MALAYSIA
Pergi ke Ladang Biri-biri Brinchang Cameron Highlands

Pergi ke Ladang Biri-biri Brinchang Cameron Highlands

Boleh dikatakan setiap tahun kami melawat Cameron Highlands. Cemuh jugak duk lawat ladang teh je kan. Nasib baik jugak la ada pilihan melawat ke tempat lain iaitu Sheep Sanctuary, atau nama Bahasa Melayu adalah Ladang Biri-biri yang terletak di Cameron Highlands.

Mulanya tak perasan pun pintu masuknya kat mana. Nampak macam kaunter jual tiket bas satu pondok duk tepi jalan zaman 90an dulu-dulu. Jika singgah ke Pasar Brincang, pasti akan nampak kaunter ni.

HARGA TIKET

Dewasa

RM8

Kanak-kanak

RM5

Anda perlu berjalan ke bawah bukit sejauh 200 meter. Kepada yang ada masalah kesihatan seperti sakit lutut, lelah atau sebagainya, sila ambil perhatian.

Turun bukit sejauh itu amat menyakitkan kepada mereka.

Suami aku ada masalah kesihatan, makanya, dia cepat mengah dan terpaksa berhenti beberapa kali.

Nasib baik ada kafe untuk berehat. Boleh la makan-makan sambil layan view.

Aku tak la. Aku bersama anak-anak pergi turun sampai bawah untuk melihat biri-biri.

Biri-biri ni hidup bebas tanpa ada tali ditambat. Slumber je panjat turun tangga.

Tersangat ramah sehinggakan rimas. Aku pun ada rasa nak tolak biar bergolek. Gebu sangat. Haha

Pengunjung akan diberi sekotak makanan biri-biri. Hanya kepada pengunjung dewasa sahaja.

Budak-budak tumpang yang parents mereka punya. Nak lebih kena beli.

Jalan agak sesak dengan pengunjung dan biri-biri. Oh, dan juga tahinya. Penuh merata. Berhati-hati semasa berjalan. Baunya sangat menusuk.

Kawasannya tidak la terlalu luas. Sekali tawaf je dah tamat. Untuk aku la. Bagi budak-budak, mereka sangat teruja.

Biri-biri boleh bergesel manja macam kucing. Tapi, sedaya upaya aku elakkan anak bongsu daripada kena gesel. Besar biri-biri tu lagi daripada dia.

Selesai sesi berkenalan dengan biri-biri, kami pun terus berjalan naik. Masuk kafe dan makan aiskrim. Mahal dan boleh la.

Aku pilih yogurt. Sedap dan kurang manis.

Jangan lupa untuk tekan button SUBSCRIBE

Happy traveling!

Leave a Reply