UBAT apa yang perlu dibawa semasa TRAVEL?
Sakit sikit-sikit, kita telan je ubat kan. Contoh sakit sikit-sikit ni macam sakit kepala, demam, selesema, cirit-birit dan pening.
Yang aku cakap ni adalah tahap sakit yang biasa. Bukan tahap yang kronik sampai cirit-birit bersama dengan muntah, pening sampai pengsan. Bila dah capai tahap perlukan bantuan orang lain, memang kena ke hospital bagi dapatkan rawatan doktor.
Jika sakit sikit-sikit pun kita tak rawat, tak mustahil akan menjadi makin mudarat. Inilah pentingnya kita bekalkan ubat semasa travel.
Nak beli ubat semasa berada di negara yang dilawati tidak sama seperti di Malaysia. Lain negara, lain peraturan membeli dan lain juga jenis ubatnya.
Ada negara yang perlukan prescription daripada doktor, barulah ubat boleh dibeli di farmasi. Ada sesetengah ubat yang biasa bagi kita di Malaysia, tapi terkawal di negara sana.
Bagi yang negara okay tanpa prescription doktor, susah jugak. Sebabnya, jenis ubat, kandungannya juga sudah berlainan. Contohnya paracetamol. Tak semestinya dapat sebagaimana paracetamol yang kita biasa ambil.
Untuk elakkan kesusahan-kesusahan yang telah diterangkan sebagaimana di atas, eloklah bekalkan sendiri ubat dan bawa bersama semasa travel.
Antara ubat yang biasa aku bawa bersama adalah :-
- Paracetamol – Sediakan pelbagai jenis paracetamol untuk lain-lain sakit. Keberkesanan ubat tidak sama bagi lain-lain penyakit. Contohnya, period pain dengan sakit otot adalah dua sakit yang berbeza.
- Ubat selesema – Ini pun, bawa ubat mengikut kategori berat, umur dan penyakit sedia ada. Bagi yang makan ubat darah tinggi, tak boleh makan ubat selesema yang orang tak berpenyakit. Ada orang mudah baik dengan Soluble je.
- Cirit-birit – Penting sangat. Kot la tersalah makan.
- Ubat pening – Kepada yang memang alah dengan pengangkutan awam. Ni sejenis yang biasa jadi driver. Tiba-tiba dia jadi penumpang. Pastu, pening.
- Ubat batuk – Satu botol ubat batuk boleh diminum oleh semua peringkat umur. Pastikan minum ikut dos yang betul mengikut umur. Baca di botol ubat elok-elok.
- Strepsil @ ubat sakit tekak – Kebiasaannya kami bawa cap Fisherman je. Boleh kemam sampai hilang sakit tekak. Kalau strepsil ada tempoh 2 jam sekali kalau tak silap.
- Gaviscon – Ada sesetengah makanan mengganggu usus perut. Takkan sebabkan cirit-birit. Tapi membuatkan perut berangin. Carilah ubat makan yang boleh melegakan perut.
- Pain killer – Jangan, nanti rosak buah pinggang! Ini sangat penting sebenarnya… Sakit otot, sakit kepala yang tak berkesan dengan paracetamol. Bergantung la anda sesuai dengan yang mana. Aspirin, Postan. Sila rujuk dengan doktor anda.
Senarai ubat tu, aku tak suggest. Sekadar berkongsi ubat aku biasa bawa semasa travel. Untuk anda, aku tak pasti. Anda kena tentukan sendiri dengan bantuan doktor dan pharmacist anda. Aku rujuk dulu tau. Bukan main beli je. Lagipun, ubat-ubat tu aku sekeluarga dah biasa.
Yang ni pula senarai perkara lain yang aku bawa bersama selain ubat :-
- Handy plast – Biasanya jari dan lutut yang luka. Elok sangat tampal pada luka-luka kecil
- Balm panas – Bawa yang ada bau harum. Biar selesa.
- Heat rolled-on – Senang cerita, Yoko Yoko. Sakit otot baju, sapu. Pakai bagpack seharian, memang pasti sakit sana sini. Elok la pakai untuk legakan.
- Heat pack – Yang ni bukan yang heat patch yang tampal kat baju time winter tu. Ni yang macam koyok punya. Jenama Yoko Yoko pun ada jual. Function sama, legakan otot
- Minyak panas – Aku tak bawa sebab dah ada Yoko Yoko. Function sama jugak, iaitu untuk legakan otot
- Vicks – Selesema kan? Best ada yang ni. Padahal balm panas tu pun jadi dah. Tapi, anak aku suka yang ni.
Kepada yang dah memang ada pengambilan ubat setiap hari seperti ubat darah tinggi, ubat kolesterol atau apa-apa ubat yang memang tak boleh tinggal, anda kena bawa. Makanlah mengikut waktu. Travel, travel jugak. Kesihatan kena dijaga.
Ada yang aku lupa senaraikan? Jika ada, sila tambah di ruangan komen di bawah. Kot boleh bantu aku juga.
Sebelum berangkat, sila pastikan ubat-ubat yang dibawa tu perlukan declare atau tidak. Jika perlu, anda kena berbuat demikian sebelum anda disalah ertikan membawa bahan berbahaya. Tak pasal-pasal kena tangkap dan disabitkan membawa dadah. Yang mana ubat perlu surat doktor, sila kepilkan bersama. Bukti anda perlu makan setiap hari.
Itu sahaja kot yang aku nak kongsi. Sakit ni kita tak boleh nak jangka. Kalau boleh, kita memang nak elak. Tapi, semua ni kita boleh hindar dengan membekalkan sendiri ubat. Sakit sikit-sikit ni okay la dengan ubat yang kita bawa. Cuma, jangan pula memandai-mandai dengan mengambil ubat terlebih dos. Bahaya jugak tu. Silap-silap travel ke alam lain.
Okay, happy travelling!
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
- Jalan terus. Tak payah nak toleh!