Bersiar-siar di Kawaguchiko Lake Fuji
Kalau dah ke Tokyo, jangan lupa masukkan Tasik Kawaguchiko ni sebagai destinasi wajib pergi. Mulanya kami nak batalkan aje niat ke sana memandangkan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki bas dari Shinjuku. Nasib baik kami teruskan juga niat. Tempat ini sangat berbaloi untuk dijejaki.
Jika nak ke sana, anda boleh la menaiki subway dari tempat anda menginap menuju ke Stesen Bas Shinjuku. Dari sana, anda boleh membeli tiket secara walk in di kaunter. Datang seawal 7 pagi untuk mengelakkan anda terlepas jadual pergerakan bas.
Mengikut pengalaman kami, kami pergi sehari awal untuk membeli tiket bas. Kami taknak kesusahan di hari kejadian. Banyak perkara boleh terjadi seperti orang ramai yang sedang beratur atau tiket kehabisan.
Kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Jadi, jangan risau untuk bosan sebab anda akan ralit melihat landskap negara Jepun.
Setelah tiba ke Stesen Kawaguchi, anda dikehendaki beratur untuk membeli tiket bas yang membawa anda ke tasik. Harga tiket bergantung kepada stesen yang bakal anda turun.
Kami turun di stesen paling awal kerana kami nak jalan sendiri di sekeliling tasik sambil menikmati alam. Oh, lupa. Kami tak berasa penat pun berjalan. Tau-tau dah berada di hujung jalan tasik. Betapa asyiknya dengan pemandangan yang dihidangkan.
Tasik ini berlatar belakangkan dengan Gunung Fuji. Sungguh cantik. Kelihatan bagaikan sebuah lukisan. Terbalikkan. Apa yang di depan mata dibandingkan lagi dengan lukisan daripada seorang manusia. Sedangkan apa yang dilihat ini adalah lukisan daripada yang Maha Esa.
Di sini ada je restoren makanan halal. Kami tak pergi sebab dah bawa bekal dan picnic di tepi tasik. Kami menghabiskan masa sepanjang hari di sini tanpa jemu.
Tapi, tak boleh terlalu lama. Kami dah beli tiket pulang pada jam 2.30 petang. Dari tasik kami perlu pulang semula ke Stesen Kawaguchi 30 minit awal.
TEPATI WAKTU BALIK
Waktu siang di musim sejuk amat singkat. Pukul 4 lebih langit dah mula gelap. Elok sangat balik awal. Nanti susah pulak nak cari jalan pulang di rumah penginapan di kala hari sudah malam.
Tontoni video pendek di bawah untuk lebih jelas. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE dan LIKE tau. Dengan sokongan anda, semangat nak sediakan contant travel membuak-buak! Selamat mengembara semua!!!!
1 thought on “Bersiar-siar di Kawaguchiko Lake Fuji”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Jadi, kami pilih tempat yang santai. Satu hari cover 2 tempat sahaja. Nak ke satu-satu tempat tak rushing. Contohnya pergi ke Kawaguchiko Lake. […]