Masuk Thailand melalui Kelantan
Senarai negeri yang berada di sempadan Thailand cumalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja. Jadi, pilihan terletak di tangan anda untuk memilih masuk melalui negeri mana. Mana-mana pun boleh. Sebelum ni aku ada ceritakan bagaimana kami masuk ikut Padang Besar, Perlis tahun 2018. Boleh rujuk entri Road Trip Koh Samui kalau nak baca lebih lanjut. Ada kisah tragis sesewaktu berada di imigresen sana waktu tu. Elok jadikan panduan. Huhu…
Disebabkan rumah orang tua kami ni berada di Kota Bharu, maka kami memilih pergi ke boundary Kelantan-Thailand. Buat apa nak ke negeri utara sedangkan Kelantan pun ada. Disediakan dua tempat lagi tau. Satu di Ta’ba (Boleh guna khidmat feri ke Thailand) Satu lagi di Rantau Panjang.
Aku gerak pukul 9 pagi dari Kota Bharu. Kami tiba di jeti Ta’ba sejam kemudian. Ingatkan dah boleh naik feri kan. Tapi hampa yang kami dapat. Feri rosak. Takkan nak selam kereta dalam air pulak. Terpaksa tukar plan ke Rantau Panjang. Bukak waze terus dibawanya kami masuk jalan kampung mana ntah. Ingatkan dah sesat ke hutan mana. Dalam 30 minit kemudian, akhirnya kereta dapat dipandu keluar ke jalan besar semula. Terus hadap jammed. Bukan Kelantan la kalau tak bersesak kan. Ingatkan jammed pasal kereta banyak di jalan raya, rupanya orang masjid sedang kutip derma di tengah jalan. Pandai ya engko waze…
Kata si ahli masjid, “Ado make-make sikit. Bulih la singgoh.”
Suami buat isyarat tangan taknak. Kalau tengah lapar memang konpem kereta ni parking elok bawah pokok. Malangnya, kami masih kenyang. Tujuan waktu ni satu je, nak cop pasport secepat mungkin. Ingatkan kami nak masuk dulu sebelum abang aku. Rupanya aku bertembung dengannya di stesen minyak Petronas Rantau Panjang. Waktu ni, elok la beratur ke tandas. Sebab azab sedang menunggu di imigresen. Di bersebelahan tu jugak ada banyak kaunter menyediakan khidmat buat insurans kereta. Harganya RM30 selama sebulan. Insurans ni hanya hanya syarat nak masuk Thailand. Takde nak cover apa-apa. LOL.
Boundary Malaysia mudah dan menyenangkan. Cop pasport drive thru je. Tak perlu turun kereta. Pandu ke lorong yang disediakan, berhenti, bukak tingkap, serahkan pasport, pegawai bilang ahli, cop pasport dan pergi. Simple.
Boundary Thailand lain pula ceritanya. Selesai cop pasport di imi Malaysia, anda perlu pandu lebih kurang 500 meter ke hadapan. Ada sebuah bangunan lebih kurang sama dengan boundary Malaysia. Tapi yang ni, Thailand punya. JANGAN PANDU TERUS KE LORONG. Anda perlu parking kereta dan kesemua pemegang pasport perlu turun untuk masuk ke bangunan tersebut.
Sebelum masuk ke bangunan, bawa bersama pasport, insurans dan geran kereta bersama. Semua pemegang pasport wajib ada. Dapatkan borang biru di kaunter 3 dan 4 atau masuk di pintu antara dua kaunter sebelah kanan. Selesai mengisi borang biru bagi setiap pasport, beratur semula di mana-mana kaunter 1 hingga 4. Kalau nak cepat, sorang beratur di imigresen dan sorang lagi beratur di kastam. Dua kaunter ni berada bersebelahan sahaja. Pastikan semua ahli pasport setelkan dulu di kaunter imi. Strategi ni hanya sesuai bagi yang datang berkumpulan je ya.
Selesai semua urusan, sila keluar ikut pintu keluar yang berada di belakang. Jangan tetiba buat kalut keluar pintu sama dengan yang masuk tadi. Nak kena marah ke? Oh, sebelum lupa. Borang biru tadi dah dipotong sebahagian oleh pegawai imigresen. Simpan elok-elok yang sebahagian lagi. Jangan hilangkan. Nanti tak boleh nak balik Malaysia pulak.
Dari pintu keluar tadi, singgah kejap kat kaunter kastam di salah satu lorong. Serahkan borang pengisytiharan bawa masuk kenderaan. Nanti pegawai akan bagi satu lagi borang untuk kita serahkan balik bila nak balik nanti. Ada je yang tak serah. Biasanya orang tempatan area Sg. Golok dan Rantau Panjang je berani buat. Untuk elakkan kereta anda kena sita atau dapat tindakan yang teruk daripada undang-undang, ikut la sebagaimana yang telah digaris panduankan.
Dari kaunter kastam, boleh balik semula ke kereta dan pandu lalu di lorong kastam sekali lagi. Berikan pasport untuk disemak. Buka tingkap untuk memudahkan pemeriksaan pegawai kastam. Bila mana pasport diserahkan, maka secara rasminya anda telah masuk ke Thailand secara sah. Nampak dengan jelas ayat Welcome to Thailand di salah satu bangunan di hadapan jalan di pekan Sg. Golok ni.
Terus boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai. Lagi lega bila abang aku pun sama siap urusannya dengan waktu aku. Nanti aku sambung lagi entri seterusnya ke Pattani. Nak ke sana, perlu ada data internet dan tukaran duit Thailand. Aku akan ceritakan satu persatu di entri lain. Demi memudahkan urusan pembaca yang nak ke sana. Takde la teraba-raba mencari jalan. Aku kan ada. Aceh!
BOUNDARY KELANTAN-THAILAND
- Bawa geran kereta yang original. Fotostat tak diterima.
- Jika anda rakyat Kelantan, tak semestinya pakai pasport. Boleh buat borderpass. RM10 je dan dapat cover anak berumur 15 tahun lagi. Rujuk link.
- Seeloknya borderpass dibuat sehari awal bagi mengelakkan berjam lamanya berurusan di sempadan.
- Dah ada pasport, takyah gatal buat borderpass.
- Bagi pemegang borderpass, urusannya lebih cepat dan tak perlu beratur di kaunter. Masuk je di pintu antara kaunter kastam dan kaunter 4.
- Insurans kereta boleh buat di kaunter kastam yang berada di dalam bangunan. Tak perlu susah-susah buat kat luar.
- Insurans ini tak cover apa-apa tapi wajib diambil untuk memasuki negara Thailand.
- Siap sedia dengan karenah imigresen Thailand. Lebih-lebih lagi kalau pergi waktu cuti umum atau perayaan.
- Tak perlu selit duit RM1.
Ni pengalaman aku sewaktu berurusan di sempadan Thai-Kelantan. Aku tak tahu korang pulak macam mana. Kalau ada yang aku tertinggal atau tersalah tulis, sila nyatakan di bahagian komen. Yang khilaf itu adalah daripada aku sendiri. Aku manusia biasa yang tak pernah lari daripada membuat kesilapan. Ayat elok sebab masih mood raya haji. Jumpa di entri seterusnya! Terima kasih kerana sudi membaca.
“Fill your life with adventures, not things. Have stories to tell not stuff to show.”
unknown
AMAZING THAILAND
30 thoughts on “Masuk Thailand melalui Kelantan”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Rindu pula nak masuk thailand lagi. Dekat border kelantan ni mesti banyak askar yang jaga kan? Sy sekarang masuk ikut bukit kayu hitam, okay sikit tak banyak kawalan. Drive sendiri juga jimat sebenarnya
Haah. Banyak askar yang berjaga. pos kawalan bukan main banyak kena redah. siap ada gambar suspek lagi dipampangkan di sana. kalau yang tak biasa akan berasa agak menakutkan. suasana askar bersenjata tu biasa. tapi, takde apa. tak kacau pun pelancong luar. nanti saya share pengalaman ke narathiwat
awok mari kg kito. heheh. tapi mek pun tak pernah ke thailand lagi. pernah seberang dengan perahu ke munduk je. tahun depan ingat nak buat trip luar negara. tapi tak berapa nak yakin lagi. huhuhu
oloh mek. sekapung kito ruponyo. haha saya tak pernah ke munduk. apa lagi naik perahu. lebih suka menggunakan jalan yang betul. seronok la ke Thailand. Makan best. Macam kelantan zaman 90 an. Semua murah kecuali minyak petrol. Berhuhu bila kena isi kat sana
untung la dekat nak drive ke thailand.
menarik sharing ni. suka aida baca.
sebab teringin juga nak ke sana driving one day.
kekadang bukan pe, tak brape berani driving di negara org.
keliru kan dgn undang2 diorang.
kalau pe pe jadi, susah nyer double triple!!!
mcm yg kes accident baru2 ni. aduh! camne la keadaan malaysian tu.
Kat mana sekalipun kalau bawak tak ikut law memang akan dikenakan tindakan. sentiasa berhati-hati tak kira di mana kita berada. apa yang terjadi oleh rakyat malaysia kat Krabi baru-baru ini jadikan ikhtibar. belajar daripada pengalaman orang lain
Kita pernah masuk Thailand melalui kelantan tapi tak bawa kereta sendiri lah tapi naik bas hehehe memang satu pengalaman yang menarik dan juga best. lepas ni boleh masuk selatan Thai ni naik kapal terbang sebab dah ada lapangan terbang baru kat sana kan..
airport narathiwat pun ok sangat kan
Nice sharing. At least tau macm mana nak pi sana kalau bawak kereta sendiri. Ada jugak dengar kena selit singgit ke dua ringgit. Boleh dijadikan rujukan kalau nak ke sempadan naik kereta.
di kelantan tak pernah selit rm1 rasanya. kat padang besar saya pergi sebelum ni memang kena selit rm1
Menarik perkongsian ini. Belum pernah masuk Thai lagi. Bila dah tahu caranya, senanglah nanti kalau nak masuk sana dengan sediakan perkara yang sepatutnya.
Lama da xmsuk siam nie..sllu klu time cuti nie mmg ramai je org p sana..btw nd xpernah masuk siam melalui kelantan sbb nd biasa masuk ikut bukit kayu hitam..nice sharing buat mrka yg dok area kelantan..
Rawlins tak pernah lagi terfikir nak drive sampai ke Thailand. Pernah dengar story kengkawan yang ride – memang enjoy tapi Rawlins tak rajin hehe.
Thanks sebab share – mesti ramai yang mendapat manfaat dari perkongsian ini kan.
tak pernah pergi Thailand lagi..bgusla pergi sana naik ereta, senang jalan-jalan wlaaupun banyak kerja nak dibuat..nad aklau pergi mesti denagn orang yang dah baisa pergi, kalau pergi sendiri tak tau nak buat apa..
Wah seronoknya jalan2 trs masuk thailand. Kita x pernah lagi masuk ikut kelantan selalu dr padang besar jer huhuhu
i pernah masuk thai dari perlis dulu..best kan jus cross only….and then dapat la tomyam!
tak pernah jejak sempadan lagi.. baru je 3 hari lepas g padang besar igt nak lajak ke seberang tapi masa tak cukup. nanti nak gak la ke thailand tapi lalu kelantan. last pergai kelantan 2 tahun lepas.. mmg nak ke sana lagi
Berguna betul tips ni walaupun saya tak berniat lagi nak ke Thailand dengan drive dari Kelantan, tapi satu info yang menarik bila saya baca.
Terima kasih share. Teringin nak ke Thailand walaupun kampung saya terletka dkt kawasan sempadan. Kampung saya di sempadan kedah siam.
Owh. Nak kesana, ikut perak pun boleh ya. Baru tahu ?
Info berguna untuk Ruby sebab tak pernah sampai ke sana.
Geran kereta yang ori kena bawak.
Yang kelantan, boleh dapatkan border pass.
G thailand sedap kalo dapat tomyam dia. Seafood dia. UrutĀ² ke. Heheh
Tq sharing
Kastam lain boleh je guna geran photostat. kat kelantan tak boleh
nice sharing…insyaallah ida pun akan masuk thailand bulan11 ni. Boleh la ikut tips ni. Tapi ida sewa van sana, pakej sekali hotel..ada guide tour. Lebih murah ke atau murah lagi pergi sendiri?
Kalau tanya saya, memang murah pergi sendiri la. Kalau pakai guide, mahal tapi berbaloi la sebab orang yang uruskan. just have fun je
Sy nak jugak pergi ..mcm Mana nak dptkan guide tu..wpun suami org kelantan..dia x pernah msuk golok..persaan was was tu Ada..biarlah Mahal ckit janji selamat
Wah sulitnya nak bawa keta masuk thai ye..saya pengalaman memandu dari KK ke kuching. Setiap tahun akan lebih 5 kali ke sarawak memandu dari KK. Kalau ulang alik KK ke Miri akan dapat cop imegresen sebanyak 20 kali. Masuk 10 keluar 10…so bayangkan saya ke Sarawak hampir 5 kali setahun. Habis buku passport je. Tapi yang bestnya, walaupun ada 10 check point, semua ok je tak payah turun keta…Kat Brunie untuk keta cuma scan QR code guna phone je..
Suka tengok cop banyak-banyak ada di buku pasport. Tapi kalau banyak kali lalui rasa jenuh jugak kan. Kat Thailand ni memang tegas sikit
Thanks for sharing this post, will be definitely useful for those travelers who opt to go Thailand through Kelantan, so many info insideā¦
Teringin nak masuk siam… Tapi takut kalau sorg2… Bestnya bila dpt drive terus ke sana… Passport check pun drive thru je senang dah… Harap dpt ke sini suatu hari nnti dgn family…
[…] entri kedua aku selepas entri Masuk Thailand melalui Kelantan dimuat naikkan baru-baru ini. Panjang lebar aku ceritakan pengalaman memasuki Thailand menggunakan […]
[…] << Previous Masuk Thailand melalui Kelantan […]