TIPS
TRAVEL GEAR – Baby carrier atau Baby stroller?

TRAVEL GEAR – Baby carrier atau Baby stroller?

Awal-awal Niqrisa lahir dulu, pening jugak la duk pikir yang mana satu la nak beli. Baby carrier atau baby stroller? Dalam fikiran aku ketika itu, nak yang paling menyenangkan sewaktu travel.

Bila buat pembacaan, aku dapati perlu ambil kira beberapa perkara. Take note ya ibu bapa yang bakal travel. Bukan apa, travel gear untuk baby ni agak costly jugak la. Tapi kan, aku beli jugak kedua-duanya untuk mengetahui mana lebih baik.

Baby carrier dan baby stroller ni, kedua-duanya ada kebaikan dan kelemahan. Jadi, meh aku kongsikan mengikut pengalaman aku sendiri. Mungkin, daripada perbandingan aku ini, korang dapat buat pilihan. InsyaAllah.

BABY CARRIER

Aku beli Soft Structured Carrier (SSC) brand Soul Anoona. Order direct India. Aku taknak cerita lanjut tentang SSC. Berapa harga, beli dengan siapa dan bla bla bla. Aku pernah ulaskan dalam entri sebelum ni. Ringkaskan, aku pakai baby carrier yang ergonomik.

Kelebihan

  • Handsfree
  • Baby sentiasa melekat bersama
  • Mudah menaiki tangga
  • Tidak memerlukan ruang yang banyak
  • Jika tidak guna, boleh lipat dan kepil pada backpack atau pinggang

Kelemahan

  • Beban bertambah pada kaki
  • Sakit badan kerana terpaksa gendong sepanjang masa
  • Panas dan berpeluh (bergantung pada musim negara dikunjungi)

BABY STROLLER

Baby stroller Niqrisa ni jenis boleh lipat. Beli semasa Niqrisa nak masuk 2 tahun. Waktu ni dia dah tak perlu berkepit dah dengan aku. Kalau tak, asyik melekat je dalam baby carrier. Harga dan brand, aku lupa.

Kelebihan

  • Tangan dan badan tak lenguh
  • Boleh letak segala macam barang baby
  • Tenaga guna sikit je. Tolak je kan
  • Ibu masih elok bergaya kerana anak tidak melekat
  • Boleh gilir-gilir tolak

Kelemahan

  • Azab bila jumpa tangga dan eskalator
  • Walaupun boleh lipat, tetap besar dan makan ruang di dalam aeroplane, airbnb, lif
  • Terasa tangan full sentiasa.

Adakah kita perlukan travel gear seperti baby carrier atau baby stroller ni semasa travel? Pandangan peribadi aku adalah PERLU. Travel tak macam kita dari rumah pergi ke mall. Travel makan masa yang lama iaitu berhari-hari. Dan memerlukan berjalan kaki yang banyak.

Lebih-lebih lagi jika anda travel secara diy. Terlalu banyak makan tenaga dan membebankan emosi. Sebagaimana kita sedia maklum, berjalan banyak akan memberi kesan penggunaan tenaga yang banyak. Dari segi emosi pula, dah la penat badan, nak melayan karenah anak lagi. Bila anak merengek nak tidur, atau berlari tak tentu hala, bukan ke semua itu memenatkan emosi?

Di sinilah pentingnya baby travel gear. Membantu meringankan dan memudahkan perjalanan.

“Aku okey je travel dengan anak. Dukung je sepanjang jalan. Jangan jadi pemalas!”

Fuh. Mau panas dengar kan. Biarkan dia. Kita orang lain, dia lain. Jika dia dah mampu, bolehlah dukung. Bagi kita yang memerlukan bantuan baby travel gear ni, tak salah pun memilikinya.

Ikutkan pada pengalaman aku, baby carrier paling memberi manfaat buat aku dan anak. Niqrisa suka melekat. Jadi, terpaksa berdukung. Kalau jauh, dia akan menangis. Bila dalam baby carrier, dia akan mudah tidur.

Lagipun, tangan terasa bebas. Boleh nak pegang tangan abang dan kakak dalam satu masa. Cuma satulah masalahnya, berat. Anda perlukan latihan dulu sebelum travel.

Macam kami, kami akan buat latihan naik bukit setiap minggu. Jika hari hujan, boleh panjat mall. Hehe


Baik. Semoga bermanfaat. Boleh cuba usha jenama dan harga di pasaran mengikut keselesaan serta kemampuan. Jika anda rasa berbaloi, belilah tanpa teragak-agak. Kalau rasa nak cuba dulu, boleh sewa. Ramai yang buat sewaan bagi baby carrier dan baby stroller.

Happy traveling!

Leave a Reply