Sesi throwback kembali lagi. Aku lupa dah video-video yang aku shoot kat Chengdu masih banyak lagi tak edit. Niat nak compile trip perjalanan sejauh 253 km tu di satu video je. Macam rugi la pulak sebab kami pergi 2 minggu di berlainan tempat. Bila fikir, baik aku edit video separate jadikan episod. Memberi manfaat dalam channel RALIT. Contant pun beratur panjang. Takde la terkial-kial pikir nak buatkan contant pasal apa setiap minggu.

Aku taknak ulas banyak. Aku just nak buat rumusan je. Sebab dah banyak entri pasal Dujiangyan aku buat. Link entri aku tinggalkan bawah gambar. Klik dan baca seluruh pengambaraan kami di Dujiangyan. Bagi yang nak tak suka baca tapi nak tau jugak pasal Dujiangyan ni, boleh la tonton di channel kami di youtube. Pun aku tinggalkan link.

Klik link di sini – Perkara menarik di Dujiangyan
Klik link di sini – Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL
Tengok dulu apa yang menarik di Dujiangyan
Kemudian, barulah cari kaedah nak ke sana
Dah sampai, mesti nak tau mana pulak tempat makanan halal. Jangan risau. Ada banyak pilihan.

Aku paling suka trip ke Dujiangyan. Kalau diberi peluang masa kat sana, aku nak duduk lama kat situ. Makan memang mudah. Komunitinya sangat ramah. Transportation tak sesukar yang difikirkan. Banyak pilihan kenderaan ke mana-mana.

Jangan risau tentang kos. Dujiangyan adalah destinasi yang tidak memakan belanja yang sangat mahal. Apartment yang kami menginap pun hanyalah RM150 semalaman yang dilengkapi dengan 2 bilik. Selesa betul kami sekeluarga berada di sana.

Bagi yang menonton di youtube, jangan lupa untuk SUBCRIBE, LIKE dan SHARE. Baru semangat nak kongsi pengalaman!