
Cara mudah masuk Thailand – Rantau Panjang
Ramai dah orang berminat nak keluar negara. Nak pergi jauh, masih ada rasa takut. Takut covid la, gabra sebab dah lama tak keluar la. Macam-macam perasaan ada.
Jadi, ramai la memilih ke Thailand dulu. Kiranya, amik feel orang cakap.
Kami pun tidak terkecuali. Biarpun dah banyak kali ke Thailand sebelum ni, kami tetap memilih Thailand sebagai destinasi pertama selepas berakhirnya pandemik ini.
Disebabkan Thailand ini begitu popular, makanya, Hatyai menjadi tempat tumpuan. Mengikut apa yang orang dah viral, sempadan Padang Besar sangat sesak. Orang ramai sudah beratur seawal subuh lagi. Pun kena beratur panjang berjam-jam. Tambah lagi nak kena beratur di pejabat imigresen.
Sehari tu memadai habis masa kat pintu sempadan jela.
Bila dah sampai kat hotel di Hatyai, orang dah rasa penat. Mulalah skip tempat-tempat dalam senarai pilihan. Bila ke tempat dituju, penuh sesak pulak dengan orang ramai. Nak membeli pun susah. Nak menikmati percutian pun rimas. Adehh…
Kami dah pernah rasa situasi di Padang Besar. Pergi ke Hatyai pada hujung minggu memang membawa anda kepada kesesakan dengan orang Malaysia. Penuh!
Pengalaman mengajar kami tidak mengulanginya.
Kami memilih untuk masuk ke Thailand mengikut sempadan Rantau Panjang dan Sungai Golok. Urusan di imigresen pun tak sampai sejam. Takde nak beratur panjang. Kereta lancar masuk dan boleh terus setelkan proses masuk.
Anda boleh lihat sendiri suasana video yang kami telah rakam pada keadaan semasa kami sedang berurusan. Betul-betul dipermudahkan.
Kakak aku yang masuk jam 5:30 petang kat border tu pun, setel awal. Setengah jam je. Memang lengang. Dari Rantau Panjang ke Hatyai hanya 4 jam tempoh perjalanan. Ini jika nak ke Hatyai jugak la.
Things to do in NARATHIWAT Thailand
Kami tak ke Hatyai pun. Dah banyak kali pergi. Takmau dah. Aku prefer negeri lain dalam Thailand. Thailand ni luas. Takkan nak tuju satu tempat je. Explore selagi boleh.
Apa pun, aku harap korang sediakan dokumen sepatutnya sebelum ke pejabat imigresen Malaysia, maupun imigresen Thailand.
INI SENARAI DOKUMEN PERLU DISEDIAKAN
- Geran kereta original
- Pasport belum tamat tempoh (Pastikan 6 bulan lagi sebelum expired)
- Kad vaksin (Nasib je ni kalau petugas mintak)
- Pen.
Itu je. Nak tau lengkap, sila layan dalam bentuk video. Lebih jelas untuk faham. Selamat bercuti semua!
2 thoughts on “Cara mudah masuk Thailand – Rantau Panjang”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Cara mudah masuk Thailand – Rantau Panjang […]
[…] Mudah betul kami keluar masuk ke sana kan. Macam mana caranya? Cara mudah masuk Thailand – Rantau Panjang […]