Makanan halal di Bandar Chengdu
Tipu la kalau dah travel jauh-jauh taknak cuba langsung makanan tempatan. Amatlah rugi bagi aku kalau dah datang jauh tapi tak mencuba makanan sana. Waktu inilah aku sekeluarga bersungguh-sungguh masuk ke kedai makan orang tempatan milik orang Muslim untuk mencuba makanan bercita rasa rakyat Cina. Entri ini aku fokuskan hanya di Bandar Chengdu. Bukan di daerah Dujiangyang ataupun Qingcheng.
Agama Islam bukan agama utama bagi negara China. Maka, sudah tentu sukar nak mendapatkan makanan halal. Namun, itu tidak mustahil. Tips mudah bila travel luar negara seperti ini adalah melawat masjid. Masjid yang kami google dan paling hampir kami boleh tuju adalah Huangcheng Mosque, berdekatan dengan Tianfu Square. Betul-betul terletak di tengah bandar Chengdu. Bersusun kedai makanan halal di kawasan masjid. Radius untuk menemui kedai makanan halal pun bukan main luas. Rajin dengan tidak je nak menapak.
Aku bersama keluarga menginap selama 4 hari 3 malam di apartmen Jinjiang dengan menempah awal di laman sesawang Airbnb. Apartmen tersebut menyediakan 2 katil queen, bilik mandi dan dapur. Dah ada dapur, boleh la memasak. Disebabkan stay lama, kami beli barangan mudah masak di kedai runcit bersebelahan kedai makan VanCorner. Nak beli daging dan ayam pun boleh. Kami perlu berjalan kaki sejauh 1 km daripada apartmen. Kalau disukat dengan masa, lebih kurang 5 minit perjalanan.
Di kawasan itu juga mempunyai banyak restoren makanan halal dengan pelbagai pilihan jenis makanan. Nasi berlauk, mi tarik, burger atau sate terdapat di lain-lain kedai. Empat hari berada di sini membuatkan kami mabuk nak pilih kedai makan. Macam-macam jenis masakan kami dah cuba. Boleh dikatakan semuanya kena dengan selera tekak.
PASAR MINGGU DI HARI JUMAAT
Kebetulan juga, suami dan anak lelaki aku sempat solat Jumaat di Masjid Qingcheng. Apa yang seronok, kawasan luar masjid dipenuhi dengan ramai peniaga menjual makanan. Tak ubah seperti pasar tani di tempat kita. Kami yang perempuan hanya berada di luar menunggu ahli keluarga lelaki selesai solat.
Dari sudut pemerhatian aku, yang bersolat di sini kebanyakan bukan asalnya rakyat tempatan. Macam muka aku pun ada. Malaysia atau Indonesia? Kalau ya, mungkin mereka adalah students sini. Muka Middle East, West Asia pun ada jugak. Aku takde la sampai nak buat ramah pergi tegur sorang-sorang. Cukup sekadar senyum bila saling terpandang secara tidak sengaja. Nak sembang apa pun aku tak reti apabila komunikasi menjadi halangan utama sepanjang aku berada di China memandangkan kebanyakan mereka bercakap bahasa Mandarin.
Boleh dikatakan, perut kami sekeluarga sentiasa diisi dengan makanan selama menginap di Jinjiang. Tak pernah tak kenyang. Haha Beberapa hari sebelum berpindah tempat, kami makan bercatu akibat ketiadaan langsung makanan halal di tempat kami lawati sebelum ini. Seksa dan menjadikan kami sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Bila berada di tempat limpahan banyak makanan halal, macam dah lupa diri pulak. Berdosa betul dengan badan. Bahaya betul makan dalam keadaan tak sedar.
Hanya mampu jamukan mata pembaca dengan gambar makanan jela ya. Ampun.
Nak cerita kisah sadis. Hari kelima kami berpindah ke Hostel Mrs. Panda. Ya, Allah… Sukarnya nak dapat makanan halal. Kedai makan yang pernah pergi 10 hari lepas pun tiba-tiba tutup sebab sedang dalam pembinaan. Cuba search dalam google, tak jumpa pun area terdekat dengan kami. Terpaksa berjalan kaki mencari sampai ber kilo-kilo jauhnya. Tapak kaki sakit, perut lapar dan badan pun dah mula penat. Emosi waktu tu tak payah cakap. Rasa nak marah je memanjang disebabkan dah lesu sangat. Dengan anak-anak merengek lapar. Biskut pun yang dibekalkan pun dah habis. Akhirnya, kami buat keputusan naik tren dan sanggup tukar beberapa stesen semata-mata nak pergi ke Huangcheng balik. Situ jela kedai makan paling banyak kami jumpa.
Kisah yang sama juga berlaku semasa kami melawat Kanxiangzi Alley. Melilau mata kami mencari tanda halal di setiap kedai makan di kawasan tersebut. Haram tak jumpa. Aku ada juga bertanya kepada salah seorang penjual yang beragama Islam di sana tentang arah yang betul. Katanya;
“There’s no Muslim restaurants have here. You should go to Tianfu Square with taxi. You can eat halal food there.” Ya… Kami tau tempat tu. Kami memang dari sana. Lagi satu, tak perlu dengan teksi pun. Dengan subway pun boleh. Huhu
Nasihat aku buat bakal pengunjung berniat nak datang ke Chengdu. Masukkan Huangcheng dalam senarai wajib pergi. Nescaya perut anda akan diisi. Boleh simpan dulu mi megi. Atau makan di lain hari. Supaya tak keruan macam kami.
Haha Dah macam pantun. Pandai-pandai la selitkan tempat ni pada hari apa atau waktu bila sebagai destinasi makan. Melainkan bekal dari Malaysia mencukupi selama keberadaan di wilayah Sichuan.
BEKAL DARI MALAYSIA KE CHINA
Bukan setiap masa akan jumpa makanan halal. Ada ketika tak jumpa langsung. Biarpun dah setengah hari mencari. Ada kala aku malas nak keluar semata-mata nak makan. Ada juga sebab nak cepat. Bila nak ke sesuatu tempat yang jauh, makan bekal boleh menjimatkan masa. Aku senaraikan makanan bekal yang biasa dibawa bersama. Kecil, jimat ruang beg dan ringan.
- Mi segera dalam bungkusan plastik. Bekas bawa asing (biasa aku bawa mangkuk travel yang boleh dilipat)
- Coklat bar brand Snickers (lebih kenyang)
- Instant Mushroom soup
- Minuman 3 in 1
- Perencah nasi goreng dan tomyam (beras beli kat negara berkenaan)
- Serunding daging (kering)
- Nasi Brahim Segera
Jumlah bekalan yang perlu dibawa bergantung kepada ahli travel pergi bersama. Aku tak bawa banyak. Cukup nak menampung sehari dua sahaja. Contohnya Nasi Brahim aku bawa empat kotak je. Cukup untuk dua hari. Hari lain kami mungkin makan nasi goreng. Beras beli timbang kilo. Kalau bawa Nasi Brahim hari-hari memang akan beban badan dan duit poket bayar luggage la jawabnya. Coklat tu kami makan waktu dalam perjalanan. Lapar je, grab Snickers. Mudah dan kenyang. Aku banyak booking apartmen yang menyediakan dapur. Memudahkan kami menyediakan makanan. Boleh cari makanan basah seperti ikan, telur dan sayur. Perencah bawa siap-siap. Tak perlu la sampai nak kena cari bawang.
Serunding daging aku bungkus untuk sekali makan. Aku bawa 3 bungkus. Bererti 3 kali makan jela. Ini idea abang aku. Abang aku biasa packing susu tepung anak dia dalam plastik aiskrim 50 sen. Niqrisa tak perlukan susu tepung. Aku amik idea tu packing serunding daging. Jimat ruang dan lebih praktikal.
Makanan tin aku tak bawa sama sekali. Berat! Jadi, sardin tu memang tak mungkin masuk beg. Berat bagpack aku pun hampir mencecah 10 kg. Kendong anak lagi kat depan 9 kg. Memang tak tak larat. Bawa yang perlu sahaja. Bekalan kami selama 14 hari berada di Chengdu hanya berbaki bungkusan minuman 3 in 1 je. Yang lain licin.
Seterusnya, duit baki yang tidak digunakan bolehlah disedekahkan di Masjid Huangcheng. Kami masuk waktu malam. Lampu tak berapa banyak on. Malap semacam kami panjat tangga masjid. Nak jumpa kotak derma bukan main susah. Terpaksa menggunakan bantuan lampu suluh daripada telefon bimbit untuk mencari. Dah macam pencuri kotak derma masjid dah aku rasa waktu tu. Dah la datang sekeluarga. Sorang cover line, sorang pegang lampu, sorang kokak kotak. Bayangkan.
Apa pun, happy travelling guys. Aku paling selesa berada di area Huangcheng. Dah macam nak menetap terus. Berasa sangat selamat dan segalanya ada seperti tempat kita. Nak rasa seperti kami? Boleh, dengan syarat tinggal lebih daripada 4 hari. Maka, anda akan berasa sebahagian daripada komuniti ini.
‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
19 thoughts on “Makanan halal di Bandar Chengdu”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
wah..menariknya travel kat sana. betul tu..kalau duduk lama.dapat memasak memang menjimatkan sedkit..dari asyik nk kena kluar g makan kedai je..ada dapur bgus la jugak kan
Sis kalau dah katanya tiada makanan halal, memang cuak le nak beli makanan apa pun, walaupun jajannya..memang kena bawa makanan sendiri la ek..
tak usah cuak. ada je makanan boleh dimakan contohnya buah-buahan. nasi pun boleh. takde campuran apa pun
Menarik kisah pencarian makanan halal nie. Tips packing tu Rawlins boleh amalkan untuk my next travel. Boleh jimat belanja kan
Food always a struggle when travelling overseas and blog post like this always come to the rescue! ? thanks for sharing ??
Wow!!!!! The food looks good. Hope you had a good vacation. Thank you for sharing your story and travelogue.
thanks sharing travel experience ke sana. China tak pernah ada dalam list travel,sebab bad review dari segi kebersihan dan makanan halal yang susah nak dapat. Tapi utk mereka yang sukakan adventure, why not kan cuba travel ke tempat orang.
why not cuba. pergi sendiri tak semestinya sama dengan orang lain yang dah pernah pergi
Struggle jugak travel negara bukan islam ni kam. Kena cari masjid je. Tapi cina ni antara tmpt best lawat sbb banyak barang murah haha
Bila travel begini serinok bila ada kawan2 dan bagi kita tentulah bab makanan jd perkara utama apabila berada di negeri Cina…memang kena bawa bekal.Nasib x kena rampas ya.
tak kena rampas. tak perlu juga declare
seronoknya bercuti ke sana. macam saya paling jauh pun singapore hehe. kt situ pulak senang nak cari makanan halal 🙂
kalau gi luar negara.. bab makanan memang risau. lagi-lagi kalau rasa was-was memang tak berdaya nak menelan la… tapi bila ada makanan halal mcm ni. siap boleh masak lagi.. haa senang sngat! jimat pun jimat
Baru tau pasal mangkuk travel tu. Gigih juga ye nak bawak makanan pastu anak lagi. Dah ada pengalaman senang nk travel jauh. Biasa kami kalau travel cmni, siap2 mark tempat makan. Kdang2 haru juga dibuatnya.
Wahhhh entry yang menarik. Betul kalau oversea memang susah nak cari makanan halal, ada tu tapi kena cari yang betul. Mujur akak and family jumpa. Good tips ni kak. Mangkuk travel tu practical sangat tengok, cantik pun ye juga
Tak pernah gi Chengdu, baca artikel ni teringin rasa nak gi tapi tunggu la reda dulu pasal wabak coronavirus ni hehe
saya pun takkan pergi kalau ada virus ni. haha
Betul sangat tu. kalau travel jauh2 tak rasa makanan tempatan rasanya kurang lengkap. Tapi agak bermasalah bagi sesetengah negera. Terima kasih atas perkongsian.
Mantull…boleh nemu artikel dari google, menarik dan bermanfaat sekali artikelnya, ditunggu next artikel nya.