Ucapan Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar cikgu
Aku tulis entri ni sehari lewat yang sepatutnya diucapkan pada 16 Mei 2020. Agak berbeza sambutan hari guru bagi tahun ini. Bukan diraikan seperti mana tahun-tahun sudah. Kali ini sekolah ditutup akibat penyebaran wabak penyakit Covid-19. Sambutan 16 Mei ini adalah ketika dalam tempoh PKPB (Pengawalan Kawalan Pergerakan Bersyarat) Semua warga samada pelajar atau guru tidak dibenarkan sama sekali ke sekolah.
Sudah 60 hari aku sekeluarga berkurung di rumah. Kamilah ibu bapa, kami juga guru buat anak-anak sendiri. Kebetulan suami aku turun ke sekolah tahun ini. Sudah 8 tahun bekerja di Jabatan Pendidikan Teknologi dan tak sampai sebulan berada di kolej vokasional dah kena duduk rumah. Budak dalam kelas pun tak sempat nak kenal.
Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Takde pun kami nak mengeluh. Seronok dapat pengalaman mengajar anak-anak sendiri. Disamping itu juga, kena sediakan bahan pdpc buat anak murid pula. Walaupun agak kelam-kabut dalam urusan pembahagian jadual masa, alhamdulillah… Masih hidup dalam keadaan baik dalam rumah ini.
Cuma, adalah juga terasa kesusahannnya. Kekangan masa menyediakan bahan disebabkan laptop kerja kami digunakan oleh anak-anak untuk buat latihan daripada guru mereka, kami pun nak kena uruskan si kecik, makanan pun dah mula kena masak, rumah kena bersih sentiasa (sebab penghuni berada 24 jam) dan paling rimas bila kita buat kerja, anak-anak pun banyak bertanya. Fuh, boleh tiba-tiba jadi hot satu badan!
Bagi aku, ucapan hari guru juga perlu ditujukan buat semua ibu bapa di Malaysia. Mereka pun terpaksa menjadi pendorong buat anak-anak belajar dari rumah. Boleh rasa susahnya parents yang sedang WFH (Work From Home) dan terpaksa memahirkan diri untuk memahami sesuatu subjek. Hebat kan mereka.
Jadi, di kesempatan ini, Selamat Hari Guru buat semua rakan guru samada terlatih atau tidak, atau yang menjadi bidan terjun dalam pendidikan disebabkan PKPB ini. Hehe Anda adalah orang hebat. Usah jemu memberi pendidikan buat anak-anak kita. Kerana mereka adalah bakal pemangkin generasi negara yang hebat.
Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu Senarai
tema hari guru 2020
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN