Tengok si mata lebam – Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding
Panda merupakan tarikan utama di Wilayah Sichuan yang hidup di kawasan pergunungan Sichuan dan Tibet sahaja. Di kawasan itulah terdapatnya hutan buluh yang menjadikan makanan utama buat panda atau boleh juga digelar oleh kami si mata lebam. Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan diberi cetakan haiwan berkenaan pada syiling emas mereka.
Jadi, menjadi kerugian kepada kami jika tidak menyelit aktiviti melihat panda dalam itinerari perjalanan. Aku duk berkira-kira juga sebenarnya. Harga tiket boleh tahan juga ya. Fikir perlu bersesak dengan manusia yang ramai lagi. Disebabkan kami bawa anak-anak, kira on jela. Panda sesuai dengan jiwa budak. Bila lagi anak-anak nak tengok secara real.
Di Chengdu ini sahaja ada beberapa tempat panda dibiakkan. Yang dibuka kepada pengunjung adalah di Bandar Chengdu dan Dujiangyan sahaja. Setelah diteliti tarikh dan masa perjalanan, aku pilih ke Bandar Chengdu. Hotel kami menginap boleh dikatakan berhampiran sahaja. Transport juga mudah. Kalau nak ke Dujiangyan, kena pergi hari lain. Dan agak jauh. Cerita Dujiangyan di lain kali.
Tempat penginapan aku sekeluarga pada hari pertama adalah di Mrs. Panda Hostel. Jauhnya ke Panda Breeding berjarak 16 km (Kalau ke Dujiangyan jaraknya 2 kali ganda) Lebih kurang la. Boleh rujuk Rajah maps sumber google. Kami naik subway di stesen Xinnanmen Line 3 ke Xiongmao Ave (Panda Avenue) Keluar je dari stesen, beli tiket bas berharga 2 yuan seorang (tak kira budak atau dewasa sama je) Bas akan bertolak setiap kali semua kerusi diisi penuh. Jangan harap la nak dudukkan beg atas kerusi. Takde ruang simpanan beg. Jenuh peluk dukung sepanjang perjalanan.
Boleh dikatakan semua dekorasi bandar ini berkonsepkan panda. Arca haiwan berkenaaan memenuhi di setiap taman dan jalanraya. Lukisan haiwan comel ini juga terdapat pada dinding bangunan, bas, tren, dan juga lantai pejalan kaki. Tak kurang juga dengan pengunjung berpakaian bertemakan panda. Warnanya wajib putih hitam. Seakan warna tahi cicak. Harapkan nampak comel je bagi aku sebab haiwan tu gebu-gebu. Di snow cap, muffler mahupun jaket, semuanya ada. Bagi yang pernah mengunjungi Cameron Highlands, situasinya lebih kurang macam ni jugak. Bantal, baju sejuk, penutup telinga, gula-gula dan sebagainya adalah strawberi. Bagi kita strawberi tu satu tarikan pelancong. Sama la di sini. Panda adalah tarikan utama di wilayah Sichuan.
Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami tiba di medan parking bas. Aku ingatkan betul-betul diturunkan di depan gerbang masuk. Rupanya kena jalan kaki lebih kurang 400 meter lagi. Agak menyeksakan bagi kami kerana terpaksa angkut beg depan belakang sebab nak malam ni nak tidur di apartment sebelah Panda Breeding Centre. Niat nak pergi cari apartmen dulu. Memandangkan masa siang ni singkat, kami buat keputusan nak simpan beg dalam loker jela.
Loker untuk pengunjung ada disediakan. Percuma sahaja. Tapi kena bayar tiket masuk dulu barulah boleh simpan beg di bahagian dalam. Harga tiket ada aku senaraikan di bawah. Scroll je untuk lihat jumlah mengikut kos keluarga kami. Kos bagi pembaca, kira sendiri. Aku bagi panduan je.
Pengunjung sangat ramai. Padahal baru hari Jumaat. Bukan cuti hujung minggu pun. Aku tengok yang beratur nak naik shuttle bus kemain ramai. Sanggup menunggu daripada berjalan sekeliling kawasan. Maps sedia ada dipaparkan pada papan kenyataan. Tak mungkin boleh sesat biarpun keluasan 400 hektar. Agak luas bagi aku. Tapi, aku lebih rela berjalan kaki biarpun jauh menapak (Padahal aku dah mengheret kaki sejak tiba di China akibat masalah kasut) Ni nak jimat punya pasal. Huhu
Sebelum membuat rondaan, kami simpan loker di satu bangunan yang terletak di kiri pintu masuk. Naik tangga setinggi lebih kurang rumah tiga tingkat. Di dalam sebuah bangunan Tourist Center ada banyak loker disediakan. Tak kira saiz apa pun ada disediakan. Semuanya adalah percuma. Kami ada dua bagpack besar, dan dua lagi bersaiz kecil. Hanya guna satu loker pun dah mencukupi. Pastikan ingat kata laluan. Jika tak, akan menjadi masalah time nak keluarkan nanti.
Bila beg semua disimpan, barulah rasa lega di bahu. Anak-anak pun dah bebas bergerak. Kesian jugak kat mereka terpaksa mengusung berat dan jauh. Ganjarannya? Tengok panda! Disebabkan cuaca sejuk dan nyaman di dalam hutan buluh, kami tak terasa penat berjalan jauh di dalam kawasan Panda Breeding ni. Hilang segala lelah bila mana dapat melihat panda.
Tapi, bila waktu nak patah balik, kami dah pancit. Ditambah dengan perut lapar. Memang tak daya nak berjalan kaki u-turn balik. Kami tengok maps kemain jauh nak pusing. Nak mudah, tahan je shuttle bus. Tak sampai 5 minit dah sampai di tempat permulaan tadi.
Jangan tanya aku bila waktu tak ramai untuk ke sini. Sebab aku tengok, kat mana-mana pun bila dah namanya negara China memang akan sentiasa ramai. Kalau boleh, elak la pergi pada hari cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Dua hari ni lagilah azab. Maunya berhimpit dan takde nikmat nak melihat panda. Lagi ramai manusia, lagilah berserabut. Satu lagi, datang la pada waktu pagi. Tempat ini sangat luas. Aku sendiri pun tak mampu berjalan habis satu kawasan. Luas yang amat!
Aku bagi 4 bintang daripada 5. Sebab silap aku datang pada musim sejuk. Panda banyak tidur. Kalau belajar zaman sekolah dulu, panda ni sedang berhibernasi. Ye ke? Aku tak tau. Haha 5 bintang kot kalau tanya budak-budak ni. Mereka suka sangat sebab tengok haiwan. Budak mana tak suka kan. Ok, di lain entri aku akan sambung lagi tentang perjalanan kami ke Chengdu. Banyak tempat lagi. Jangan lupa follow my blog. Thanks!
KOS PERBELANJAAN (seorang)
- Hostel Mrs. Panda – Stesen Xinnanmen Line 3 ke Xiongmao Ave (Panda Avenue) = 5 yuan (Bayi percuma)
- Bas Xiongmao Ave (Panda Avenue) – Panda Breeding Centre = 2 yuan (Bayi percuma)
- Tiket masuk = 55 yuan (Budak separuh harga :: Budak bawah 130 cm percuma)
- Shuttle bus = 5 yuan
RINGKASAN PANDA BREEDING CENTRE
- Dibuka setiap hari kecuali cuti perayaan
- Tiada lagi aktiviti peluk pegang bersama panda melainkan lihat daripada jauh dan berpagar
- Panda banyak tidur pada musim sejuk. Tak banyak dapat dilihat
- Tiada gerai makanan halal
- Ada haiwan lain selain panda seperti burung, panda merah dan angsa
- Terdapat tempat simpanan beg secara percuma
- Kemudahan kepada ibu menyusu
- Tempat sesuai untuk riadah keluarga dan anak-anak
- Jika bersama bayi, pastikan ada baby carrier atau stroller
- Kurang tempat untuk duduk
‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’
4 thoughts on “Tengok si mata lebam – Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Tengok si mata lebam – Chengdu Research Base of Panda Giant Breeding […]
keren, blog ini sangat bagus. aku jadi belajar banyak hal dari web ini. cool!!!
wow, tulisan ini sangat bagus. gua jadi mengetahui banyak hal dari tulisan ini. keren!!!
[…] tu aku ada tulis entri pasal bagaimana nak ke Tengok si mata leban – Chengdu Panda Base Breeding Centre. Boleh klik link diberi untuk baca semula. Bagi yang belum tahu dan nak memang nak tahu sebab […]