TRAVEL
Daki Bukit Mak Dayang dalam Bandar Chukai Kemaman – Vlogging

Daki Bukit Mak Dayang dalam Bandar Chukai Kemaman – Vlogging

Bulan Ogos dah ni. Kami sekeluarga baru berkesempatan daki bukit buat pertama kali di tahun 2020. Aku jela sempat dua kali sebelum ni. Sebelum ni aku pergi ke Bukit Harimau dengan kawan-kawan ikut trek baru. Bukan taknak daki bersama keluarga. Cuma masa tu tak kena.

Untuk kali ini, kami cuba cari masa untuk daki bersama. Pada mulanya plan nak ke Bukit Bendera di bandar Kemaman ni juga. Tapi, bila sampai tak jumpa la pulak jalan masuk…. Terpaksa la pusing ke Bukit Mak Dayang. Sayang la kalau tak daki kan. Baju kemain lagi. Anak-anak pun excited. Tak mungkin nak kecewakan diri sendiri, kami cepat-cepat pecut ke Bukit Mak Dayang.

Sampai pun dah agak lewat. Pukul 8.30 pagi barulah boleh nak naik. Dah takde orang dah pun ketika itu. Untung sampai lewat. Tak perlu nak bersesak-sesak. Ruginya ialah, hari dah panas. Matahari dah mencacak naik. Bila dah sampai puncak lagilah berasa bahangnya.

Tanpa berlengah, kami semua panaskan badan dulu. Bila agak badan dah ready, kami pakaikan baby carrier dan pasangkan Niqrisa. Budak 2 tahun ni dah biasa sangat duk dalam baby carrier semasa hiking sejak umur bawah setahun lagi. Baby carrier kami ni pun boleh dipakai sehingga anak berumur 4 tahun. Jadi, tempoh masa ada lagi 2 tahun. Pakai jela sehingga lunyai.

Untuk 300 meter yang pertama perlu menempuhi trek bertangga. Sayangnya, kami lupa nak setting sport watch dulu. Dah separuh jalan dah pun. Huhu… Sayang betul masa yang dah berjalan beberapa minit tadi. Rugi kalori dah burn tadi dah tak ambil kira.

Jam aku takde hike. Jadi, aku set stair stepper. Boleh la kan. Nak sukat berapa tangga dah naik dan berapa kalori dah burn serta nak catat berapa tempoh masa dah jalan. Tau je tak tepat sangat. Kami just jadikan sebagai panduan.

Sambil hiking, kami juga suka shoot video. Ada 3 kamera digunakan. Dua daripada smartphone Xperia dan satu GoPro Hero 5. Tempoh naik turun hanyalah sejam je. Tak lama pun. Perut pun dah lapar. Waktu turun tu pun dah menghampiri pukul 10 pagi. Kami masih belum bersarapan. Tak suka hiking dengan perut dah diisi.

Dengan trek yang curam, rasanya tak mampu naik dengan dah breakfast. Mau muntah semasa tarik tali. Haha

Trek tak susah sangat bagi aku. So-so jela. Sebab tu boleh kendong baby. Cuma ada la beberapa trek yang sedia ada tu macam tak berapa sesuai. Aku skip je. Kita je tau kemampuan kita kan. Rasa tak boleh, tukar la trek lain. Nape nak kena sama macam orang lain. Ini bukan pertandingan.

Niat aku hiking cuma nak beriadah bersama keluarga. Tambahan juga nak sihat. Tak serius pun untuk masuk pertandingan apa-apa.

Seronok dapat buat aktiviti luar macam ni dengan keluarga. Spend time dengan penuh kualiti. Semua fokus dengan jalan dalam bukit. Kami berkomunikasi antara satu sama lain 100%.

Kalau kat rumah, sambil main handphone la, sambil layan tv la. Memang 10% jela fokus diberi… Jadi, aktiviti sebegini amat digalakkan. Tak perlu terlalu ekstrim. Sekadar nak bersantai dengan keluarga.

Ok la. Cakap banyak tak guna. Kami pun dah rakam pakai 3 gajet. Rugi tak tengok. Ni link video channel youtube kami. Jangan lupa Subscribe Ralit. Beri komen sikit untuk improvement!

Leave a Reply