TALK
Bawa atau tinggalkan anak semasa melancong?

Bawa atau tinggalkan anak semasa melancong?

Perbincangan ni boleh jadi trigger pada masyarakat kita. Aku ada baca banyak pandangan dari pelbagai sudut. Ada yang cakap dah nama pun anak, wajib la bawa. Kesian sebab mak pak je yang happy main salji tapi anak-anak tersendu gigit toto di rumah. Ada yang kata getik buat anak pandai tapi time melancong galak tinggalkan anak. Yang paling teruk, pergi letak anak-anak kat orang tua di kampung. Konon ber honeymoon.

Apa pun pandangan setiap ibu bapa, mereka ada sebab yang tersendiri. Setiap orang berbeza saiz kasut. Mana mungkin kita nak samakan semua orang dalam setiap latar belakang. Ada orang memang pergi berdua melancong termasuk sekali dengan urusan kerja. Ada orang pula memang mampu bawa anak-anak dari segi mental dan kewangan. Lagipun, ada atuk dan nenek memang tertunggu-tunggu nak jaga cucu di kampung. Jadi, situasi kita macam mana pula?

KENAPA KAMI SENTIASA BAWA ANAK-ANAK SEMASA MELANCONG

Ada beberapa soalan yang biasa orang ajukan kepada kami dan antaranya ialah :

  • Susah tak urus anak-anak semasa travel?
  • Banyak duit tak kena keluarkan?
  • Tak stress ke?

Kadang penat menjawab soalan yang sama. Penerangan yang sama berulang kali ni yang membuatkan aku stress. Hihi Jadi, aku terangkan di sini dan akan send link je kepada mereka yang bertanya. Boleh baca banyak kali sampai khatam ilmu parenting. Kah!

Pertama sekali, aku dan suami memang tak mungkin tinggalkan anak-anak semasa travel. Susah macam mana pun, kami tetap bawa. Biarpun terpaksa sekat pelbagai keinginan membeli, kami tetap akan kumpul duit supaya mampu membawa anak-anak bersama. Bagi kami, kegembiraan travel adalah bersama keluarga. Tak cukup salah seorang, mana mungkin kami happy. Nanti asyik teringatkan diorang je. Takde makna la percutian tu.

Mana mungkin aku nak tinggalkan anak-anak yang aku duk tengok hari-hari ni. Tinggal sekejap pun mau gelisah cari tiket terus balik kot.

Nak honeymoon ke apa, kami taknak fikir. Biar mereka besar dulu baru kitorang plan. Itupun kalau panjang umur. Kalau dah sakit waktu dah tua, takde la nak menyesal. Sebab waktu muda dah keluar jauh. Boleh sembang dengan pasangan pasal travel happening kami bersama anak-anak. Tak kira travel atau aktiviti outdoor apa pun, kami tetap akan bawa. Mereka team kami. Tiada ganti.

1. Susah tak urus anak-anak semasa travel?

Budak-budak memang ada karenahnya. Itu normal. Semua ni akan mudah bila kita kenal peel anak-anak. Dah tau baby suka cepat rasa bosan, sediakanlah satu mainan yang boleh buatkan dia ralit. Boleh diamkan baby daripada mengamuk. Anak-anak yang besar senang nak urus. Kena banyak bagi tugasan kepada mereka. Contohnya, berikan memo dan pen. Minta mereka catatkan nama stesen dan cop di buku mereka sebagai salah satu aktiviti perjalanan.

Ni namanya quiet book. Aku yang ralit main. Si kecik tu dah bertenang siap pandang kamera lagi

Anggap budak-budak ni macam orang dewasa. Pastikan bagpack mereka diisi seperti kita. Ada baju dan makanan. Barulah mereka ada rasa bertanggungjawab dan mereka adalah sebahagian orang penting sewaktu travel.

Tokyo, 2016 – Beg seorang satu. Tugasan untuk mengenali nama tempat dan catatkan dalam memo. Di stesen tren boleh kumpul cop.

Ya, tau. Hal ni melecehkan sebab banyak persediaan kena buat. Lagipun, semasa travel pun kena sentiasa ingatkan dan pastikan barang serta tugasan dikemaskinikan. Tapi, itulah peranan ibu bapa. Dalam masa yang sama, mendidik kami untuk mengenali karenah anak-anak.

2. Banyak duit tak kena keluarkan?

Banyak. Gandakan perbelanjaan untuk seorang untuk berapa jumlah ahli keluarga yang perlu pergi bersama. Jadi, mana kami dapat duit banyak-banyak? Kumpul la yang. Mana boleh duit dalam bank kami beranak-pinak. Haha

Caranya mudah je. Beli tiket tambang murah seawal 6 bulan. Jadi, kita cuma keluarkan duit kapal terbang je dulu. Duit makan, penginapan dan bil di sana nanti simpan kemudian. Kan ada tempoh berbulan lagi. Sempat la nak merancang perbelanjaan.

Budak-budak makan megi di luar negara dimaafkan. Haha Si baby tu meragam kalau tak bagi kat dia. Padahal tak makan pun.

Carilah tempat percutian bersesuaian dengan duit poket kita. Bukan tiru macam orang lain. Kalau orang lain boleh naik keretapi laju kelas pertama, kita naik keretapi kelas ketiga pun boleh. Sampai jugakkan di destinasi yang sama. Kalau orang hotel 5 bintang, kita 3 bintang dah la. Orang lain makan di restoren, kita bawa bekal. Kami tak kisah pun orang cakap sengkek waktu travel pun. Janji tempat dituju dapat jejak.

3. Tak stress ke?

Mau tak strees. Kat rumah pun kemain kalut hadap perangai anak-anak. Inikan pula waktu travel di luar negara yang tiada kemudahan seperti di Malaysia.

Tapi, kami dapat atasinya. Biasakan anak-anak cuti-cuti dalam Malaysia. Kalau anda dapat handle semasa dalam percutian di dalam negara sendiri, semua ini tak mustahil di negara lain. Kalau tau anak jenis sentiasa makan, sila sentiasa bekalkan makanan dalam beg. So, kita akan less stress.

Jadi ibu bapa ni memang kena banyak buat kajian, buat pemerhatian dan uji kaji. Tak kira apa jua aktiviti pun. Memang inilah kami praktikkan. Bukan sekali je terus berjaya. Kena ulang dan ulang proses ni.

Nak bagitau, setiap kali travel, pengalaman takkan sama. Itu yang seronok sebab sentiasa ada cabaran. Banyak drama sewaktu perjalanan. Syok betul bila kenang balik.


Aku tak tau la ada kaitan ke tak tajuk dengan isi cerita ni. Haha Aku suka travel bersama dengan anak-anak. Aku takkan judge orang lain yang tinggalkan anak bersama orang tua di kampung. Sebab ini adalah pilihan aku dan suami dan tiada paksaan daripada sesiapa pun.

Kemeriahan semasa travel bersama-sama menjadi gian nak ulang lagi dan lagi. Pengalaman manis pahit tu bila digaul sekali semuannya jadi kenangan indah. Itu yang buatkan kami sentiasa berusaha kumpul duit untuk travel membawa anak-anak.

Ada kala mereka ni memeningkan kepala. Tapi jadi seronok bila kenangkan balik semua ni.

Kami taknak asyik teringatkan anak semasa travel. Kami ingin cipta kenangan semasa anak-anak masih kecil. Dah besar nanti diorang taknak dah dengan kami. Kecil ni sekali jah. Tak boleh nak undur balik. Melainkan beranak kecil lagi. Nak ke? Haha… (Gelak halus je dalam hati)

Leave a Reply