TIPS
Nak travel bersama bayi? Ini panduan dan persediaan perlu ambil tahu

Nak travel bersama bayi? Ini panduan dan persediaan perlu ambil tahu

Waktu kita bujang dulu, cara travel sangat ringkas. Cukup sekadar persiapkan barang, mental dan fizikal untuk diri sendiri. Bagi yang jenis gamble lagi mudah. Angkat beg dan fly!

Waktu kita bujang dulu, cara travel sangat ringkas. Cukup sekadar persiapkan barang, mental dan fizikal untuk diri sendiri. Bagi yang jenis gamble lagi mudah. Angkat beg dan fly!

**Kategori bayi adalah 24 bulan ke bawah. Lebih pada umur tu, dikira kanak-kanak.

Untuk kali ini, aku cuba kongsikan pengalaman aku sendiri mengendalikan anak semasa travel. Anak aku dah travel seawal 5 bulan ke Manila dan Cebu. Umur 9 bulan pula ke Bromo. Dan umur 1 tahun 6 bulan pula ke Chengdu selama 14 hari. Pastu ke Turki pula selepas usia 2 tahun.

Jika nak compare dengan orang lain, pengalaman aku tak la banyak sangat. Hanya sempat beberapa kali sahaja. Biarpun sikit, aku tetap rasa patut kongsi. Mungkin boleh membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk travel bersama bayi!

BAGPACK

Aku bawa bagpack bersaiz 45 liter. Beg tu hanya dipenuhi keperluan dia je. Segala pampers dan baju. Baby banyak guna baju. Kalau pergi semasa winter, jacket aje dah 2 helai. Kasut pun 2 pasang. Banyak! Pakaian aku pula tumpang kat beg suami. Barang dia sikit je…

Untuk keluar bersiar-siar, aku akan sediakan daypack bersaiz lebih kurang 20 – 28 liter. Muat untuk aku sumbat pampers (4), tuala, sepasang pakaian, tisu basah dan tisu kering dan tisu kering, kain lampin (1), kain cover breastfeeding, makanan serta mainan.

SUSU

Aku takde bawa susu. Sebab aku fully bf. Yang penting, kain cover. Breastfeed anytime, anywhere.

Untuk yang bagi susu botol, korang pakai la idea abang aku. Dia packing asing susu tepung dalam plastic mengikut kuantiti oz. Pastu dia akan sealed off dengan api lilin. Aku tak buat pada susu. Tapi pada serunding. Memang memudahkan!

MAINAN

Ini amat penting untuk tenangkan anak. Bila dia sedang bosan dan ke arah nak mengamuk, elok berikan mainan. Tak perlu bawa banyak. Bawa satu yang betul-betul menghiburkan.

Aku sediakan Busy Book yang dibuat sendiri. Bersaiz besar tapak tangan baby je. Senang aku nak selit dalam handbag. Menangis je, keluarkan dan main sama-sama. Memang auto diam.

PAKAIAN

Baju ni susah sikit sebab ada orang suka OOTD. Sampaikan baby pun sama. Hihi Aku Cuma sediakan pakaian siang 2 helai dan wajib tukar 2 helai ni dalam sehari. Ada sepasang tambahan aku bawa dalam daypack.

Jacket winter memang aku sentiasa bawa lebih satu. Sebabnya, baby ni takde nak jaga pakaian macam kita. Kasut pun sama. Kena ada 2 pasang. Nak beli kat sana pun boleh. Tapi, aku tak kuasa nak bershopping. Standby siap-siap.

Pampers pula, aku sumbat biar muat dalam saiz 10 liter. Banyak lebih pampers? Tak perlu bawa. Beli je kat sana.

Dan, semua pakaian ni aku cukupkan untuk 5 hari sahaja. Jika travel selama 2 minggu, aku tetap bawa untuk 5 hari. Sampai sana, aku akan basuh dan ulang pakai.

STROLLER / BABY CARRIER

Jangan la niat nak dukung saje. Lenguh badan wei. Dah la kita ni bawa beg lagi. Hadap kesukaran time travel. Tambah pula beban dukung baby. Fuh!

Baik. Kalau aku buat roadtrip, aku prefer stroller. Senang keluar masuk bonet kereta. Bila travel naik pengangkutan awam, aku lebih suka babycarrier. Banyak kena naik turun tangga. Nak tunggu lif, lambat. Kalau ada lif. Masalahnya bila takde, memang mengangkut la stroller tu. Tak sanggup.


Itu sahaja perkongsian daripada aku. Hanya berdasarkan pada pengalaman sendiri. Sangat praktikal buat aku dan anak. Mungkin anda sedikit berbeza. Boleh cuba capai keinginan mengikut keselesaan.

Jangan disebabkan dah ada anak, kita dah tak boleh travel. No! Silap besar tu. Tak ada apa yang boleh menyekat kehendak kita. Cuma, kita perlu sesuaikan dengan situasi kita sekarang.

H A P P Y T R A V E L I N G !

Leave a Reply