Anak teruna ni tak puas hati sebab ibu dan abah je pandai edit video. Paksa jugak ibu abah ajar dia. Susah la nak oii. Laptop kita dah tahap nazak untuk bekerja dalam dunia editing ni. Tapi, boleh la lagi kalau sekadar nak belajar pilih, susun, trim, motion, transition dan text. Nak buat power kebabow tu memang ibu pun tak mampu. Ibu punya pun taraf beginner je. Entah apa-apa susunan Philippines baru ni…. Malu beb.

Umur 11 tahun ni sesuai sangat nak ajar apa-apa. Macam umur kita zaman dulu. Waktu ni adalah waktu yang terbaik untuk belajar. Semangat nak mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi. Layan jela. Kalau bukan kita sebagai ibu bapa sebagai pendorong semangat siapa lagi nak dia harapkan?

Sehari je hadap. Nilah hasilnya. Duk paksa suruh upload pulak. Katanya biar orang tengok. Dia nak baca komen.

  • Edit by : Sony Vegas Pro 10.0
  • Shoot by : Experia XZ, XZ2, Olympus OM-D E-M10 Mark II, GoPro Hero 5 Black
  • Background sound : Solo cover by Zero
Muka editor bukan main happy

Aku harap Nufail boleh berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Belajar la apa je. Semua adalah ilmu yang tak ternilai harganya. Hargailah masa dengan sesuatu yang berfaedah. Sebagai ibu bapa, aku sedang menghargai waktu anak-anak masih kecil. Dah besar nanti tak boleh dah nak manja-manja dengan ibu. Alah sedih la pulak!