab kami dah bosan? Sebab takut Corona Virus? (Tiber isu ni panas)
BUKAN! Aku dan suami hold dulu buat sementara untuk mencari kekuatan baru. Kebetulan waktu lost ni jugak kami ditimpakan dengan pelbagai perkara. Aku sibuk dengan fail dan mengajar. Suami aku pula get ready turun ke sekolah dan mengajar semula.
Dalam pada yang sama, aku dan suami sedang mengatur perancangan. Tahun ni aku mahu bertindak. Persetujuan bersama ini tidak boleh disekat lagi. Tinggalkan travel buat sementara dulu. Fokus dengan impian yang dah lama disimpan. Bertahun impian tu diikat rapi. Tak kira. Tahun ni jugak kami nak capai impian tu.
Langkah telah diambil. Biarpun perlahan. Asalkan berjaya. Ini kerana target telah dikunci ketat. Kunci tu pada kami sahaja. Tidak akan dibuka longgar supaya kami tekad untuk mencapai impian. Insya Allah.
Doakan kami menggapai apa yang diinginkan. Amin!
Not a dream, but a plan. Whatever we takes, family always come first
1 thought on “Tak travel kemana buat sementara waktu”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
I loved as much as you’ll receive carried out right here. The sketch is tasteful, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get got an shakiness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike.