MALAYSIA
Hiking Bukit Mak Dayang bersama bayi

Hiking Bukit Mak Dayang bersama bayi

Daulat tuanku! Tiba-tiba diberi cuti bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Terima kasih atas pemberian cuti umum buat rakyat Malaysia. Maka dapatlah patik sekeluarga mendaki bukit bersama keluarga. Bukit mana lagi kalau bukan Bukit Mak Dayang!

Ini kali kedua aku ke sini. Sebelum ni dengan suami je. Anak-anak bersekolah pada hari Sabtu. Cuti ganti persekolahan. Ibu abah oye-oye la. Anak-anak tak puas hati, ajak berulang-kali nak cuba daki. Banyak kali jugak kami tangguhkan sebab Niqrisa asyik demam je. Di hari yang baik, badan pun masing-masing dah sihat, kita on la. Tunggu apa lagi kan. Team Merah beraksi! Pssttt, semua pakai baju Umbro tau.


Bukit Mak Dayang terletak di bandar Chukai, Kemaman. Daerah Kemaman terletak dalam negeri Terengganu bersempadan dengan Pahang. Jangan tak ingat peta pulak. Walapun dah hampir 13 tahun menetap di Kemaman, tak pernah sekali hayat aku dan keluarga mendaki bukit ni. Asyik-asyik ke bukit yang jauh je. Perjalanan jauh sampai sejam setengah pun ada. Rela bangun seawal 4 pagi semata-mata nak hiking. Padahal bukit dekat hanya 15 minit pun tak pernah sampai. Biasa la. Dekat tu la dirasakan jauh. Kah!


Sampai di kaki bukit, kami panaskan badan dulu. Bergilir-gilir dengan suami sebab seorang kena dukung Niqrisa. Kami mula mendaki tepat jam 7.45 pagi. Orang pun tak ramai. Mungkin sedang beriadah di padang astaka kot. Tak kisah la mana-mana pun. Janji aktiviti yang menyihatkan badan.

Macam biasa, Niqrisa dipakaikan babycarrier. Abah la yang kena kendong. Aku mana mampu kan. Nampak je rendah bukit ni. Tapi time panjat boleh tahan jugak stress di badan. Aku serahkan kepada abah yang dah biasa.

Untuk 200 meter yang pertama, kami perlu mendaki laluan bertangga. Kemudian ada pilihan jalan ke kiri atau ke kanan. Kelainan bukit ini adalah sentiasa membiarkan kami membuat pilihan track. Lucky Road, Air Terjun Mini, Petai road, dan macam-macam nama lagi kami jumpa. Kami sentiasa memilih jalan yang mudah. Mudah maksud kami adalah tidak curam melampau, tidak suram dan tidak rimbun dengan semak serta hutan. Kena filter sebab bawak baby.

Tangga je sepanjang 200 meter pertama. Heart bit waktu ni berdegub laju.
Rest kejap tengok bandar Chukai, Kemaman. Listen to your body. Don’t push to the limit. Santai-santai je ni.
Setiap kali jumpa dua lorong, akan diberi petunjuk di papan tanda bewarna kuning.

Jika kawasan yang bercuram, tali akan disediakan untuk memudahkan tangan untuk berpaut. Jadi tidak perlu risau fikir akan dahan atau ranting goyah atau tak. Perlu berhati-hati dengan sentiasa fokus atas tanah. Tunggul pokok banyak timbul di permukaan lantai tanah yang boleh menyebabkan hiker tersadung. Kalau masih sayangkan gigi depan, silalah berhati-hati.

Tali di sepanjang pendakian. Tak semua track ada.

Satu lagi, ada banyak nyamuk. Pastikan pakai pakaian yang sesuai. Terutama sekali bayi dan anak-anak. Pakaikan seluar panjang dan berstokin. Kesian kalau kena gigit. Niqrisa ni dah berseluar panjang. Tapi asyik terselak je. Menyerlahlah betis gebunya. Seronok la nyamuk menyedut. Maaf. Langsung tak perasan.

Nak kata laju, tak jugak. Biasa je kelajuan kami. Normal. Tak normalnya bila Nufail takut-takut nak melangkah. Alahai… Dah banyak kali hiking pun penakut lagi. Bila ada seorang budak melintas dengan keadaan berlari di atas bukit macam ni, tiba-tiba dia jadi berani. Eh, tercabar ke? Kehkeh. Kakak rilek je sepanjang pendakian. Takde la sampai kena beri bantuan sepanjang masa.

Niqrisa senyap je. Kebiasaannya juga dia akan tidur. Tapi, hari ni dia asyik main ciku cak! je dengan aku. Last dia hiking di usia 9 bulan tak silap aku. Sekarang dah 1 tahun 2 bulan. Jauh beza dengan peelnya dulu. Nyanyi, tepuk tangan dan mulut macam duk membebel. Yang tak tahan, meronta nak keluar. Huhu Bila dah besar macam ni pulak ya. Aku pinta untuk tukar giliran untuk menggendong. Alhamdulillah, Niqrisa terus duk diam-diam dalam babycarrier. La… Nak bertepek dengan ibu ke?

Tiba waktu aku pulak ber babywearing. Fuh, waktu ni fikir seperkara je, mampu ke aku? Ya, aku boleh!

Bagus la diam je kan. Tapi…… Beratnya, Ya Allah! Tiba-tiba ada 9 kg depan badan. Macam tak boleh nak balance. Aku tak nampak depan sebab dihalang oleh kepala. Carrier tu pun kena adjust biar longgar di dada. Tak boleh posisi melekat sebab dia dah besar. Back rope pun dah tegang belakang tengkuk aku. Aku sekarang ni macam tinggal tulang. Sakit la tali tu betul-betul atas tulang belakang leher. Peha dan betis pun sakit tak yah cakap la. Peluh merencik bukan main lagi. Takde pancaran matahari terik pun. Sangat mencabar!

Tapi, aku set dalam kepala ini adalah training bagi aku. Nak bina otot badan kena la tahan dengan berat yang diampu. Lagipun, kejap je ni. Laki aku sebelum ni lagi teruk kena pakai sepanjang pendakian. Setakat 400 meter lagi ni apa la sangat.

Abah sempoi jela bawak diri. Saje je bagi can….

Akhirnya kami berjaya menamatkan pendakian dan tiba semula di tempat permulaan sejam kemudian. Tepat pukul 8.45 pagi. Takde nak cooling down. Amik gambar itu lebih penting. Haha Ada ke patut. Dapat snap dua keping terus masuk kereta. Tuju ke kedai roti canai. Burn 200 kalori untuk 2 km, makan pagi pulak sebanyak 385 kalori. Acaner tu???

Azab nak turun. Padahal tangga je pun. Sebab taknak depan. Tinggi jugak ya Niqrisa ni. Pandangan dihalang oleh kepala.

Nak tau jumlah intake calories untuk seharian perlu dikira samada menggunakan aplikasi, smart watch atau apa-apa jenis equipment/software yang dapat mengukur kalori. Wajib! Walaupun tak tepat ukurannya, tapi boleh dijadikan sebagai panduan. Lari sikit je pun. Boleh diterima lagi.

Jangan tipu diri sendiri. Jujur dengan aktiviti dan segala jenis makanan/minuman yang dimasukkan ke dalam badan. Aku pakai MyNutrisi Diari 2. Aplikasi daripada KKM. Manakala aplikasi Fitness Pal pula dari Singapura. Susah sikit nak tau jumlah kalori makanan Malaysia. Satu lagi, aku sukat tengok jam Garmin. Mana-mana pun boleh. Asalkan kira.

Vlog hasil suntingan Ahmad Nufail yang berumur 11 tahun.

Another glorious day, the air as delicious to the lung as nectar to the tongue

John muir

Leave a Reply