TIPS
Anda parents awesome bila ikut tips ni semasa travel

Anda parents awesome bila ikut tips ni semasa travel

Setiap kali keluar travel ke luar negara, aku dan suami takkan sesekali tinggalkan anak-anak kat Malaysia. Aku seolah dapat imagine perasaan rindu tak terhingga bila ketiadaan anak di sisi. Walaupun ada yang cakap pergi travel tanpa anak-anak boleh release dan fun, bagi kami mungkin sebaliknya. Berkemungkinan kami laki bini akan berasa kosong je waktu bercuti sebab gelak tawa mereka tak dapat mengiringi bersama. Wah, betapa sensitip jiwa kami ni!

Sedikit makluman kenapa aku dan suami sentiasa sepakat nak anak-anak travel bersama. Maka kami ingin kongsikan tips berdasarkan pengalaman sedia ada. Persediaan rapi perlu dibuat supaya boleh minimumkan risiko dan nak elakkan sebanyak mungkin masalah yang bakal dihadapi semasa travel. Cara terbaik nak selesaikan masalah, adalah perlu menghadapi dulu pengalaman travel bersama anak-anak di dalam negara. Apa masalah yang berlaku semasa dalam negara, kami take noted dan cuba mencari jalan penyelasaian.

Kami memahami rentak peel anak-anak. Terutamanya yang baby. Jadi, aku bagi tips ni supaya menjadi panduan buat parents lain. Tak perlu la sampai komen bagitau anak kita tak sama. Anak dia baik boleh la travel bagai. Ambil yang sama masalah jela. Mana yang tak sama masalah tu, boleh letak tepi. Mungkin masalah aku kongsi di sini bersesuaian untuk orang lain. Jika anda mempunyai cadangan lain, sila tulis di ruangan pandangan.

1. LAMPIN PAKAI BUANG/BEKAL SUSU

SUSU // Ini masalah utama jika bawa bayi. Perlu dibawa bersama lampin pakai buang dan susu. Susu takde masalah bagi aku sebab anak aku full bf. Cuma guna nursing cover je. Tak perlu nak cari air panas dan bancuh. Cuma, bila keadaan yang tidak sesuai untuk direct feed, aku bagi minum susu kotak. Bayi yang berusia 1 tahun ke atas dah boleh minum susu segar atau berkrim. Ini adalah cadangan daripada doktor. Bukan aku saje-saje keluarkan statement.

Bagi bayi yang minum susu formula, bekalkan susu mengikut sukatan sudu dan pack macam minuman 3 in 1. Idea ni abang aku yang beri. Dia pun biasa keluar negara dengan anak-anak. Jadi, ruang beg tak makan banyak.

LAMPIN PAKAI BUANG // Aku kira ngam-ngam je untuk seminggu. Tak cukup, aku beli je pasaraya sana. Takyah pilih brand. Asalkan tak bocor, apa lagi nak dirisaukan. Di sana, boleh beli pack yang tak banyak. Tak cukup, beli lagi. Sebab apa aku cadangkan macam ni? Supaya taknak beratkan beg. Lagipun, space beg yang kosong membolehkan kita masukkan banyak lagi benda lain yang lebih penting. Contohnya bekal makanan.

2. TRAVEL GEAR

BAYI // Dua benda ni je yang sangat penting bagi aku. Yang pertama adalah baby carrier. Yang kedua pula busy/quiet book. Kenapa? Aku jelaskan yang pertama dulu. Baby carrier memudahkan kami cepat berjalan ke satu-satu tempat, tangan kami bebas nak pegang atau capai apa pun, senang turun naik tangga, bayi lebih diam, selamat sebab melekat je kat badan dan sentiasa dilindungi.

Aku pakai brand Soul Anoona. Ngam dengan badan aku, Selesa dan berbaloi aku invest lebih pada baby carrier. Tangan aku free. Baby dekat melekat je.

Busy/quiet book pula menjadikan bayi kami diam dan sangat sibuk bermain. Keluarkan buku ini waktu baby sedang bosan. Bila baby dah bosan, dia akan cuba mencari hiburan dengan berlari, buat bising atau lebih teruk, menjerit. Busy book boleh buatkan baby ralit. Pastikan buku tu bersesuaian tahap kognitif bayi.

Kusyuk dengan buku yang aku dan suami buat. Tak beli pun kat mana-mana. Hasilkan sendiri je. Buku ni banyak menyelamatkan kami selama 2 minggu travel.

KANAK-KANAK // Walaupun benda ni bukan galakan yang baik, tapi bagi kami sangat membantu. Biarpun seketika. Anak-anak kami diberikan telefon bimbit seorang satu. Tugasan yang kami beri ialah supaya mereka dapat tangkap gambar dan juga reward dapat main game bila mereka behave sepanjang hari. Reward tu macam kelakar kan. Percayalah, memang berjaya. Pesan macam ni, “Kita jalan banyak hari ni. Kalau takde gaduh atau merungut, malam nanti dah sampai hotel boleh main game satu jam.” Kalau anak dengar arahan sepanjang hari, sila tepati janji. Kalau anak-anak gaduh jugak sebelum tu sehingga keadaan tak terkawal, sila rampas telefon. Perlu disiplinkan anak-anak dengan ketegasan. Keesokan bagi balik telefon dan buat janji baru. Insya Allah, anak-anak dengar kata.

3. MAKANAN

Ini sangat penting. Tak kira bayi atau kanak-kanak, makanan adalah faktor utama penyumbang anak-anak tak buat hal. Pastikan dalam day bagpack parents sentiasa ada makanan. Setiap poket beg kami sumbat. Makanan yang aku sediakan ialah coklat dan biskut. Elok makanan kering jela. Jangan pulak roti. Sebab kita tak perasaan bila expired. Lagipun, makanan kering ni kebanyakannya tahan lasak. Bukak bungkusan pun masih elok rupa bentuknya. Kalau dah habis, perlu cepat-cepat topup. Jangan makanan je, air pun kena sediakan sekali.

4. TEMPAT YANG DILAWATI

Aku dan suami prefer mengikut kesesuaian dan kehendak anak-anak. Kami akan elakkan daripada pergi tempat tumpuan pelancong. Tempat macam tu pastinya sesak. Tempat yang sesuai adalah luas, bebas dan mesra kanak-kanak. Taman riadah orang awam memang menjadi keutamaan. Tempat berbayar seperti taman tema akan kami cuba elakkan. Situ menjadi tempat serbuan ramai pelancong. Kesian anak-anak akan berasa rimas dan tak boleh nak bebas bergerak. Kita dilihat hebat pada pandangan anak-anak bila mana tempat kita pergi ke tempat mereka boleh bermain kepada mereka. Itulah kenangan yang sangat bermakna yang akan dikenang oleh anak-anak. Modal pun tak banyak perlu dikeluarkan.

Kami banyak melawat taman. Nak rasa suasana alam. Mereka bebas bergerak dengan selamat.

5. HIBURAN

Faham-faham jela lumrah budak-budak. Mereka suka main. Gajet aku haramkan semasa bergerak. Jadi, hiburan lain adalah bergurau senda atau nyanyi. Cuba la hafal lagu Didi n Friends tu. Suka sangat anak-anak bila abahnya tau nyanyi tajuk ‘Tulang’ biarpun tunggang terbalik sekali liriknya. Siap berjoget-joget bayi kami. Yang anak-anak besar memang girang nyanyi sama-sama. Tak pun, keluarkan teka-teki mudah untuk mereka berfikir. Main sambung-sambung perkataan pun ok. Atau, cuba ceritakan kisah tempat yang sedang dilawati. Kemain teruja mereka mendengar. Anak-anak pun jadi kagum dengan pengetahuan luas ibu bapanya.

6. BEG ADALAH POKET DOREMON

Maksudnya, dalam daybag mempunyai keperluan anak-anak. Lapar? Keluarkan makanan. Dahaga? Keluarkan botol air. Jatuh dan mendapat luka? Keluarkan handyplast. Baby perlu tukar lampin, keluarkan pampers. Bosan, keluarkan mainan kereta. Nak alihkan perhatian kejap, keluarkan tab dengan yang dah siap simpan movie dan lagu. Jadi, boleh dikatakan beg yang dibawa adalah penyelamat keadaan bila anak-anak mula nak bertukar perangai. Asingkan keperluan beg parents dan anak-anak supaya tak berterabur sewaktu mencari.

Dalam beg semua ada. Makanan, gajet, pampers dan segalanya barang anak.

7. VAKSIN

Aku vaksin seorang je daripada tiga anak aku. Niqrisa paling berisiko memandangkan dia merupakan kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Aku tak suggest Vaksin Influenza kepada orang lain walaupun Niqrisa memang sedia amik vaksin tersebut. Ini kerana, dapatkan nasihat doktor anda adalah lebih baik. Macam anak aku, dia takde masalah paru-paru. Tak perlu Vaksin Pneumococcal. Ketiga-tiga doktor aku mencadangkan Vaksin Influenza je. Dan nampak ketara hasilnya semasa travel.

Daripada Channel sendiri. Boleh klik link untuk video penuh. Jangan lupa untuk subscribe!

Untuk anak-anak aku yang lain, gejala seperti selesama tetap ada. Tapi tak kritikal. Mereka sihat selepas dinilai pergi banyak negara sebelum ini. Bukan menyisihkan mereka. Cuma, rasa seperti tidak perlu. Seperti aku tulis di perenggan atas, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Aku cikgu je. Jangan tanya aku mana yang baik.

8. RESEARCH

Sekarang bukan main moden. Nak dapat segala maklumat tak perlu ke perpustakaan. Tak usah sampai beli surat khabar. Semuanya di hujung jari. Kerapkan diri buka medium google dan youtube. Banyak tips diperolehi seperti cara menangani anak menjerit di dalam kapal terbang, apa tindakan perlu dibuat jika anak sakit, travel gear bersama anak, selamat atau tidak tempat dilawati dan seribu mak nenek maklumat tersedia. Tunggu malas dan rajin jela.

Kutip pengalaman orang lain sekadar rujukan sahaja. Tak boleh amik 100%. Pilih yang bersesuaian dengan karenah anak kita dah la. Dah anak jenis penakut, buat apa nak research tentang tantrum? Hmm… Terlebih rajin?… Kot?

9. SEDIAKAN PELAN PERJALANAN

Wajib! Setiap kali travel aku dah macam bawa budak sekolah pergi lawatan sambil belajar. Siapkan jadual perjalanan dan bentangkan kepada mereka supaya dalam makluman. Lebih elok tunjukkan gambar atau video tempat bakal dikunjungi. Biar mereka nampak suasana perjalanan tu macam mana. Nak buat trip redah, boleh. Tapi azab la sikit sebab peel anak tak boleh nak jangka. Mau bercabang otak nak berfikir apa nak buat. Pentingnya ada rujukan.

Satu lagi, buat 2, 3 pelan. Tak jadi pelan A, tukar pelan B cepat-cepat. Contohnya, dapat berita Gunung Berapi Bromo akan meletus hari ini. Maka pelan A batal. Tukar ke pelan B iaitu pergi ke Malang. Barulah nampak betapa cekap anda bertindak. Tak gitu parents sekalian?

Aku salin balik itinerari yang ditaip di google drive ke dalam buku yang lebih kecil. Mudah nak selit kat mana-mana poket.

10. PARTNER

Dah nama ibu bapa, maka mestilah mempunyai semangat kerjasama yang baik. Pasangan perlu support each other. Jangan rapuh di tengah jalan. Anak sedang menangis dalam flight, pasangan cuba la memujuk. Si abang kakak nak perhatian ajak bersembang, si ayah cuba la layan. Biarkan si ibu melayan baby je.

Bila dah balik ke hotel selepas seharian keluar berjalan, sama-sama sambung kerja uruskan anak. Mandikan anak, sediakan makan dan bermain masih on macam biasa. Dah nama pun parents, mestilah buat sama-sama. Beruntunglah setiap pasangan jika dapat yang memahami dan bekerjasama. Macam aku. Chewah!

Susah senang kami harungi bersama. Apa pun, anak-anak adalah penguat kami. Tak ada mereka, mungkin kami masih tidak berani ke negara orang.

Cukup 10 tips aku kongsikan. Ini pun dah memadai untuk menjadikan kita ibu bapa yang hebat semasa mengembara. Kita hebat sebab kita dapat kawal anak-anak tak kira di mana kita berada. Ramai yang bertanya dan musykil dengan aku serta suami kerana mampu membawa anak-anak terbang jauh. Dengan 3 orang anak pulak tu. Semuanya perlukan kekuatan dan disiplin. Nak kata aku hebat, tak la. Saje je tajuk tu supaya nampak gempak. Kakak aku lagi hebat sebab dia mampu bawa 7 orang anak setiap kali travel keluar negara. Abang aku pulak gigihtravel bersama anak autisme. Jadi, aku ni biasa-biasa je nak dibandingkan adik-beradik aku yang lain.

Setiap orang ada gaya travel masing-masing. Ikut kemahuan sendiri nak travel cara macam mana. Aku lebih suka dikenali sebagai travel with kids. Ya, biarpun orang kata bawa anak membazir duit, buang masa atau rugi sebab budak-budak tak mungkin ingat apa yang berlaku. Sekali lagi ditegaskan, ini adalah gaya aku dan suami. Marilah kita saling menghormati gaya masing-masing. Happy travelling!

TRAVEL NEVER ENDS

anonymous

33 thoughts on “Anda parents awesome bila ikut tips ni semasa travel

Leave a Reply