REVIEW
Orang Malaysia menginap di Mrs Panda Hostel, Chengdu

Orang Malaysia menginap di Mrs Panda Hostel, Chengdu

Kami terbang ke Chengdu bersama dengan anak-anak pada bulan Disember 2019 yang lalu. Setiba kami di Lapangan Terbang Shuangliu (CTU) pada pukul 2 petang waktu China, kami ingatkan nak terus keluar daripada airport. Masalahnya, kami tak tau mana nak tuju. Simcard yang dibeli awal di Shopee tak dapat nakconnected.

Warghhh!!! Memang tak reti nak tuju kalau takde line internet. Kami nakkan online maps untuk cari jalan ke sana. Selepas melilau dalam lama dalam airport, (aku agak dalam sejam) maka setel la urusan internet dengan membeli simcard untuk foreigner. Alhamdulillah, dapat jugak kami mencari Mrs. Panda Hostel.

Kami memilih untuk menginap di Mrs. Panda Hostel kerana hotelnya dapat reviews baik daripada ramai penyewa sebelum ni yang datangnya daripada pelusuk dunia. Orang Malaysia pun ramai ke sini. Pengalaman kami menginap di sini sebanyak dua kali iaitu pada tarikh 4 Dis 2019 dan 15 Dis 2019 boleh dikatakan sangat bagus disebabkan lokasinya berdekatan dengan banyak kemudahan.

Aku baca reviews di setiap laman booking penginapan. Rata-rata adalah foreigner dan memberi respons yang sangat baik. Markah 8.5/10 tau. Kakak aku sekeluarga pun datang menginap di sini. Tapi tak berjodoh jumpa kat Chengdu.

TAKDE INTERNET TAK BOLEH SAMPAI KE?

Boleh jerr. Mudah bila dah kenal jalan. Hihi Kami dah catat awal-awal dalam itinerari kami. Dari Chengdu Airport ke Taipingyuan (Line Subway 10) Kemudian naik pula train ke Xinnanmen (Line Subway 3) Sampai di stesen, naik tangga dan terus keluar. Keluar tu bukan terus mengadap hostel. Kena jalan 240 meter ke arah kiri simpang 4 traffic light. Sembang macam kat bandar sendiri. Kah!

LOKASI

Aku suka betul hostel ni. Lokasinya sangat sesuai. Ada kedai makanan halal yang hanya berjalan kaki sejauh 250 meter je. Kalau makanan sejuk sekalipun boleh panaskan di dapur yang disediakan. Tak puas nak makan buah pun takpe. Belakang hostel ada pasar basah. Kami beli strawberi saiz XL. Murah pulak tu.

Ini pandangan dari arah ke Anshun Bridge.

Berdekatan dengan transportation seperti stesen bas dan train. Stesen bas pula hanya bersebelahan dengan subway kami tiba. Nak naik teksi pun takde masalah. bagitau je petugas hostel, mereka akan aturkan untuk kita. Masalahnya satu jela. Satu kereta hanya boleh dimuatkan 4 orang sahaja. Kalau lebih kena naik van. Katanya. Tapi, kami berlima lepas je. LOL. Maybe Niqrisa baby kot.

Tempat menarik terdekat yang boleh jalan kaki je adalah Anshun Bridge. Aku sangat suggest ke sana di waktu malam. Sangat cantik dengan sinaran lampu terpantul di sungai. Silapnya, aku tak tau tempat ni dekat je. Aku menginap kat tempat lain dan berjalan kaki sejauh 3 km. Padahal dari Chengdu Mrs. Panda Hostel hanya 800 meter je. Siap boleh jalan melalui taman lagi.

Anshun Bridge lawa waktu malam. Untuk kami yang tak pro bergambar ni, cenggini jela rupanya.

ADAKAH HOSTEL NI SESUAI BAGI YANG BEKELUARGA?

Sesuai uols. Mereka menerima budak-budak dan sangat welcoming. Takde la buat muka bila tengok budak kecik. Walaupun situ kebanyakan geng muda remaja dan belum kahwin, pada pandangan hostel ni memuaskan hati aku. Ada heater, katil selesa dan bersih, aku dah rasa memadai.

Boleh lihat sendiri saiz bilik.

Cuma, bilik agak sempit. Nak solat tu ngam-ngam saiz M je. Kalau nak ubah katil seperti cantumkan atau apa sekalipun, aku tak galakkan. Sebab berkarpet. Nak kena angkut bagai. Mana boleh tolak. Rosak karpet tu. Aku suka betul kalau negara musim sejuk menyediakan penginapan yang ada karpet. Tak sejuk kaki nak pijak lantai.

WIFI?

Adaaaa…. Tapi aku pakai data sendiri. Satu beli di shopee. Satu lagi simcard traveller yang dibeli di airport Chengdu. Aku tak pasti line internet hostel sama ada laju atau tak. Sebab aku tak guna langsung.

HOSTEL dan bukan HOTEL

Lupa nak terangkan. Ini adalah hostel. Bukan hotel. Jadi, ada dorm yang disediakan kepada penginap yang ingin berjimat dan sanggup berkongsi bilik air. Ya, lebih murah. Tapi aku tak sanggup duk dorm. Salah satu sebab aku ada anak kecil. Susah betul nak berkongsi dengan orang awam ni.

BOOKING atau WALK IN?

Aku booking. Tak nak tanggung risiko untuk walk in. Tak pasal-pasal duk dorm nanti. Harga sangat murah dan berpatutan. Risau ketiadaan bilik, aku rela tempah dulu. Melainkan anda tak kisah tidur bersama satu dorm berkongsi dengan foreigner lain. Anda tahu anda inginkan macam mana.

Jangan risau kalau lapar. Ada kedai makan halal.

Boleh booking tanpa bayaran di Booking.com atau website glemer pilihan rakyat Malaysia di Agoda.


Ini adalah base kepada pengalaman aku sekeluarga. Mungkin ada yang mendapat pengalaman buruk di hostel ini. Setakat aku dan kakak, bagi kami sangatlah okey dengan bayaran sewa.

Salah satu taman yang kami jumpa semasa berjalan di sekitar.

Sini ada jual simcard yang lebih baik daripada airport. Kat airport tu untuk traveller. Tapi, bila sampai di hostel ni ada je jual simcard local. Murah pulak tu. Nak keychain atau fridge magnet pun ada. Atau nak anak patung panda, poskad atau apa-apa cenderahati ada dijual di sini. Harganya jauh lebih murah.

Pasar belakang hostel. Murah je buah kat sini. Segar pulak tu. Kelawar atau makanan exotic takde jual ya.

Kalau aku tau, aku tak beli tempat lain. Dah la aku beli awal. Kena angkut kat merata-rata tempat selama 13 hari. Bila hari terakhir di Chengdu dan aku menginap di hostel ni, banyak pulak cenderahati yang dijual. Buat berat beg dan bazir duit je.

Jadi, buat rakyat Malaysia, meh la menginap kat hostel sini. Sesuai sangat untuk awal dan akhir perjalanan. Ouh, kalau nak main salji di Xiling, boleh book siap-siap dengan kaunter. Mereka akan uruskan. 2 jam perjalanan dah boleh main salji. Selamat mengembara!

‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’

1 thought on “Orang Malaysia menginap di Mrs Panda Hostel, Chengdu

Leave a Reply