
Jalan-jalan ke Narathiwat – Day 1
Narathiwat merupakan salah satu wilayah yang ada di Thailand. Bukan menjadi tumpuan utama para pelancong Malaysia. Ini kerana, masalah pergolakan oleh puak pemisah yang sentiasa didendangkan di media-media.
Aku nak kata selamat 100% pun, tak berani jugak. Semua itu kerja Allah. Daripada pengalaman aku selama duk ulang-alik Nara berkali-kali, pandangan adalah aku adalah selamat lagilah buat setakat ini.
Orang Kelantan, khususnya, banyak yang ke sana untuk melawat sanak-saudara, makan-makan, jalan-jalan. Aman damai je. Waktu bila bom tu, aku tak sure… Tak pernah berlaku di hadapan mata.
Hotel yang kami pergi atau pusat bandar yang kami pergi pun, takde jugak kesan bedil ke apa. Sama macam tempat kita.
Jadi, why not anda beralih jalan-jalan ke Narathiwat? Tak perlu cuba. Terus pergi. Sejam je daripada Imigresen Rantau Panjang -Sungai Golok. Dekat je kan? Lagipun, urusan di border sini lebih cepat disebabkan orang tak ramai.
APA YANG MENARIK DI NARATHIWAT?
- Tak perlu bersesak dengan orang Malaysia. Jauh beza dengan Hatyai dan Songkhla. Disebabkan Nara bukan pilihan hati sebagai tempat pelancongan, maka Nara ini lebih rilek.
- Lebih dekat dengan sempadan. Mana taknya. 70 km je daripada Rantau Panjang.
- Rakyat Selatan Thai boleh berbahasa Melayu-Kelantan. Bagi kami, ini satu anugerah. Memang kami orang Kelantan. Cuma, ada sikit la berbeza perkataan. Masih boleh difahami.
Baik. Takmau cerita pasal apa menariknya Narathiwat. Aku cuma nak bagitau apa yang aku dan keluarga buat di sini. Apa aktiviti sepanjang bercuti di Nara.
Serius aku cakap, kami takde buat itinerari pun kalau ke Narathiwat. Just bermalam, makan-makan, bersiar dan balik. Itu je. Time ronda takde tujuan tu lah best buat kami. Dah sampai kat tempat dituju, macam biasa je. Tak teruja sangat
Cara mudah masuk Thailand – Rantau Panjang
Memang jenis kami sukakan tempat yang sunyi. Taknak yang viral. Pastu, nak elak daripada bersesak dengan orang kita. Lagi satu, tak suka sangat bila mana tempat tu dah tak natural. Banyak yang diadakan seperti kedai makan, pasar dan premis kunjungan yang sengaja diwujudkan bagi menggembirakan orang Malaysia. Sampai tak?
Contohnya, ada rumah upside down ke apa ntah. Yang terbalik semua barang tu. Dan pasar yang memang mensasarkan pembeli rakyat Malaysia. Harga pun dah boleh tahan.
Padahal kat Sungai Golok dan Narathiwat ni jauh lebih murah. Paling utama adalah, budaya mereka dikekalkan. Tak ada yang direka atau sengaja diadakan demi pelancong-pelancong Malaysia. Yang target mereka adalah kita 100%
Di Narathiwat, tak ada seperti yang aku ceritakan seperti di atas. Kebanyakan mereka adalah orang tempatan. Ada je orang Malaysia datang. Tapi, tak ramai. Nak jumpa plat Malaysia pun, agak payah.
Aku suka dengan tempat penginapan yang tidak penuh dengan orang. Kami kerap kebetulan bila mana bercuti, takde orang. Resort atau hotel hanya kami sekeluarga sahaja yang menginap ketika itu.
Bila makan di kedai atau berada di pantai, kami jela rakyat Malaysia. Betul-betul rasa percutian yang tenang. Kat Malaysia kalau cuti sekolah, lagi serabut ada la…
Aku takmau puji melambung. Kadang, bila aku melebih-lebih, sampai turn korang dah tak sama. Ini apa yang aku alami. Setakat ni, memang tak ramai ke Narathiwat.
Aku ulang balik. Seperti dicatatkan di bahagian atas, orang takut ke sini disebabkan biasa dengar cerita pasal bom, bedil, mati. Ganas pulak. Padahal, takde pun.
Boleh tonton vlog hari pertama di Narathiwat. Ronda pakai skrin monitor anda dulu. Bila dah ada rasa nak pergi, barulah rancang perjalanan anda. Cara nak masuk ke Thailand melalui border Rantau Panjang, boleh klik di sini.
Happy travelling!
2 thoughts on “Jalan-jalan ke Narathiwat – Day 1”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Hai, semua! Ini merupakan entri kedua bagi trip Narathiwat. Kepada yang belum baca hari pertama kami, boleh baca dengan klik Jalan-jalan ke Narathiwat – Day 1 […]
[…] Tiga hari berada di Narathiwat tidak menjemukan. Betul-betul rasa bercuti dan boleh menenangkan diri. Mungkin disebabkan bukan menjadi tempat tumpuan rakyat Malaysia. Tak ramai tahu yang Narathiwat ni juga ada yang menariknya. Aku ada buat entri tentang Jalan-jalan ke Narathiwat – Day 1 […]