TIPS
Maksud COUCHSURFING? Salah satu cara travel anda

Maksud COUCHSURFING? Salah satu cara travel anda

Pernahkan anda mencuba travel cara berjumpa dengan orang tempatan, kemudian menginap bersama mereka? Kami, tak pernah. Haha

Apa itu Couchsurfing? Maksud mudah Couchsurfing ni adalah menginap secara percuma dengan penduduk tempatan. Secara tak langsung, memberi pengalaman mengenali budaya dengan lebih dekat. Dengan cara ini juga, anda dapat berjimat banyak semasa travel.

Kami banyak menggunakan website Couchsurfing untuk berhubung dengan rakyat tempatan. Ini memudahkan kami mendapatkan maklumat lebih tepat seperti cuaca, transportation, tempat menarik, hidden gems, cara penipuan yang perlu dielakkan dan banyak lagi.

Orang yang melayari ni dipanggil sebagai surfer. Orang yang kita hubungi itu akan jadi host kita. Host ni macam tuan rumah. Dah memang dia tinggal kat sana, dan memberi segala info tentang negaranya, iaitu tempat asal mereka. Sebab itu mereka digelar sebagai host.

Tak semestinya kena menginap bersama host. Taknak jumpa pun takde masalah. Macam aku sendiri. Orang luar negara bertanya tentang Malaysia, aku jawab je. Tapi, takde pun aku nak offer mereka tinggal kat rumah kami atau berjumpa kat mana-mana. Sebab aku dah dah set taknak menerima tetamu bermalam.

Aku hanya akan bantu mereka macam aku nakkan bantuan orang luar negara, yang bakal aku pergi. Segala maklumat diperlukan akan aku beri dengan jujur. Takde nak kenakan bayaran pun.

Negara mana ada Couchsurfing?

Couchsurfing ni ada di seluruh dunia. Pengalaman kami sendiri, kami pernah berurusan dahulu dengan rakyat tempatan seperti di Filipina, Indonesia, Jepun dan China. Urusan ini sebelum kami fly dan hanya text dalam talian sahaja.

Selamat atau tidak Couchsurfing ni?

Baca review orang terdahulu yang telah berhubung dengan host. Jika feedback comment yang positive, boleh consider untuk terus berhubung. Jika anda ingin buat penyiasat lebih jauh, boleh hubungi orang yang telah meninggalkan komen. Mereka pasti ada banyak pengalaman yang tidak tertulis di ruangan komen tu.

Selain daripada tu, anda juga akan perasan daripada gaya host memberi jawapan dalam talian. Percayalah pada naluri sendiri. Anda boleh bezakan sendiri selesa atau tidak berhubung dengannya. Banyakkan berinteraksi dahulu sebelum berjumpa.

Ada juga yang tidak bernasib baik… Anda boleh baca komen pengalaman buruk di rumah host.

Pengalaman kami.

Kami telah berjaya berjumpa dengan host di Inner Mongolia, China. Namanya Lisa. Tengok feedback, ramai yang memberi komen yang sangat baik. Host sangat ramah, dan mengundang kami bermalam selama 3 hari 2 malam di rumahnya. Kami menolak. Memang terasa segan. Tapi, tawaran dia sebagai driver kami, itu tak boleh nak tolak. Rugi la pulak! Transportation percuma. Suami Lisa tawarkan diri jadi pemandu kepada kami sekeluarga.

Banyak pengalaman yang kami perolehi dengan berjumpa sendiri dengan host. Kami dibawa tempat menginap ramai penduduk Islam. Lagipun, sewa hotel yang ditunjuk oleh Lisa jauh lebih murah berbanding booking di website. Host juga berikan jacket dan seluar anaknya yang tak muat kepada anak-anak kami. Ikutkan, Lisa memang tawarkan kepada kami untuk bermalam di rumahnya. Kami taknak.

Paling kami teruja adalah diberi tawaran untuk memasuki sekolah rendah. Kebetulan host adalah cikgu. Guru besar pulak kakaknya. Memang dapat la melawat sekolah. Anak-anak pun dapat peluang belajar sattu masa dalam kelas. Seronok murid-murid sana dapat jumpa foreigner. Kami la foreigner tu. Haha

Yang kat Filipina tu ada dapat offer jumpa. Tapi, kami menolak baik memandangkan ada baby. Kami pun, tak selesa. Dan, dengan host pun tak sempat jumpa kerana dia bekerja sebagai guru dan seorang lagi jururawat.


Apa kata, cuba masuk website Couchsurfing ni. Daftar sebagai surfer dulu. Sembang-sembang dengan dengan mereka yang lain. Ini adalah salah satu cara lain untuk travel. Pasti akan berikan pengalaman yang cukup berbeza berbanding sebelum ni.

Ada yang masih berhubung sehingga kini. Dah jalinkan persahabatan antara benua dah pun. Jadi, apa lagi? Try la!

Happy holiday!

Leave a Reply