Pengalaman hari pertama – Menstrual Cup
Apa kebenda ni? Buat yang pertama kali dengar, tak mungkin dapat bayangkan macam mana rupanya. Apatah lagi fungsinya, kan. Bagi yang dah biasa dengar, akan berasa ngilu. Tapi bagi sesiapa yang bukan sahaja biasa dengar, malah dah pun pakai, pasti tersenyum.
Ini isu berkaitan wanita. Jadi, kepada pembaca lelaki yang tiba-tiba masuk blog ini, jangan terus tutup. Teruskan pembacaan anda. Ini adalah satu ilmu pendidikan yang perlu diketahui oleh semua tak kira anda berjantina lelaki maupun perempuan. Mohon sangat jangan ada yang menganggap ini sesuatu hal yang tak patut dikongsi dan memberi komen tak sepatutnya dibaca umum.
Penulisan ini dibaca dan ditapis berulang kali agar selesa dibaca oleh rakyat Malaysia. Moga dapat diterima.
APA ITU MENSTRUAL CUP?
Menstrual cup adalah cawan haid yang menampung darah keluar semasa sedang datang bulan. Bentuknya seperti cawan kecil. Kelihatan seperti loceng terbalik. Kebiasaan bahan bagi menstrual cup ini adalah daripada flexible medical grade silicone, latex atau thermoplastic isomer.
Berbeza dengan tuala wanita yang lain, menstrual cup ini boleh dipakai selama 8 ke 12 jam sebelum dikeluarkan untuk dibersihkan. Namun, kekerapan perlu dibersihkan bergantung kepada aliran individu.
KEBAIKAN MENSTRUAL CUP
- Dapat menampung darah hingga sekitar 40 ml. Sedangkan pembalut hanya dapat menampung sekitar 7 ml.
- Tempoh pakai boleh capai sehingga 12 jam.
- Boleh dipakai berulang-ulang kali selama tempoh haid.
- Menjimatkan wang setiap bulan membeli pad atau tampon.
KELEMAHAN MENSTRUAL CUP
- Berkemungkinan dapat alergik bagi sesetengah individu.
- Jika tidak dibersihkan atau disteril dengan baik, anda berisiko mendapat jangkitan di bahagian vagina.
- Tetap akan bocor jika tidak memakai dengan betul.
- Pemakai IUD tidak digalakkan. Elok rujuk doktor.
Maklumat yang aku kongsikan di atas adalah daripada sumber Google dan YouTube. Jadi, maafkan aku jika ada yang tersalah memberikan maklumat. Sila betulkan di bahagian komen bagi bertujuan pembelajaran. Teruskan bacaan di bawah untuk mengetahui pengalaman aku sendiri memakainya.
MENGAPA BERTUKAR KE MENSTRUAL CUP?
Ramai wanita hanya mengetahui pad dan tampon sahaja. Bila aku menceritakan yang aku ada beli online mesntrual cup ni, masing-masing terkelip-kelip takde idea berkaitan apa. Langsung tak boleh imagine bentuknya.
Aku ni dah kenal dari tahun 2019 lagi. Nak beli tu tak ada kekuatan. Takut betul bila tengok benda tu. Walaupun umur dah 35 tahun dan telah mempunyai 3 orang anak, perasaan ngeri tu ada. Haha
Dah lama aku tunggu orang Malaysia buat video pasal menstrual cup ni. Akhirnya Siti Awe – Pharmacist (Influencer IG) tampil menceritakan pengalamannya di YouTube. Lepas je dengar dia cakap, aku terus order online di website The Hivette. Banyak pilihan jenama sebenarnya. Aku memilih The Hivette sebabnya adalah produk buatan Malaysia. Lagipun, harganya tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Sampai pun awal. Order hari ni, lusa dah dapat. Kebetulan waktu sampai tu aku period di hari ketiga.
PENGALAMAN HARI PERTAMA MEMAKAI MENSTRUAL CUP
Aku benci period sebab kena pakai pad. Nak pakai tampon memang takde keberanian memandangkan takut dengan toxic shock syndrome. Google la kalau nak tau apa benda sindrom tu.
Macam kemaruk nak guna. Sampai je menstrual cup tu aku terus balik dan steril. Rebus dalam air bersuhu <100 darjah. Kemudian pakai dalam keadaan basah. Jangan kering. Takut sakit.
Cubaan pertama gagal. Cuba lagi dan lagi akhirnya dapat. Tak sakit. Cuma seriau jela. Berjaya je masuk mensrtual cup tu aku macam dapat perasaan takde apa-apa.
Kenapa berasa kosong sangat?
Ketika tu aku jalan macam biasa. Duduk pun macam biasa. Ke tandas pun buat urusan macam biasa. Tak rasa sedang period. Padahal hari ketiga ni patutnya heavy. Hanya satu perkataan kot sesuai untuk aku describe.
Bebas.
Haah. Tula perkataannya. Kenapa la aku tak kenal daripada awal? Aku pakai pukul 4 petang dan keluarkan untuk basuh pukul 11 malam sebelum tidur.
Di bahagian seluar takde tanda. Pada awal pakai tadi, aku ada jugak tepek pad. Tapi, sejam jela sebab rimas. Aku sentiasa ke tandas nak cek sama ada bocor ke tak. Takde pun. Memang bersih.
Waktu nak keluar untuk bersihkan, bagi aku sangat sukar. Makan masa jugak la untuk dikeluarkan. Tak sakit pun. Cuma perasaan takut jela. Tapi, bila lama sangat dalam bilik air tu akan jadi tak sabar. Cepat-cepat tarik untuk dikeluarkan. Mudah je. Hanya perlu bertenang dan fokus.
Inilah pengalaman hari pertama aku cuba pakai menstrual cup. Terus berasa nak kongsikan kepada orang lain. Mak aku pun aku call semata nak ceritakan betapa bahagianya pakai benda ni. Seolah mencapai kebebasan tahap A. Haha
Umi aku balas balik. Untung la orang zaman sekarang. Bebas beraktiviti. Zaman dulu buang masa banyak. Nak gerak susah. Semuanya terbatas. Aku pun rugi sebab baru berani cuba di tahun 2020. Kenapa la tak kenal awal?
CARA NAK PAKAI MENSTRUAL CUP
- Steril menstrual cup dulu.
- Cuci tangan sehingga yakin bersih. Ingat basuh tangan 20 saat tu. Ramai dah tahu sebab wabak tu kan.
- Duduk di posisi yang selesa untuk masukkan sama ada duduk squat, kaki satu di angkat atas bangku atau duduk di mangkuk tandas.
- Lipat menstrual cup menjadi seperti muncung segitiga atau huruf U.
- Masukkan dalam keadaan basah. Boleh juga menggunakan bantuan pelincir lain seperti Vaseline atau Durex Play.
- Pastikan anda dalam keadaan tenang dan fokus. Practice make perfect!
CARA KELUARKAN MENSTRUAL CUP
- Cuci tangan sehingga yakin bersih.
- Masukkan jari perlahan-lahan dan capai stem.
- Tarik stem secara memusing. Tarik laju ke bawah akan membuatkan berasa sakit.
- Cara lain, boleh juga keluarkan seperti sedang membuang air besar. Ini dah tahap pro.
- Setelah dikeluarkan, kosongkan cup dan bersihkan.
- Tak perlu steril untuk masukkan kali kedua. Terus masukkan je. Caranya ulang seperti di atas.
CARA PENYIMPANAN MENSTRUAL CUP
Cuci menstrual cup dengan sabun. Kemudian lap sehingga kering keseluruhan permukaan. Simpan menstrual cup di dalam pouch bag atau bekas tertutup. Tak perlu steril sebelum simpan. Steril hanya apabila hari pertama nak digunakan sahaja.
Jika dibaca, penggunaan menstrual cup ni boleh dicapai sehingga 10 tahun jika dibasuh dan disimpan dengan betul. Ada jugak yang suruh tukar setahun sekali.
Bagi aku, tengok pada rupa la. Kalau dah buruk dan warna dah tak menarik, elok tukar. Bukan mahal pun. Aku beli satu dengan harga RM80. Boleh jimat banyak untuk setahun. Bayangkan kalau boleh tahan sehingga 10 tahun. Jimat berganda-ganda.
Aku beli 2 saiz, iaitu 25L dan 35L. Untuk pemakaian di hari yang aliran banyak dan makin berkurang. Jika anda hanya nak cuba, belilah satu dahulu. Tapi, cadangan aku, baik beli 2 saiz berbeza untuk mengetahui saiz bersesuaian dengan badan sendiri.
Itu sahaja yang boleh aku kongsikan. Mulanya aku ingat hebat betul nama menstrual cup ni. Rupanya mentrual tu sendiri membawa maksud haid. Cawan haid rupa-rupanya. Haha
Aku suka. Sangat gembira kerana telah bertukar kepada menstrual cup. Aku harap wanita lain pun turut sama bertukar. Walaupun perkara ini mengerikan, tapi tak salah mencuba. Tapi ingat, ini bukan satu kemestian. Ia hanyalah pilihan
Disebabkan aku tak suka ada benda asing, selalu dapat ruam di kulit dan sukar bersukan, menstrual cup adalah penyelesaian bagi aku. Kalau sebelum ni, bertahun-tahun aku tak suka datang bulan. Sekarang aku macam tak sabar menunggu bulan seterusnya. Betullah kata orang. Menstrual cup ni bff di kala wanita sedang period!
Amacam? Berminat? Kalau masih tak yakin, boleh tengok video di bawah. Boleh buat pertimbangan nak cuba atau tidak.
22 thoughts on “Pengalaman hari pertama – Menstrual Cup”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Rasa macam nak cuba. Tapi belum berani. Sebab jenis heavy flow. Silicon dia lembut sangat ke? Nak masukkan tu dah rasa mcm seram. Hahaaha
macam macam product sekarang ni untuk memudahkan dan menyesuaikan dgn gaya hidup masa kini yg sentiasa aktif
heavy flow sangat sesuai. takde dah pengalaman bocor. bebas nak bergerak. tak perlu sibuk nak pergi tukar
Hmm…..I pernah dengar apa itu menstrual cup. But never used it before. Because I think it is scary to put something in your miss v. Huhuhu……. however, thank you for sharing this informative post.
Omaigod, masih tak berani lagi nak cuba mentrual cup ni, nampak scary sangat haha
Pernah dengar pasal memstrual cup ni tapi memang tak ada keberanian nak cuba sebab sejenis penakut nak mencuba. Tapi tengok ada juga yang cuba pakai cakap selesa tak risau bocor ke apa rasa macam best je.
Uittt pernah nak mencuba ketika bercuti nak sangat mandi laut, sekali nak beli pun takde kekuatan, takutt hahahaha.. last-last sampai laaa ni macam jakun bile dengar benda alah ni…adeiiii
Aduh bca ni sambil rasa ngilu ooiiii. Haha dah lah tengah period ni. Cuba membayangkan pakai tu. Adehhh. Memang tahu benda ni tapi takut nak pakai haha. Tengok pon dah ngilu
Untung anak2 sekarang semakin memudahkan tapi kena lah berani nak guna sesuatu yg baru ya tak?
Dari sekolah lagi dah tahu pasal menstrual cup ni tapi tak pernah ada kekuatan nak cuba. Dah selesa dengan pad ni, jadi takut pula nak tukar kepada yang lain.
huhuhu.. TB takut nak cuba benda-benda gini.. walaupun dah baca sampai habis.. tapi TB tak tergerak hati nak cuba pun.. hahaha.. memang takut nak try pun.. apa-apa pun tahniah sebab ada rasa perasaan bebas lepas guna benda ni yea..
Baru jugak pakai, ni cycle ke 3. Mmg selesa rasa bebas macam x yah fikir sgt nak tukar pad ke tak. Kalau dah kawen mmg recommend sangat pakai mens cup ni.
tula. kalau dah kawen memang automatik pandai
First time dengar.
nak cuba, tapi tu la, feel like sumthing… kalau tampon smaller la sikit
Takde rasa apa2. Macam hari biasa sebelum period
Kalau anak dara sesuai ke? Saya nak cuba tapi takut2.
buat anak dara, agak sukar sedikit. tidak bererti tidak boleh. cuma memerlukan pemahaman untuk menggunakannya. lagi satu, beli saiz yang fit dengan badan sendiri. teliti dengan saiz-saiz yang diberi pilihan. apa pun, tidak semua orang sesuai memakainya. tapi, bila tanya pendapat peribadi, akak selesa dengannya.
Nak tanya , pakai ni kalau kencing mcm mana? Kena buka ke
badan perempuan ada 3 laluan untuk lain2 fungsi. buang air besar, buang air kecil dan haid. Tak perlu nak tarik keluar untuk urusan yang takde kaitan
saya duk cabut tiap kali nak buat urusan lain. kesiannn.. haha. dan saya ada rasa mcm menolak2 kat hujung dinding atas sekali sebab cup saya naik sampai paling atas.. ada cara ke nak hilangkan rasa senak tu.
sebelum ni, saya beli 2 saiz untuk pastikan yang mana paling sesuai dan selesa. jika ikut pada cadangan produk, kepada yang dah mempunyai anak 2-3 orang, elok pakai saiz besar. kepada yang masih belum berkahwin, atau baru mempunyai seorang anak, suruh guna yang kecil. (ada 2 saiz je brand yang saya beli tu)
untuk kepastian, saya beli dua2 saiz. bila cuba beberapa kali period, yang kecil lebih selesa biarpun dah bersalin 3 orang anak. so, better tukar saiz. apa pun, lebih elok jika email direct kepada produk tu untuk kepastian