Road trip bermaksud perjalanan melalui jalan darat. Kami memilih menaiki kereta Naza Citra untuk meluncur di jalan raya Thailand kerana salah seorang daripada kami mengalami masalah kesihatan. Erti kata lain, pregnant 6 bulan setengah. Nak naik flight, terpaksa berjalan jauh dan menunggu lama. Kalau memilih tak berjalan langsung, terasa ralat cuti di bulan Mac. Kesian anak-anak kami. Cara paling efektif yang kami fikirkan untuk kami sekeluarga adalah dengan menaiki kereta.

 
Segala penyelenggaraan kereta perlu dititikberatkan sebelum bertolak. Pastikan kereta dihantar service, menukar tayar yang telah botak dan tinted kesemua cermin. Thailand lebih panas daripada Malaysia. Sebaiknya, gelapkan cermin dahulu bagi mengurangkan kepanasan. Lebih-lebih lagi kita akan berada dalam tempoh yang lama di dalam kereta semasa perjalanan. Kalau tak tinted, memang boleh rasa masak bagai berada di dalam oven. 

Sumber google : Peta perjalanan kami dari Chukai ke Kedah. Kami sengaja melalui lebuhraya untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang peta pantai Barat Malaysia. 

16 Mac 2018 (Jumaat)
Kami memilih dari Chukai ke Kedah melalui jalan lebuhraya timur-barat kerana ingin melihatkan kepada anak-anak tentang kelaianan setiap negeri, Bahananya, kami telah menempuhi 13 jam perjalanan. Haha… Adeh.

CHUKAI – KUALA LUMPUR – SELANGOR – PERAK – PULAU PINANG – KEDAH
    1. Turun seawal pagi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tak diingini seperti bersesak dengan kereta atau sampai lewat malam ke destinasi. Kami bertolak seawal 6.30 pagi lagi.
    1. Pastikan dokumen penting seperti pasport, geran kereta dan yang lain-lain dibawa. Kami terpaksa patah balik ke rumah kerana lupa akan dokumen penting. Rugi masa selama 40 minit.
  1. Insurans kereta buat siap-siap hari ni sebab taknak kalut esok pagi. Banyak yang menyediakan khidmat insurans ni di sepanjang jalan negeri Kedah.
TIPS PENTING HARI INI :
  • Sila upload segala dokumen penting seperti salinan no. kad pengenalan, surat beranak anak, geran kereta, muka surat pertama pasport, itinerari perjalanan dan booking hotel. Kami akan syncronize google drive ke handphone bagi memudahkan pencarian.
  • Insurans sepatutnya dibeli dua jenis. Yang pertama untuk masuk ke Thailand. Yang kedua pula untuk cover apabila berlaku kemalangan kepada pihak ketiga. Namun, kami dimaklumkan oleh jurujual insurans untuk membeli insurans kedua perlu dibeli di pejabat utama di negara sebelah. Jika dibeli Malaysia, kebarangkalian ditipu adalah tinggi. Kami juga telah membeli insurans AXA online untuk cover kami sekeluarga jika berlaku sebarang insiden di sana.
  • Dicadangkan untuk membeli secara online untuk mendapat harga yang lebih murah. 
** Banyakkan membaca sebelum membeli apa-apa insurans. 

Antara dokumen yang dibawa. Broser diberikan kepada anak-anak supaya tidak bosan. Peta, itinerari dan hal berkaitan juga dicetak bagi memudahkan kami merujuk. Anak-anak pun suka lihat peta. Siap boleh tanda lagi tempat yang dah lalu. 
 
Kami bergantung sepenuhnya dengan GPS. Sila update jalan yang terkini sebelum memulakan perjalanan.

Banyak syarikat persendirian yang menguruskan insurans ke Thailand. Malam-malam pun masih lagi buka.

Gambar atas : Borang keluar masuk ke Thailand. Gambar bawah : Insurans kenderaan. Gambar kanan : Borang in bound dan out bound perlu diserahkan semasa masuk dan keluar sempadan. 
Nak bahan itinerari dan segala maklumat sebagaimana yang dicetak di atas? Klik dan download,
Itinenari ⇒ http://gg.gg/9qx9a
Broser ⇒ http://gg.gg/9qx9m   Buka link memang nampak berterabur. Tapi, bila download OK je.
17 Mac 2018 (Sabtu)
KEDAH – PERLIS – HATYAI

  1. Kami bertolak pukul 7 pagi menuju ke Padang Besar. Sampai sahaja ke sana, kami singgah bersarapan di medan selera sebelah padang bas. Amatlah rugi. Sepatutnya bungkus dan makan di dalam kereta sahaja. KFC pun ada buka pagi tu. Bukan apa, kami terpaksa beratur selama 30 minit di dalam kereta semata-mata untuk bersarapan. Budak, kalau mengadap makan memang lama. Sila isi minyak kereta penuh-penuh sebelum beratur.
  2. Keadaan semasa beratur dengan kereta di imigresen Malaysia tidak seteruk di Thailand. Pegawai kita komited menunggu di persimpangan bagi menghalang kereta yang memotong. Cuma, ada la beberapa kereta plat Thailand yang… Slumber dia je memotong masuk dalam barisan kereta dan merempuh cermin sisi. Beralah itu lebih baik.
  3. Bagi yang memandu dengan kereta, beratur dengan kereta dan turun ketika tiba di hadapan pondok imi. Keluar daripada kereta, scan pasport dan boleh jalan. Tak sampai 2 minit. Bagi yang datang dengan bas, van atau sekutu dengannya, kena park dulu kenderaan dan turun beratur beramai-ramai.
  4. Masuk je imigresen Thailand, keadaan dah mula kelam-kabut. Disuruh beratur, tapi tak tahu mana barisan. Suruh bersabar, tapi dia tak sabar nak duit RM1 kami diselitkan di buku pasport. Dah la tidak bersistematik, korup pulak tu. Pegawai mereka hanya 2 orang sahaja ketika itu. Itupun tukang cop pasport. Yang lain? Tenggelam timbul sejam sekali. Kalau bawa anak kecil, orang tua atau ibu mengandung, sabar. Itu je mampu bagitahu. Kami di sana selama 4 jam. Berasak, bersesak, menolak, tak ubah macam pelarian yang rebutkan nasi…
  5. Kalau ada pintu sempadan lain, sila ke sana. Kata orang-orang yang biasa melalui pintu Padang Besar, “Hal sebegini biasa.” Biasa di waktu cuti sekolah atau hari-hari macam ni wallahualam.
  6. Kami buat tukaran duit Thailand di bandar Sadao. Tukaran ketika itu RM1000 bersamaan 7890 bath. Semua tu termasuk dengan upah tukaran.
  7. Beli simcard di kedai telekomunikasi. Dapat line super 4G unlimited selama 7 hari dan boleh dibuat hotspot seberapa banyak gajet yang ada. Memang tak bosanlah anak-anak dengan aktiviti menonton di youtube dan main game. Bawalah gajet seorang satu. Aman…
  8. Thailand satu jam awal daripada kita. Setibanya di imi Thai, sila tukar waktu di jam bagi mengelakkan kekeliruan masa di sana.
  9. Perjalanan sempadan ke Hatyai mengambil masa 1 jam setengah. Kami terus ke Hotel Prosperous untuk menunaikan solat dan berehat. Kami keluar semula selepas waktu Asar untuk memastikan hari sedikit redup.
  10. Kami tidak memandu sendiri. Hanya menaiki tuk tuk sahaja ke Khloe Hae Floating Market. Baru 200 bath sehala untuk kami berempat. Kalau naik kereta, nak parking susah. Lagipun pengalaman naik tuk tuk sangat best.
  11. Kami jumpa orang yang sama di imigresen pagi tadi. Pagi tadi sesak di imigresen, sekarang sesak di floating market. Tak tahan betul. Mungkin cuti sekolah kot. Terasa penat dengan keadaan yang super buzy, kami balik semula ke hotel. Rehat untuk hari esok. Datang dengan anak-anak tak boleh nak kejar sangat banyak-banyak destinasi. Kesian mereka, dan juga kami.
 Suasana pagi dari Kedah menuju ke Padang Besar.
Tak sampai 5 minit setel proses di imigresen Malaysia. Waktu ni belum tahu dekat imi Thai sana azab sedang menunggu.
 
 Tak ada barisan pun suruh beratur. Main tunggu je belakang sapa-sapa.
Yang ni bahagian dalam pejabat. Azab dan seksa tak payah cakap. Dari jauh dapat dengar dum! duk cop pasport. Tapi tak tahu dari arah mana. Bila dah dekat macam tu dengan pegawai imi pun dekat sejam menunggu. Akhirnya, setelah 4 jam, setel semuanya.
 Waktu Thailand awal sejam daripada Malaysia. Masuk je sempadan Thailand, terus tukar waktu ya.
 Simcard yang dibeli dengan harga 150 bath di Sadao. 
 Naik la tuk tuk untuk lebih penjimatan. Jimat masa, jimat minyak, jimat duit. Bukan mahal pun. Sehala 200 bath ke Khloe Hae Floating Market untuk 4 orang.
Imigresen sesak. Sini pun sesak. Tapi makan sedap. Hehe
 Hujung minggu di floating market ada menyajikan aktiviti kepada pengunjung. Ramainya orang takyah cakap. Semua ni orang Malaysia.
Senja di floating market.
 

** Sila datang awal. Bersarapanlah awal-awal di rumah.
** Elak datang waktu kemuncak untuk bersesak-sesak.
** Kalau ada rukhsah, terus je ke kaunter. Tak payah tunggu lama-lama. Pengsan nanti 
     susah. 

Apa yang dirancang, jangan terlalu berharap akan terjadi. Ingat, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia akan aturkan yang terbaik untuk kita. Cuma, tak salah kita berusaha dulu. Jika tidak menjadi, redha. Itu ketentuan-Nya. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kepada kita nanti. Sabar.

18 Mac 2018 (Ahad)
HATYAI – DONSAK, SURAT THANI – RAJA FERRY KOH SAMUI

  1. Niat nak bertolak pukul 7 pagi. Tapi terkandas di hotel kerana ketiadaan air untuk mandi. Lewat sejam kami bergerak.
  2. Kami singgah makan di warung kecil orang kampung. Yang dipesan adalah roti canai. Rasanya tak ubah seperti makan di Kota Bharu tahun 90an. Air minuman sangat kaw. Macam tak percaya dengan keadaan warung sebegini mampu menyediakan air seperti di Starbucks. Dia punya packing pun memang tak boleh kalah. Haha!
  3. Dari Hatyai ke Raja Feri memakan masa selama 5 jam lebih. Bergantung kepada keadaan anda memandu.
  4. Tandas di stesen minyak sangat bersih. Cleaner memang dah siap-siap menunggu di hadapan pintu untuk membersih apabila kita keluar daripada tandas. Jadi, sila memastikan kebersihan dahulu sebelum keluar.
  5. Tak perlu risau tentang air. Semua disediakan. Cuma, perlu cedok pakai timba. Takde flush ya. Kalau tak selesa, sila setelkan dahulu di hotel. Kalau tak, anda akan menyesal…
  6. Sepanjang jalan ada banyak kedai makanan halal.
  7. Sampai sahaja di Raja Ferry Donsak, terus membeli tiket dan beratur dengan kenderaan.
  8. Kami diarahkan untuk keluar daripada kereta dan berada dek atas yang menyediakan kerusi. Ada dua bahagian, berhawa dingin atau bawah mentari.
  9. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Memang santai.
  10. Kami tiba awal di jeti dan check in pada pukul 5 petang di Hotel Chaweng Noi Resort.
  11. Jarak perjalanan dari jeti ke hotel adalah 27 km. Lebih kurang 30 minit.
  12. Siang cepat berlabuh seawal 6.30 petang. Jadi, tak ada apa yang kami dapat lakukan memandang badan pun dah letih. Keluar malam hanya untuk mencari makanan di kawasan Chaweng.
 Makan pagi di warung kawasan kampung. Rindu makanan 90an ni. Makan pagi kami dengan 5 kepong roti canai, teh ais dan milo ais berjumlah 110 bath.
Isian pertama minyak kami di stesen minyak Shell. Kami tak sengaja mengisi minyak Vpower dengan harga 32 bath seliter. Pekerja di sana sangat ramah.
 Kalau isi minyak, akan dihadiahkan sekotak tisu dan air mineral.
Beli tiket menaiki kapal di jeti Donsak. Jumlah harga tiket 680 bath. Untuk dewasa 130 bath, kanak-kanak 65 bath. Kenderaan+pemandu pula 420 bath. 
 
 Pastikan anda berada di lorong yang betul ke pulau yang dituju.
 
Nak jugak gambar berdua! Ops, cover perut yang hampir 7 bulan tu. Hihi ❤️

Suasana di atas dek. Kawasan terbuka ni tak ada yang nak duduk. Panas terik. Cukup sekadar amik gambar jela. Bahagian dalam merupakan tempat duduk berhawa dingin.

 10 minit sebelum keluar, anda dikehendaki berada di kenderaan masing-masing.
Get ready to explore the island!
  • Tempahlah hotel berdekatan bandar untuk memudahkan sebarang urusan.
  • Sila patuhi terma dan peraturan hotel. Jangan memandai-mandai seperti anda berada di Malaysia. 
  • Hotel kawasan kami ada banyak kedai halal.
  • Tiada tol sepanjang jalan. Jalan pun 2 line tanpa ada lubang. 
Ini baru hari ketiga perjalanan kami. Ada 4 hari lagi misi Road Trip perlu diselesaikan. Terima kasih kerana sudi membaca. Ingin tahu lebih lanjut pengalaman kami sepanjang 6 hari di Thailand, sila ikuti kisah kami seterusnya dalam siri ke II iaitu siri yang terakhir.
Entri bagi Siri II (Akhir) telah update pada 6 April 2018 Klik SINI untuk membaca 

Nak tengok video travel full kami ke Koh Samui? Klik https://www.youtube.com/watch?v=cLZ49VSmxsY

AMAZING THAILAND