
Bagaimana aku mampu bawa semua anak travel setiap tahun?
Sebagaimana kita sedia maklum, travel ke luar negara memerlukan duit yang sangat banyak. Tiket kapal terbang boleh mencecah ribuan ringgit walaupun hanya ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Itu belum termasuk makan, hotel dan transportation di negara yang dilawati lagi. Nak tak nak, kena menabung dulu sebelum memulakan perjalanan. Duit kena penuh dulu, baru senang hati nak melangkah jauh.
Bagi yang tertanya-tanya mana aku cekau duit sebelum ni, meh aku ceritakan. Aku bukan anak orang kaya. Jauh sekali travel menggunakan sumber daripada mak ayah. Dah beranak pinak memang tak mungkin pinjam daripada mereka. Berhutang? Isk, takde. Takkan la nak pinjam Ah Long semata-mata nak rasai pengalaman yang bersifat sementara. Itu kerja gila. Dapat reward? Haha Ingat aku ni orang sentiasa bertuah ke?
Mengikut pengalaman, aku ada cara tersendiri menguruskan perbelanjaan untuk membawa aku dan anak-anak travel luar dari Malaysia. Faham-fahamlah kalau dah bawa seluruh seisi keluarga ni. Perbelanjaan lebih daripada biasa. Semua senarai perbelanjaan perlu didarab dan semuanya menjadi berganda. Jika yang gerak seorang diri pun bukan main senak perut nak menyimpan duit sampai cukup, inikan pulak bawa satu keluarga kan. Aku kongsikan beberapa tips agar boleh membantu ibu bapa lain yang inginkan percutian bersama anak-anak. Sekarang sesiapa pun boleh.
1. SIMPAN DUIT
Of course la dengan buat saving. Aku akan save duit paling banyak setakat ini adalah 1/3 gaji bagi sebulan. Suami pun kena cut jugak duit gaji sama bahagian macam aku buat. Nasib baik la minat kami serupa. Kalau duit travel ni terusik, wajib topup balik. Ada jugak bulan-bulan tertentu kami sengkek akibat perkara yang tak boleh dielakkan. Maka saving kami akan berkurangan. Takpe. Save setakat mampu. Sikit pun tak apa la. Janji ada.

2. BERJIMAT-CERMAT
Jangan kata aku kedekut! Haha.. Berjimat ni maksudnya tak suka membazir. Benda belum rosak, buat apa ganti baru. Baju masih banyak, tak perlu beli lain. Stok makanan banyak lagi, kenapa nak makan kat luar. Macam tu la lebih kurang. Bukan takde langsung beli. Tengok pada situasi. Dah teringin sangat nak makan, beli jela. Kalau baju tu dah lama berhajat nak beli, grab je dan bayar. Cuma, kalau tiap masa je duk teringin, itu dah lebih kepada membazir. Membazir amalan syaitan. Didiklah diri supaya sentiasa bersederhana.
Di situasi aku, setiap kali aku terfikir nak beli sesuatu yang tidak patut, aku mesti fikir macam ni, “Duit sebanyak ni dah boleh bayar hotel. Jimat satu malam.” Atau, “Fuh, kalau betul aku nak makan Takoyaki ni, baik aku sendiri fly ke Jepun.” Ini contoh. Tapi, kalau dah tahap meroyan nak sangat makan Takoyaki tu, of course la kena beli. Takkan nak tunggu sampai Jepun baru nak rasa. Takut tak sempat sampai sana dah arwah. Muahahahaha
3. TIKET MAMPU BAYAR
Beli tiket flight yang mampu bayar je. Nak kata kena beli waktu tiket sedang murah tak jugak. Yang penting, kena tau bajet diri sendiri. Macam aku. Aku set mampu bayar RM2000 return untuk sekeluarga. Kalau jumpa harga lebih kurang tu, aku akan terus grab tanpa fikir panjang. Dah memang harga tu aku boleh bayar. Buat apa lagi nak pening-pening fikir.
Tanya kepada diri anda. Berapa sebenarnya anda boleh bayar bagi tiket flight untuk membawa satu keluarga. Selagi tak jumpa harga yang anda nak, jangan beli. Usah bandingkan harga tiket dengan orang lain. Sebab kemampuan setiap orang tidak sama.
Aku pernah berkata kepada suami yang aku takkan beli tiket flight selagi tak jumpa harga RM600 return untuk 5 beranak. Ya, aku dapat harga tiket tu. Itupun sebulan sebelum fly. Macam tak percaya pun ada dapat. Apa yang penting, sabar dan belilah mengikut kemampuan poket masing-masing.
4. RANCANG SENDIRI
Buat sendiri perjalanan anda sekeluarga. Ini lebih menjimatkan daripada mengupah orang lain sebagai tour guide. Upah tour guide tu sepatutnya membolehkan kita tinggal lagi dua hari di negara berkenaan. Sempat jugak la nak ronda tempat lain.
Itinerari aku biasanya tidak membabitkan tempat yang memerlukan bayaran. Aku lebih suka buat perjalanan dengan sightseeing di taman, pasar, mall dan celah rumah penduduk setempat. Free je. Itulah kelebihan rancang sendiri.

Tak rugi pun bagi aku tak masuk Disneyland atau mana-mana taman tema sebab bagi aku melihat budaya itu lebih bermakna. Bila lagi aku nak menikmati daun-daun kuning luruh berguguran. Kat Malaysia takde orang jual sate kala jengking kat pasar. Prinsip aku, taknak ‘mengkayakan’ orang yang sedia kaya. Pernah sekali je masuk Manila Ocean Park. Itinerari boleh diubah mengikut kesesuaian keluarga jugak. Untungkan bila buat sendiri itinerari.
Rajinkan diri membuat pembacaan dan jangan malu untuk bertanya.
5. TIDAK MENCARI VIRAL
Orang kita ni suka sangat dengan benda-benda viral. Makanan dan minuman la terutamanya sekali. Contoh yang viral sekarang ini adalah minuman Bubble Tea. Beriya-iya orang beratur panjang di setiap premis yang menyediakan air yang dimasukkan bahan pearl ni. Tak kira berapa harga pun sanggup bayar. Sama jugak dengan tempat destinasi percutian. Sekali orang share tentang Hatyai, maka berduyun-duyun la orang ke sana. Sampaikan penuh dengan rakyat kita. Macam kat pasar tani pagi Malaysia dah pun.
Air, makanan, pakaian, barang atau tempat yang sedang viral, elakkan. Tunggu reda dulu barulah cuba. Sebab, bila dah viral, semuanya menjadi mahal. Demand yang tinggi. Usah risau digelar sebagai ketinggalan.
Destinasi tumpuan juga menjadi salah satu sebab perbelanjaan menjadi tinggi. Hotel di kawasan tumpuan juga mahal. Aku pernah ke Hohhot China sebelum ni. Autonomi yang jarang menerima pelancong. Berbeza dengan Beijing. Dua kali ganda mahal perbelanjaan yang perlu dibayar. Bijaklah dalam memilih destinasi.
6. ELAK BERHUTANG
Aku ada buat loan. Tapi loan perumahan jela. Kereta beli second hand je pun. Dua-dua kereta bayar cash. Gaji aku hanya untuk aku dan keluarga. Takde nak bayar banyak kat bank. Aku akan mengelakkan sehabis mungkin daripada membuat hutang. Orang lain beli perabot bayar bulanan, aku sanggup kumpul duit dulu baru beli. Ini contoh je tau. Kalau tak mampu bayar tunai, aku rela tak beli. Sanggup aku kumpul sampai cukup dulu barulah buat pembayaran. Pendek kata, aku takkan buat hutang. Jangan sesekali cuba. Sebab benda ni macam berhantu. Kredit card pun sama. Elakkan hutang lama-lama. Swag di kedai, balik terus bank in. Sebelum nak swag, fikir dulu sama ada duit dalam simpanan bank dah ada atau zero?
7. RANCANG HIDUP ANDA
Over tak dengan berfikiran macam ni? Tak bagi aku. Sebab hal ni menjadikan aku seorang yang berfikir ke masa hadapan. Orang yang sentiasa merancang menjadikan seseorang lebih berwawasan dalam hidup ini. Tak jadi, takpe. Nama pun rancang. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Redha dan teruskan merancang.
8. DISIPLIN
Inilah kunci segalanya. Semua senarai di atas tidak akan menjadi kalau disiplin tidak menjadi keutamaan dalam diri. Disiplinlah dalam membuat simpanan. Disiplinlah juga dalam hal perbelanjaan. Anda perlu bertegas dengan diri sendiri. Orang yang berdisiplin pasti akan berjaya dalam usahakan sesuatu.
Jika betul anda boleh disiplin dan mengawal diri, pasti anda mampu bawa keluarga bercuti bersama. Tetapkan bila nak pergi. Biar ada goal buat anda sekeluarga. Berpakat juga dengan anak-anak. Barulah satu keluarga berasa teruja nak pergi. Kalau ada yang dah lupa tujuan, ada jugak yang akan ingatkan.
Tak semestinya kena kaya dulu baru boleh travel jauh ke luar negara. Hal ni nak jalan dalam Malaysia pun kena pakai duit jugak. Jangan asyik tengok orang lain. Berusaha untuk diri sendiri dan keluarga untuk capai impian menjejakkan kaki ke negara orang. Tak kira berapa lama anda set kan tarikh, kalau anda tetapkan pendirian, insyaAllah tercapai jua.
Terus-terang aku cakap, aku tidak kaya. Kami suami isteri betul-betul tegas dalam bab mengurus kewangan untuk travel. Walaupun bukan kepentingan buat orang lain, tapi ini adalah acara wajib buat kami sekeluarga. Tidak la sampai sanggup berlapar. Cuma, bila sekali dah travel, semua ni menjadi addict. Entah, tak tau nak cakap feeling tu macam mana. Cuba pergi sendiri! Hahahaha!!!

SEMOGA BERJAYA
3 thoughts on “Bagaimana aku mampu bawa semua anak travel setiap tahun?”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Simply desire to say your article is as astounding. The clearness on your put up is just excellent and i can think you’re knowledgeable in this subject. Well with your permission let me to take hold of your feed to keep updated with impending post. Thank you one million and please continue the rewarding work.
Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.
Alçıpan uygulamaları için tamir bakım hizmeti verdiğimiz gibi, Asma tavan hizmetlerimiz arasında da, tamir ve onarım hizmetleri sunmaktayız.