china
Perkara menarik di Dujiangyan

Perkara menarik di Dujiangyan

Sebelum ni aku ada ceritakan tentang Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL. Kali ni, aku ulas lain sikit berdasarkan apa yang diterangkan oleh suami aku dalam link video di bawah. Jangan klik lagi. Baca dulu.

Katanya, Mt. Qingcheng bukan di bawah daerah Dujiangyan tapi daerah Chengdu. Mt. Qingcheng dah terkeluar sempadan daripada Chengdu padahal Dujiangyan Panda Valley hanya bersebelahan sahaja. Memang boleh tersilap tengok.

Baik. Berbalik dengan tajuk di atas, perkara menarik yang boleh dilakukan di Dujiangyan adalah :

1. Sistem Pengairan Dujiangyan

Aku bagi 5 bintang tempat ni. Sangat disyorkan untuk membawa kanak-kanak dan warga tua ke sini. Kenapa aku cakap warga tua pun sesuai? Sebab ada bas bersiar-siar dalam tu. Takde la penat diorang nak berjalan jauh. Luas tau tempat ni. Cuma nak beratur la panjang sikit. Lagipun, dalam tu banyak taman dan kolam untuk dinikmati.

Tiket masuk ke Dujiangyan Irrigation System

Yang boleh di highlight kan di sini adalah sistem pengairannya. Tak dapat pengalaman ni kat Malaysia. Sila google sejarahnya atau tengok link video di bawah.

2. Bangunan bersejarah

Negara China sentiasa kekalkan bangunan yang berusia 1000 tahun ke atas. Jadi, bangunan-bangunan yang ada di Dujiangyan ni dah tersangat lama. Yang berbeza adalah isi dalam bangunan je.

Kedai makan dah upgrade yang lebih terkini. Jenis perniagaan juga dah berubah. Dulu manual je. Sekarang dah pakai mesin.

3. Rumah Ibadat

Ada dua rumah ibadat yang ditemui di Dujiangyan. Yang pertama adalah tokong kepercayaan Toaisme. Dan yang kedua adalah Masjid Pintu Selatan.

Anak-anak tengok jemaah masjid main ping pong

Dah menjadi kebiasaan kami melawat rumah ibadat di tempat yang dilawati untuk lebih mengenali rakyat tempatan dengan lebih dekat lagi.

4. Makanan halal

Hal paling aku suka adalah makan. Rugi la tak ambil peluang macam ni untuk makan makanan orang tempatan. Aku paling teringat kuih beras yang dibeli kedai berhadapan Masjid Pintu Selatan.

Heaven sebab makanan halal banyak

Si kecik tu bukan main suka lagi. Asyik mintak je sebab rasanya manis dan berlemak. Sampai ke hari ni kami teringat tau.

5. Pusat membeli-belah

Ni adalah kegemaran orang lain. Bukan aku dan suami. Kami suka jalan-jalan sambil menikmati kawasan setempat je. Tapi, jika keadaan memaksa untuk membeli, memang kami akan cari.

Contohnya snow cap suami aku yang longgar sewaktu tiba di Dujiangtan. Katanya dah sampai tahap menutup mata. Takkan nak pakai lagi 10 hari di China. So, terpaksa la beli baru.


Lima perkara aku dah senaraikan apa perkara menarik yang boleh dilakukan di Dujiangyan. Walaupun tempat ni tidak sepopular di Chengdu, Beijing atau Xian, tapi bagi aku tempat ini amat bersesuaian untuk aku sekeluarga.

Boleh merehatkan badan dan minda. Satu percutian yang menarik buat aku dan anak-anak. Stress sepanjang tahun boleh hilang berada di Dujiangyan selama 3 hari 2 malam. So, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini tau!

Nak lebih jelas. Boleh tonton video di sini.

Kami berkunjung ke Dujiangyan pada bulan Disember 2019. Kes corona virus belum lagi diketahui dunia. Tapi, kalau Allah nak bagi kena, kena jugakkan tak kira mana kita berada. Mengembaralah demi melihat kejadianNya. InsyaAllah, kita akan dilindungi Allah swt.

‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’

1 thought on “Perkara menarik di Dujiangyan

Leave a Reply