Keunikan trek baru Bukit Harimau Menangis
Aku pernah tulis pasal Bukit Harimau Menangis – Hiking dengan anak-anak bertarikh Jun 22, 2019. Dah setahun berlalu. Lepas tu dah tak boleh panjat dah sebab kekangan masa. Bukit Harimau Menangis (BHM) jauh dari tempat tinggal aku. Sejauh 40 minit perjalanan dengan halaju 120 km/jam. Maka, setahun kemudian baru boleh repeat. Kihkih
Baik. Aku ulang balik secara ringkas kat mana BHM ni. BHM ni terletak di Kemasik, Kemaman. Kemaman ni salah satu daerah di Terengganu. Bukit ni baru je lagi diterokai oleh orang ramai. Tahun 2019 tula yang kemain orang tidak kira tua muda berpusu-pusu nak panjat. Sampaikan aku sendiri pun turut terpengaruh. Jauh pun sanggup drive pagi-pagi buta tau.
Bagi aku, trek yang dibina tidak la mencabar seperti bukit lain yang pernah aku pergi. Sebab ruang lantai yang lapang dan agak mendatar. Bukit pun tak tinggi sangat. Tak rasa seperti di dalam hutan. Langit terbentang luas. Takde hutan kanopi untuk beri teduhan kepada pendaki. Pukul 9 memang dah rasa bahang panas mentari di kulit. Jadi, tak membuatkan aku sekeluarga beriya nak repeat seminggu sekali.
TREK BARU BUKIT HARIMAU MENANGIS
Pandangan aku terhadap BHM pada tahun ini bertukar apabila mendaki di trek baru yang dibuka oleh Tok Bak. Aku tak kenal dan hanya diketahui oleh rakan lama. Katanya, Tok Bak adalah AJK BHM. Wah… Dan wow…..
Pada tanggal 3 Julai, aku dapat juga panjat untuk kali pertama di tahun 2020. Ini semua sebab PKP hari tu yang tidak membenarkan semua rakyat beraktiviti luar dan hanya perlu duduk rumah.
Aku dapat green light daripada suami untuk panjat bukit bersama kawan. Me time la kiranya ni kan. Baik laki ku. Auch gitew! tapi, tak best sangat. Aku dah biasa dengan keluarga. Bukan tak seronok dengan kawan. Cuma rasa kekok dan perasaan terlalu sunyi. Memang tak biasa la!
Ok, no more talk about feeling. Fokus pada trek baru. Kebiasaan pendaki akan mula naik di tangki air. Tapi, untuk trek baru ni bermula menghadap tangki air dan naik di sebelah kanan. Tak nampak macam ada trek sebab betul-betul naik kat manhole.
Siapa yang tak biasa memang takkan perasan ada laluan kat situ. Kata Kak Aina, trek ni trek tersangat la baru. Jadi, aku antara yang bertuah la kan, kan?
Perasaan aku bila menggunakan trek ni terus berubah pandangan seperti di atas tadi. Sini tak ramai orang. So much pokok! Ada takungan air dan sungai kecil. Pemandangan memang marbeles.
Kalau penat, ada banyak pondok dan kerusi disediakan. Aku tak suka sangat berehat. Mungkin dah biasa kalut dengan anak, tak sempat nak hilangkan lelah dan menikmati alam. Haha
Trek sini lebih mencabar. Ada kawasan yang curam 70 darjah tak silap aku. Aku tak reti nak agak darjah kecuraman. Nak naik atau turun memerlukan tali penyokong.
Tiba-tiba terdengar orang cakap TOLONG!
Gerun jugak dengar dalam hutan macam ni. Kebetulan ada seorang lelaki yang kebetulan rehat di tempat yang sama, kami minta dia turun tengok situasi di bawah. Nak kami pergi memang takde keberanian.
Rupa-rupanya ada seorang lelaki berusia 18 tahun yang mati akal dah jalan balik keluar hutan. Dia nampak keletihan. Katanya, dia sengaja berpisah dengan rakan dan buat keputusan nak pusing balik ikut jalan sama seorang diri.
Ada 3 perkara tak patut di sini.
- Kawan tinggal kawan. Dah tau orang tu nak patah balik, kawan tadi patutnya ikut. Bukan berpecah. Ni la yang biasa tersesat seorang diri dalam hutan. Mana semangat kekitaan? Adoii!
- Pertama kali guna trek baru yang belum ramai orang lalu. Dah tau trek ni tak ramai orang, kenapa berani sangat turun seorang diri? Memang berpusing la tempat sama sebab semuanya pokok.
- Ini tak boleh blah. Pertama kali hiking dalam hidup. OMG dik. Berani level 10! Tak reti nak ulas akak.
Kemudian, datang bantuan daripada Tok Bak. Tadi baru sembang dengan Kak Aina, Tok Bak terus munculkan diri. Aku kira, budak ni akan dibebel berbakul-bakul sepanjang misi membawa turun sehingga ke jalan keluar. Kah!
Perjalanan diteruskan sehingga ke CP3. Pemandangan sini sangat cun. Disebabkan hari hujan waktu mendaki tadi, pukul 9 pun masih dapat lihat awan membaluti bukit. Cantik betul.
Kak Aina seorang yang suka bergambar. Kebiasaan aku hiking bersama-sama dengan keluarga memang tak sempat langsung nak posing bagai. Snap ala kadar dan terus turun. Kami nak elakkan anak-anak daripada merengek. Diorang fikir nak sarapan je.
Dikesempatan seorang diri pada hari ini, apa lagi, posing sakan la. Kak Aina ni dah macam pro jurugambar di bukit pulak. Macam-macam gaya dan posisi diarahnya. Rasanya, lebih 40 minit bergaya, baru berasa nak turun. Kah! Kat atas ni jadi makin lama apabila jumpa ramai kenalan lama semasa mengajar di Kerteh 7 tahun yang lalu.
Kami bergegas turun memandangkan aku nak balik jauh ke Binjai. Perjalanan balik tak terasa lama sangat. Kepala target rumah je. Sampai kat bawah aku terus bersalaman dengan Kak Aina dan start enjin pandu pulang.
Bagi sesiapa yang nak ke BHM ni, aku cadangkan cuba kesemua trek yang ada. Lain trek, lain cabarannya. Level cabaran setiap orang pun berbeza. Kita takkan sama. Bagi aku, trek baru ni lebih menyeronokkan sebab banyak pokok. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan yang berbeza. Akan jumpa kawasan luas, tasik, sungai, curaman bukit dan pokok kanopi.
Kalau trek yang satu lagi bagi aku agak terbuka. Sedikit panas dan berdebu. Lagipun banyak batu kecil yang boleh membuatkan kaki tidak mencengkam. Nak nak lagi yang kasut dah takde tapak. Bahaya.
Tapi, mana-mana pun ok. Aku dah cuba semua trek. Seronok semuanya. Pengalaman takkan sama walaupun beberapa kali naik.
Buat yang baru nak cuba hiking, tolong patuhi 3 perkara ini :
- Pastikan sarapan ada karbohidrat. Kita perlukan tenaga semasa mendaki. Kalau tak, kita akan cepat letih. Makan sedikit bukan kenyang sampai perut membulat. Muntah nanti susah pulak.
- Workout sebagai persediaan. Seminggu awal lagi baik. Ini nak elakkan badan jammed.
- Sebelum naik warm up, dah turun perlu cool down. Kesian jantung akan tiba-tiba berdegub laju. Boleh cepat semput. Bila dah turun, tegangkan badan terutama di bahagian kaki. Ini nak elakkan sakit urat. Padahal taknak rasa muscle pain. Kalau ada jugak rasa pada keesokan hari, makan banyak protein untuk build muscle.
Aku bukan la pro. Cuma ini adalah dari sudut pengalaman sendiri. Kalau ada yang ada pandangan untuk dikongsi, boleh tulis di bahagian komen. Pandangan anda amat dialukan. Aku pun suka bertukar pendapat. Pendapat apa pun perlu dirai.
Selamat mendaki!
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
18 thoughts on “Keunikan trek baru Bukit Harimau Menangis”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Bila baca sampai part “Tolongg..” tu tiba tiba saya teringat movie Netflix tajuk In the tall grass… bermula dari cari orang yang minta tolong kemudian sesat sekali. huhuhu…
Ya memang tak boleh dipandang remeh jika masuk hutan ni. Kena lar tag dengan kawan-kawan agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
terus berdebar baca bila adik tu tak jumpa jalan balik, kesiannya dia. Seronoknya sis me time dengan hiking, teruskan gaya hidup sihat
Seronok baca perkongsian akak. Macam-macam pengalaman mendaki. Saya last mendaki masa tahun 2016. Nak mula balik, rasa lemau sungguh. Hahhaa
Beraninya budak tu nak jalan sorang sorang kat bukit tu. Dah puluh tahun tak panjat bukit ni
Ya ampun suspen betul. Berani pulak dia nak berpecah dr ahli kumpulan yg lain
Fuhh berani ek budak tu.. Selamat uols ada menyelamat.. Kalau tak mesti kes sesat.. Jgn berani2 dlm hutan sgt dik oi.. Good job sis
Aduyai memang level berani mati tahap 10 budak tu. Hutan ni bukan tempat boleh main sesuka hati kan? Alam ni bukan milik kita seorang.
Betul juga kann, walau ada seorang nak patah balik, lelain kena ikut sama, patut lee kes sesat jadi gini keluar sorang-sorang uturn.. Ermmm bilalah Sis ko nak hiking balik ni, now muatan berat nauuu hahahaha
masuk hutan ni banyak jugak pantang larang nya jugak. nak masuk hutan pun nak kena Ada orang yang lebih arif
Ish bahayanya ditinhgalkan sorang sorangkat bukit tu… nasib baik dah dpt bantuan… nama bukit ni unik gak ek… kita bukan kaki panjat bukit so baru tahu ada bukit ni di Kemaman.
Fuhh beraninye dia patah balik sorang2 adoiii. Kalau tak biasa jalan track janganlah memandai2. Bagus tips ni ntk yg prtama kali join.
wah bestnya.. iena suka hiking….nanti boleh masuk dalam list la..bileh bercuti sekali kat tganu 🙂
cantiknya boleh la nnt pergi sini 🙂 thanks sebab share tau
aduhaiii silap besar buat keputusan macam tu memang sesat la jawabnya. Sebab tu tak digalakkan masuk sorang2, bahaya
Cantik sangat nampak pemandangan bukit tu hehehe bestnya kita tak tahu bila lah nak hiking macam ni tak berani salah satu sebab tu lah takut sesat dan juga tak dapat nak sampai puncak dah semput hehehehe… Tapi tips yang diberikan sangat bagus dan berguna…..
Pemandangan memang cantik dan memang akan burn banyak. Kengkawan pun selalu ajak Rawlins hiking tapi Rawlins tak berapa nak layan so tak join. Haha.
Macam menarik tempat ni. hehehe
Dapatkan flavour tempatan di Suci Harum.