TIPS
Tips Travel DIY ke Tokyo Jepun dengan anak kecil

Tips Travel DIY ke Tokyo Jepun dengan anak kecil

Melancong ke luar negara bersama dengan anak kecil mengundang seribu satu cerita. Ada macam-macam perkara akan berlaku tanpa kita jangka. Pun begitu, akan banyak juga perkara menarik yang pastinya mencipta memori pada masa hadapan.

Ramai juga yang ingin ke Jepun setelah pengumuman daripada Negara matahari terbit itu sendiri telah mewar-warkan akan dibuka pintu sempadannya. Usaha mendapatkan tiket kapal terbang sedang giat diusahakan.

Kami pernah ke Jepun pada tahun 2016 yang lalu. Seronoknya Jepun tak payah cakap. Negara yang mesra untuk pelancongan keluarga. Sangat selamat membawa anak-anak ke sana. Pilihan anda ke Jepun sangatlah tepat.

Travelog Disember sekeluarga keTokyo, Jepun

Yang peningnya, persediaan. Apa nak bawa? Nak pergi ke mana? Bagaimana transportation? Jadi, ibu bapa semua, usah risau. Takyah pening-pening. Kami kongsikan pengalaman kami sendiri untuk memudahkan anda pula membuat persediaan, tak kiralah mental atau fizikal untuk ke sana.

Tips jimat travel ke Tokyo bersama anak kecil

Kami fly ke Tokyo pada Disember 2016. Ketika itu musim winter. Pergi 4 orang sekeluarga, bersama anak berusia 6 dan 8 tahun selama 6 hari.

Cukup sekadar anda senaraikan maklumat itu sahaja dulu. Barulah anda tahu mana nak mula.

1. Cari tempat menarik bersesuaian dengan usia anak.

Usia anak memberikan kita bayangan mana tempat nak lawati. Macam kami, anak umur 6 dan 8 ni suka naik public transport seperti tren dan bas, jalan-jalan kat taman, pergi muzium. Takmau tempat sesak yang ramai orang. Bila dah sesak ramai orang macam tu, nak monitor dan jaga keselematan anak pun susah. Usia anak kami susah dikawal. Suka berlari ke sana sini tanpa sedar mereka dah jauh daripada kami.

Jadi, kami pilih tempat yang santai. Satu hari cover 2 tempat sahaja. Nak ke satu-satu tempat tak rushing. Contohnya pergi ke Kawaguchiko Lake.

Kami keluar dari tempat penginapan pukul 10 lebih macam tu. Selesaikan urusan makan dulu. Kemudian, naik metro train ke Shinjuku Bus Terminal. Kat sana, beli jajan buat makan sambil menunggu. Dan naik bas pula ke Kawaguchi Lake.

Bukti kami dah check in Kawaguchiko Lake

Sampai kat Kawaguchi Lake, bersiar-siar pula dengan bas persiaran keliling tasik. Turun bas, menikmati pemandangan tasik dan melihat Gunung Fuji. Anak-anak boleh berlari dan bermain di kawasan sekitar. Lapar lagi? Kami bawa bekal berkelah kat sana.

Bersiar-siar di Kawaguchiko Lake Fuji

Sangat santai.

Muzium, tasik, pameran, taman adalah tempat yang sangat sesuai. Taman tu boleh jadi taman tema pun okay. Ada bajet lebih, boleh ke Disneyland. Suka sangat la budak-budak.

Jadi, pilihlah tempat yang bersesuaian dengan umur, lebih rileks dan mudah nak pergi.

Apa pun, tempat yang dipilih itu pasti akan menjadi memori yang indah buat anak dan kita sendiri untuk dikenang.

2. Tempat penginapan

Dah senaraikan tempat pilihan tadi, bolehlah tempah tempat penginapan berdekatan dengan tempat bakal dikunjungi. Tempat penginapan tu mestilah ada kemudahan public transport dan kedai.

Pengalaman kami, kalau jauh daripada tempat yang nak pergi tu, meningkatkan kos dan masa. Rugi sangat ambil masa dalam perjalanan. Penat lagi. Anak-anak akan mudah bosan. Bila bosan, mulalah buat peel.

Kami menginap di apartmen area Ikebukuro. Dekat segala kemudahan transport dan kedai. Jalan kaki je kalau nak beli nasi dan roti. Public transpot pun dekat dengan pagar rumah.

3. Public transportation

Ada banyak pilihan. Bas, trem, subway, teksi. Ikutlah bersesuaian dengan anak-anak. Jika anak-anak behave naik tren dan bas, bolehlah naik. Jika tak, baik pilih teksi. Tapi kos agak mahal sikit berbanding tren dan bas.

Tren ada banyak. Metro, Jr dan apa lagi ya? Kami pun dah lupa. Lain-lain kesitimewaan dan harga. Lain-lain route, lain-lain bayaran. Kena study dulu.

Kanak-kanak bawah 7 tahun percuma. Budak-budak pulak separuh harga. Teksi takde special macam tu. Harga kira by meter.

Ada pakai stroller tak? Ini pun agak mencabar sebab banyak turun naik tangga. Ada yang disediakan lif. Jika takde, anda kena angkut la stroller tu.

4. Pakaian mengikut musim.

Musim apa yang anda pergi tu? Pakaian mestilah bersesuaian dengan musim. Kami pergi musim winter. Suhu bawah 10Âșc. Kami sediakan jaket, sweater, snow cap, long john, glove dan muffler. T-shirt bawak 2-3 helai je sebab kami pilih apartmen ada washer machine. Balik daripada bersiar-siar waktu siang, kami akan basuh baju. Sambil baju siap dibasuh, kami sediakan makan malam.

Tak ada la berat beg dengan pakaian. Jimat duit luggage dan ringan semasa membawa.

Kami tak pernah bawa bayi ke Jepun. Pernah ke Turkiye je. Sama je winter kat mana-mana. Bawalah jaket lebih. Jaket paling penting untuk musim sejuk. Sekali kotor, nak basuh makan masa jugak nak kering. Jadi, dah ada standby satu. Nak beli lain, agak mahal jugak di Tokyo.

Nak cari bundle, ada je. Satu kerja pula nak keluar mencari. Habis tergendala program….

5. Makanan

Di Jepun, tidak banyak makanan halal disediakan. Agak pelik bila mana kami cakap kat orang lain, kami ada bawa bekal semasa travel ke Jepun.

Bukannya bawa lauk -pauk. Kami bawa serunding, sambal Brahim, coklat dan air 3 in 1. Meggi pun bawa sebungkus je. Tak boleh bawa banyak. Nanti beg penuh dengan makanan daripada baju. Hehe

Serunding tu pack kecik-kecik macam buh dalam plastik asikrim Malaysia. Buat lauk je makan dengan nasi Jepun. Kami tak bawa beras. Kat kedai serbaneka banyak ada jual nasi. Beli dan panaskan di microwave dalam rumah.

Makanan halal ada dijual. Kami makan sekali sehari je di kedai makan. Agak mahal apabila pergi bersama keluarga. Untuk cut cost makan, kami beli telur dan nasi. Roti boleh juga buat sandwich bekal semasa bersiar-siar.

Sediakan juga makanan kegemaran anak. Bila mereka mula nak meragam, keluarkan. Confirm senyap.

Kepada bayi yang masih menyusu badan, baik beli kain cover. Saya pernah buat. Tak perasan pun bila minta tolong suami dan anak-anak lain jadi pengadang sekejap. Seolah nampak sedang berkumpul. Orang tak perasan pun.

Kepada bayi yang minum susu FM, macam kami kata tadi, sukat siap-siap susu tepung tu dalam milk powder storage. Kadang bekas tu makan space. Buh la dalam plastik aiskrim Malaysia tu jugak. Seal agar tak masuk angin.


Panjang lebar bercerita tentang pengalaman kami bawa anak-anak ke Jepun. Ada yang kami tambah semasa berjalan kat negara lain. Contohnya part bayi tu. Kami takde bayi lagi masa ke Jepun tu. Tapi, banyak kali keluar negara dengan bayi ke negara-negara lain.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan. Harap memberi manfaat. Tak rugi ke Jepun. Sangat best dan terbaik tempatnya. Selamat dan tak jemu biarpun hanya berjalan kaki melalui Lorong-lorong kecil. Lebih-lebih lagi pergi ketika musim winter. Siangnya agak singkat. Kejap je dah malam.

Tak ada apa yang perlu nak dirisaukan apabila bawa anak-anak bersama ke Jepun. Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibu bapa membuat persediaan yang lebih baik daripada yang kami berikan.

Selamat merantau ke Jepun!

Leave a Reply