Tak sah kalau dah balik daripada travel tak siapkan vlog (video travelogue)
Beza tau perasaan kita bila tengok gambar dan video ni. Setakat gambar sahaja macam tak puas. Vlog ni menampakkan keseluruhan perjalanan yang lebih jelas.
Aku dah kepam video mentah ni selama 7 bulan. Takde masa nak edit. Benda ni kalau hadap bukan sejam dua je. Mau berhari-hari. Untuk vlog Trip Manila – Cebu ni mengambil masa 5 bulan tak silap aku. Siapkan 10%, kemudian postpone. Bukak balik siapkan lagi 30%, kemudian senyap… Dan sekarang baru lengkap 100% vlog kami. Lama kan. Aku terpaksa curi masa di waktu malam ketika anak-anak tidur je secara on off.
Alhamdulillah. Siap jugak vlog ni walaupun tak nampak hebat macam orang lain punya. Cukup sekadar kenangan buat aku sekeluarga. Anak-anak memang dah bising lama dah nak tengok. Sebab mereka tahu aku ni suka buat video. Kebanyakan videoklip aku upload di sesawang youtube channel RALITMEDIA. Ada beberapa lagi vlog travel yang lain kalau nak tengok.
KLIK MANA-MANA VLOG YANG INGIN DITONTON
- Trip pertama kami ke luar negara (2015) – Menaiki keretapi dari KL Sentral – Hatyai – Bangkok.
- Winter Trip (2016) – Ke Tokyo tanpa tour guide selama 6 hari
- Travel ke Indonesia (2017) – Bawa umi berusia 60-an ke Acheh
- China (2017) – 9 hari Beijing – Inner Mongolia
- Thailand lagi (2018) – Road Trip dengan kereta Citra ke Koh Samui
- Filipina (2018) – Terbang ke Manila dan Cebu
- Java Trip (2019) – Mount Bromo, Surabaya >>> Belum siap
Kembara kami ke Filipina selama 9 hari bertarikh 10 – 18 Disember 2018
Shoot by
Handset Experia ZX, Experia XZ2, Olympus OM-D E-M10 Mark II, GoPro Hero 5 Black
Edit by
Sony Vegas Pro 10.0
Background sound
BLACKPINK & Dua Lipa – KISS AND MAKE UP | Alex Goot, Jada Facer, KHS
Clean Bandit – Symphony feat. Zara Larsson cover by One Voice Children’s Choir with Rob Landes
Aku cuba masukkan transition terkini macam zoom in/out dan tukar side cepat-cepat tu. Tapi videoklip tak nampak smooth sebab laptop aku ni dah slow. Time edit tu aku tak boleh nak tengok macam mana video ni run. So, aku gamble je buat dan hasilnya agak mengecewakan. Nak tukar laptop baru, takde duit. Pakai jela sampai rosak. Aku sayang lagi laptop zaman belajar ni. Banyak kenangan.
Okey, hope enjoy watching my vlog. Thanks for watching, and don’t forget to subscribe!
It’s more fun in the Philippines
15/07/2019 at 1:24 pm
Bestnya banyak tempt dia dah pergi berjalan. Semuanya tempat menarik pulak tu. Kitapun teringin. Suka juga melayan cerita filipina tapi xpernah smpi sini lagi
15/07/2019 at 6:58 pm
Saya cuma pernah ke Manila ajer kalau Filipina ni sebab masa sekolah menengah ikut papa bekerja kat sana. Satu family ikut…hehehe…
Ada satu restoran yang kami makan tu asyik la pasang lagu Malaysia. Rasa Sayang la dan lagu2 yang lain tak ingat dah.
15/07/2019 at 9:25 pm
bestnya dapat jalan2 ke negara orang. teringin nak rasai pengalaman di negara orang. sekarang ni yang pernah pun rasa pengalaman di negeri orang je, in shaa Allah rezeki di masa hadapan. terima kasih atas perkongsian 🙂
15/07/2019 at 9:57 pm
Philippines dengar khabar best. Saya tak pernah pergi manila tapi suka pulak tengok vlog you. Macam so real da visit tempat tu. Keep it up ya. Thank you for sharing.
15/07/2019 at 10:00 pm
wah dah sampai ke manila. teringin nak pergi travel ke sana tapi masih belum berkesempatan. menarik betul perkongsian sekitar bandar manila. mana tahu ada rezeki BBL ke sana boleh rujuk entri ni nanti. cewah
15/07/2019 at 10:52 pm
Bestnya pandai buat video. Nad kalau travel just ambil gambar je and update igstory. Kalau mampu amik video pun, fail betul part meng-edit tu. Rasa rugi pun ada tapi betul tak reti hahah. Nice video Nhazla! 😀 Haritu tengok ada kawan pergi Cebu cambest, adventure betul.
15/07/2019 at 11:15 pm
Never been to philippines. Somehow it never appeared in my plans. Will visit there soon.
16/07/2019 at 12:28 am
Seronok bukan dapat keluar tengok tempat orang. Nak pulak dapat pergi dengan family tercinta. saya x pernah sampai lagi sini. hope one day . Insyaallah
16/07/2019 at 2:22 am
Bestmyaaa.. Belum sampai lagi ke philipine.. Seronok tgk orang berjalan.. Harap dapat pergi ke sini.
16/07/2019 at 7:53 am
Betula tu, kalau pergi travel buat video lagi feeling. Tapi kena prepare storage yg banyak la dalam phone/camera. hihi. Lagi2 kalau travel banyak hari.
16/07/2019 at 9:11 am
bestnya dapat bercuti..seronok si kecik tu dpaat jalan-jalan..aunty pun tak jalan luar negara lagi tau..
16/07/2019 at 11:24 am
Sis pernah ke Cebu. Kat cebu island best sb kita boleh buat macam2 aktiviti. Pemandang pun cantik. Cuma makan kat sana tak leh masuk kat tekak ni..hehehe.
16/07/2019 at 2:26 pm
rajinnya nak record dan edit. saya edit mungkin boleh hadap lagi. nak record tu yang tak rajin. hehe. seronok baca trip-trip akak sefamili. family goals gitu. hehe.
16/07/2019 at 3:35 pm
belum pernah pergi lagi ni
17/07/2019 at 9:18 am
I pernah pergi ke Cebu sekali jer, itu pun dah like more than 8 years ago. I think now is more developed and more things to explore.
17/07/2019 at 10:20 pm
Apprehend is masterly reimbursement against you. nhazlafikri.com
http://bit.ly/2NJ3B7K
18/07/2019 at 10:15 am
Wah bestnya! Cantik video tu. Tak pernah lg
pergi manila tapi nmpk mcm cantik. Boleh la plan nk kesana kn. hehehe
19/07/2019 at 4:24 am
Seronoknya banyak travel. Nak baca semua entry nanti dan tengok video. Betul tu susah nak edit video ni perlukan banyak masa lagi-lagi kalau busy
19/07/2019 at 11:20 pm
Wah! Bestnya pergi Cebu. Antara semua tmpt dalam negara SEA ni, mmg teringin sngt nk pergi Manila. Dah tgk video ni mcm tgk teaser Cebu memnggil. hehe. insyallah satu hari boleh jejak kaki dkt sana.
25/11/2019 at 5:04 am
I love Cebu. I miss Bantayan Island. I’ll be going back next year to the Philippines
07/03/2020 at 12:33 pm
I have been checking out a few of your articles and i can claim pretty nice stuff. I will surely bookmark your blog.