
Perbelanjaan lebih murah di Wilayah Narathiwat – Day 3
Tiga hari berada di Narathiwat tidak menjemukan. Betul-betul rasa bercuti dan boleh menenangkan diri. Mungkin disebabkan bukan menjadi tempat tumpuan rakyat Malaysia. Tak ramai tahu yang Narathiwat ni juga ada yang menariknya. Aku ada buat entri tentang Jalan-jalan ke Narathiwat – Day 1
Lagi satu, ramai juga orang kita takut nak melawat ke sini. Yelah. Media banyak memomokkan Narathiwat dengan kisah bom dan pembedilan. Jika anda tidak datang sendiri, maka anda taktau keadaan sebenar di Narathiwat adalah selamat dan aman. Ini pun aku dah tulis di Selamatkah travel ke Narathiwat Selatan Thai? – Day 2
PERBELANJAAN KAMI 3 HARI 2 MALAM
Kami berlima (2 dewasa, 14 tahun, 12 tahun dan 4 tahun)
Kenderaan : Kereta Nissan Serena – Minyak penuh tangki yang diisi di Rantau Panjang sahaja.
Penginapan : Mur-Sea Resort 1 malam (RM120) dan River Ramp (RM150)
Makan selama 3 hari : RM400 (lebih kurang)
Beli di 7E dan pasar : Tak kira
Kedai bundle : Beli 2 pasang kasut dengan harga RM70
Kami tukar duit RM1000. Tak habih pun duit. Ada lagi baki dengan kami. Dah cuba habiskan duit baht tu. Tapi rasa sayang pulak memandangkan pasti akan pergi lagi ke Thailand. Jadi, simpan jela.
Ada beberapa wilayah Thailand pernah aku lawati. Macam Hatyai, Songkhla, Surat Thani, Koh Samui, Bangkok, Pattani dan Yala.
Di Narathiwat ini lebih murah dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan kos. Kebetulan ketika aku ke Nara ni, kakak aku pulak ke Hatyai. Kami pakat risik-risik tentang harga semua perkara. Yang ketara adalahharga makanan dan hotel. Jimat jauh la kami ni.
Di Hatyai merupakan tempat tumpuan rakyat Malaysia. Agen pelancongan pun banyak menawarkan percutian singkat ke sana. Orang pun banyak duk perkatakan tentang Hatyai. Maka, tak hairanlah ramai orang kita memilih Hatyai sebagai destinasi paling dekat untuk ke luar negara.
Aku tak cakap Hatyai tu tak best. Cuma, padat jela dengan orang kita. Bayangkan tengah membeli, tengah makan, tengah check in hotel, atas jalan raya, beratur di kaunter tiket, semuanya orang Malaysia. Sama macam duk bercuti dalam negara.
Aku dah pernah banyak kali ke sana. Setiap kali pergi, setiap kali tu la rasa serik. Tapi, pergi lagi sebab situ laluan masuk ketika itu. No choice. Kadang tu, saje nak pergi tempat dah biasa pergi untuk imbas kenangan.
Itu sahaja perkongsian aku. Tak faham, sila layan video. Jangan lupa Subscribe channel kami. TQ!
- Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
- Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
- Perbelanjaan lebih murah di Wilayah Narathiwat – Day 3