TALK
DUIT BUKAN SEGALANYA

DUIT BUKAN SEGALANYA

Aku sedih sebenarnya. Ramai antara kita kejar duit. Menganggap duit adalah segala jawapan masalah. Aku juga tidak terlepas daripada berfikiran begini. Kadang waktu hujung bulan akan jadi sengkek. Cukup-cukup je sehingga hari gaji. Itupun tak habih menghitung hari. Entri ini aku tulis disebabkan semenjak dua menjak ni ramai yang mengeluh pasal nak kaya. Tak cukup dengan gaji yang ada.

Sebelum tu, ampunkan aku Ya, Allah. Aku pernah alpa memikirkan hal mencari duit. Pernah buat dua kerja dalam satu MASA sehinggakan aku mengabaikan anak-anak. Aku buat khidmat photobook je pun. Tapi, aku terlalu sibuk. MASA aku habiskan dengan mengadap telefon dan laptop. Komunikasi aku ramah hanya dengan pelanggan. Dengan anak-anak aku jadi menyinga.

Tak puas dengan tu, aku pernah terfikir nak tambahlagi kerja lain. Mana taknya kan. Seronok bila tengok duit makin bertambah. Kami tak perlu tunggu hujung bulan nak berasa lega. Teruja bila tengok orang send slip transfer duit ke bank.

Entah macam mana, Allah jentik di hati aku. Adakah ini kehidupan yang aku nak? Allah bagi anak, aku abaikan. Amanah Allah ini sangat besar. Bukan setakat bagi makan, pakai dan tempat tinggal je. Kenapa tidak aku suntikkan jiwa dalam hati mereka?

Alhamdulillah. Allah sedarkan aku awal. 

MASA bukan datang dua kali. Jika betul aku teruskan niat nak kejar duit. Mungkin betul aku dah kaya suatu hari nanti. Tapi, boleh ke aku beli MASA kecil anak-anak aku? Waktu tu mereka sudah berkerjaya dan bekeluarga. Mereka dah tak ada MASA nak bersama aku. Mereka sibuk melayan cucu aku ketika itu.

Nakkan sesuatu mesti ada pengorbanan. Aku percaya, nak berjaya perlu korbankan MASA. Aku akan terlepas banyak perkara. Anak-anak ketika kecil nakkan pelindungan daripada ibu bapa. Perlukan kasih sayang setiap MASA. Kalau dah MASA aku habiskan dengan kerja, kerja dan kerja yang tak pernah sudah, maka mereka membesar tanpa aku sedar.

Aku perlu hargai MASA yang ada sekarang. Aku juga perlu belajar bersyukur. Bukan duit yang aku perlu kejar. Kaya tapi tiada MASA untuk anak-anak aku rasakan sangat rugi. Nak kaya di akhirat, perlu didik sendiri anak-anak. Tak perlu tunggu kaya nak berikan pendidikan yang terbaik. Anak aku, aku la yang perlu didik.

Sekolah adalah tempat sekunder galian ilmu. Bukan yang pertama. Aku perlu set mind yang akulah yang akan disebut-sebut nanti.

“Dulu ibu ajar macam ni…”

“Ibu yang cakap kena….”

Alangkah hebatnya aku sebagai ibu jika anak dahulukan aku. Jika ditakdirkan Allah bahawa satu hari nanti aku tidak lagi punya MASA di dunia ini, sekurang-kurangnya anak ada sesuatu yang baik untuk dikenang.

Aku tahu dunia ini perlukan duit. Tapi, jika aku letakkan duit yang pertama, maka aku telah terpesong dalam meletakkan niat dalam hidup ini. Aku akan terlepas banyak pengalaman sebagai seorang ibu. Cerita dia dibuli di sekolah. Hal rakan yang nakal. Atau teruja mengatakan cikgu memujinya di dalam kelas. Rugi kalau aku tunggu nak kaya baru nak dengar semua ini.

Demi MASA, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini. Aku amat bersyukur. Bahagia ini tidak perlukan duit yang banyak. Nak kaya? Kayakan sikap anak-anak dulu. Kayakan juga rohani anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat. InsyaAllah, kita akan terus kaya walaupun nyawa telah berpisah dengan badan.

SAYANG ANAK-ANAK IBU

Leave a Reply