
Macam mana nak anak behave semasa travel?
Hohoho… Gelak dalam hati je dulu. Sebenarnya, anak kami tidak la behave sangat. Normal macam budak lain. Ada 3 sifat M dalam diri anak kami ada pada anak orang lain. Merengek, meraung dan mengamuk. S.A.M.A!
Yang awak-awak semua tengok macam behave tu sebenarnya gambar yang terpilih. Takkan nak letak gambar duk tengah mencebik dan muncuuuung je. Yang sedang menangis sambil hentak kaki dalam video, kami tak tunjuk. Dan dua beradik sedang bertekak, langsung tak sempat rakam. Aku sedang menyinga time tu. Huhu
Baik. Back to bagaimana nak anak behave. Ntah la nak kata tips ke apa. Kami hanya kongsi pengalaman kami sahaja. Ini untuk membantu anda semua untuk memudahkan dan lancar dalam perjalanan. Mungkin takkan boleh 100%. Semoga dapat memberi pengetahuan macam mana nak mula create plan travel bagi keluarga anda.
1. Tempat dilawati yang mesra budak
Pilih tempat yang bakal dilawati yang mesra budak. Contohnya ke taman, muzium atau pantai. Jika anak suka naik keretapi, jadikan sebagai pengangkutan ke destinasi. Eloknya, amik koc berkatil. Jimat tempat penginapan lagi. Anda perlu bijak memilih tempat.
Tempat seperti pusat membeli-belah agak tidak sesuai. Boleh je pergi. Shopping tu selitkan satu dua tempat dah la. Sian budak tu menunggu. Boleh bayang kan kita shopping tu lama mana.
2. Sehari hanya cover 1-2 tempat sahaja
Bawak budak ni penat mental sebenarnya. Kadang tak terlayan karenahnya. Mengadu lapar, merengek sebab penat, mengamuk nak mainan, pastu gaduh sesama mereka. Huh…
Jadi, biasanya kami plan maximum 2 tempat je. Kalau tempat tu jauh dan makan masa sehingga 2-3 jam pergi dan balik, memang aku tetapkan satu tempat jela. Takpe la tak cover banyak pun.
Pengalaman bawa mereka semasa dalam perjalanan pun dah banyak terkumpul. Lagi nak tuju banyak tempat. Penat.
3. Banyakkan santai. Jalan, rehat dan makan.
Ini betul. Pengalaman kami sendiri, mesti banyak berhenti. Jadi, masa tak boleh nak rush sangat. Walaupun sedang dalam bermusafir, mereka ni kena ada jadual masa makan jugak. Bila sampai masa, kena berhenti cari makanan untuk diisi. Jika dah bekal, tetap kena berhenti jugak untuk rehat.
Kita sebagai ibu bapa, pun nak recharge balik tenaga. Jadi, percutian akan jadi lebih enjoy. Barulah rasa keseronokan dalam mengembara.
4. Jadikan mereka sebagai travel buddies.
Libatkan mereka dalam segala hal. Pastikan mereka tahu tentang jadual perjalanan. Selitkan juga tempat yang mereka ingin pergi dalam itinerari.
Dan, nak biar sama macam geng travel? Kita seragamkan. Macam kami, kami suka gendong backpack. Takde beg tarik. Jadi, kami sediakan setiap seorang backpack mengikut saiz badan.
Di sini, akan nampak kesamaan dan mereka juga akan turut merasakan yang mereka juga sebahagian daripada team.
5. Ini adalah lawatan sambil belajar!
Daripada mengembara inilah mereka banyak belajar. Mereka belajar berkomunikasi dengan orang lain, mereka didedahkan dengan transportation awam, mereka mengenali budaya tempatan, dan macam-macam lagi. Kadang tu, tanpa kita sengaja, travel ini banyak memberi ilmu dan pengetahuan.
Lumrah budak, akan banyak bertanya. Bersedialah kita dalam menjawab pertanyaan. Di situlah mereka menambah ilmu. Inilah dinamakan lawatan sambil belajar. Banyak skil dapat dipertingkatkan.
Sebenarnya, apa yang kami beritahu ini bukanlah satu tips. Ianya adalah daripada pengalaman kami sendiri. Tak ada tips, cara atau kaedah yang betul pun bagi memastikan anak behave. Semuanya melalui pengalaman. Mesti cuba dulu travel dengan anak-anak dan kenali sifatnya untuk kita tackle semula semasa keluar travel sekali lagi.
Baca boleh. Mungkin ada yang boleh dikaitkan dengan situasi anak anda. Untuk apply yang mana betul, mesti kenali dulu anak dan cuba.
- Trip Indochina – Kembara Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh, Kemboja // Day 3
- Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
- Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
- Perbelanjaan lebih murah di Wilayah Narathiwat – Day 3