Tidak semuanya indah waktu travel
Ya ke tak best time travel? Ya. Aku tak membongak pun. Ada juga waktu tak gembira. Tapi kami tak tunjuk la muka sedih tu kat Facebook, Instagram atau mana-mana-mana socmed. Waktu tu kan sedang travel. Taknak la spoil mood. Anggap saje lah semua tu hal yang sangat remeh. Small matter and no big deal. Fokus je pada travel dan have fun.
Tapi, aku rasa patut ceritakan juga hal sebenar. Korang jangan ingat travel ni dapat yang best-best je tau. Yang korang nampak hanya gambar muka penuh happy. Senyum sampai ke telinga. Hal sebelum gambar kena snap tu korang belum tahu lagi ni. Meh nak citer. Ini akan membuatkan anda pikir banyak kali nak travel ke tak.
1. Angkut beg
Bukan ringan ya beg yang dibawa. Bagpack kami boleh tahan beratnya. Berat 20 kg sahaja suami aku terpaksa galas. Aku pulak menampung berat baby 8 kg di depan dan hampir 10 kg di belakang. Tak campur lagi anak perempuan kami tiba-tiba tak larat nak pikul beg. Terpaksa la kami bergilir di tangan. Sakit jari oi!
Bila plan sendiri travel ni, kami banyak gunakan public transport seperti tren dan bas. Sesi mengangkut sendiri beg ke sana ke mari menjadi hal biasa. Bayangkan kalau terpaksa menapak 2 km dengan beg berpuluh kilo? Kalau pakai guide tak kisah sangat. Sebab pengangkutan yang menggunakan guide konpem dihantarnya betul-betul di hadapan pintu masuk penginapan.
2. Sesat
Ini biasa. Nak cari kedai makan halal macam nak cari gaduh. Waktu tengah lapar lagilah mendidih-didih nak marah. Macam nak makan je anak-anak yang seronok buat peel di tempat awam. Hei budak, sekali aku ngap baru kau tau!
Itu kedai makan. Nak cari jalan, nak cari stesen bas, nak cari public toilet pun boleh sesat! Jadi yang ni memang kena sabar banyak. Janji nak sampai pukul 9 pagi di tempat yang nak dituju jangan haraplah. Rasa dulu ‘buah langsat’ baru la dikatakan travel sendiri.
Sesat di negara orang tak sama macam dalam negara sendiri. Susah nak cari tau. Dengan tulisan yang langsung tak faham. Amat mencabar. Kau tenung la lama-lama signboard tu. Sampai lusa pun takkan faham. Bab ni aku surrender. Aku serah kat laki aku bulat-bulat.
3. Anak buat hal
Hah, siapa suruh ikut ibu dengan abah??? Mula la keluar ayat tu. Padahal kami memang takkan tinggal anak-anak punyalah. Saje la sebab diorang suka sangat timbulkan masalah. Masalah kecil je pun. Gaduh sebab cuit-mencuit, taknak makan nasi nak megi, lari-lari kawasan orang ramai, berebut kerusi tren pun ada. Pening la!
Kadang-kadang aku jadi rimau jugak. Lantak la orang nak tengok ke hapa. Bukan orang local ni faham pun apa yang aku bebelkan. Sedap la aku cakap tanpa ada tapisan. Kalau kat Malaysia ni ada jugak berkias bagai. Bila dah kat negara luar, sama je aku bebelkan dalam rumah. Memang direct je bagi. Bila dah lepas marah ni yang buat travel kita jadi spoil.
4. Plan tak menjadi
Plan nak ke tempat A, tak jadi. Tukar ke program B yang sepatutnya esok. Esok krik-krik tak tau nak buat apa. Ada satu cerita waktu di Tokyo nak cari tempat makan. Beriya la tengok google maps dan follow dengan sabarnya. Lagi 500 meter nak sampai depan restoran tu, boleh plak anak sulung aku cakap, “Eh, ibu. Beg saya tertinggal di masjid tadi.” What!!!! Dah 3 km berjalan. Dengan perut lapar lagi. Terus cancel nak makan kat situ dan berpatah balik. Tak mungkin la nak pusing makan balik kat restoran tu. Dah jadi macam tawaf pulak. Geram weh… Tapi gambar cun jugak walaupun menahan marah dan lapar. Kah!
5. Penat
Travel ni memenatkan sebenarnya. Terbang berjam-jam dalam kapal terbang. Penat. Sesat nak cari tempat. Penat. Jauh menapak dengan menggalas beg berkilo-kilo. Penat. Layan peel budak-budak, penat mental dan fizikal…
Kena fit weh. Mana boleh suka-suka je nak keluar travel luar negara tanpa ada persediaan. Boleh cepat penat dan give up. Nak pergi dengan agensi pun kena siap pelbagai. Ni kan pula pergi sendiri.
Sakit badan, lenguh kaki dan sakit urat tu biasa. Hari pertama lagi dah rasa. Perasaan tension tu lagilah. Ini akan menyebabkan penat mental. Sekali mental penat, fizikal pun turut sama tau. Yang penat macam ni kami akan terus duk diam tak gerak mana-mana. Tak sanggup nak hadap keluar bersama anak-anak. Baik rehat je.
6. Tidak selesa
Nak makan memang konpem tak kena selera. Takde nasi untuk satu dua hari tu biasa. Megi banyak la. Masuk guna toilet tak seperti kemudahan di negara kita. Jangan harap nak dapat pili air tu. Pakai tisu je lap. Solat pun susah. Mana tempat yang kita anggap suci dan bersih, maka bersolat la kami di situ. Wuduk pun pakai spray je. Tak pakai kain telekong tu sebab orang akan takut tengok. Tak elok menimbulkan fitnah kan. Lebih baik biasa-biasa je. Kalau dah orang panik, tak ke akan ada masalah? Tidak selesa dalam apa-apa perkara itu menjadi hal biasa. Biasakan jela…
Alah bisa tegal biasa
Susah macam mana pun, travel dah jadi satu passion buat aku sekeluarga. Dah tau waktu duk travel tu akan rasa perit, tapi nak keluar lagi. Macam minum kopi. Rasa pahit diminum, tetapi kenapa order lagi? Sebab rasanya sedap. Pahit di permulaan, kepuasaan di akhirnya. Begitulah juga travel ni. Semua perjalanan ini sebenarnya sukar. Tapi akan memberi penuh kepuasan apabila dah menempuhinya. Nikmat tu hanya traveller je tahu.
Walaupun susah yang Allah turunkan buat kami, kami takkan putus asa. Kami tau akan hikmah disebalik yang berlaku. Setakat ini, alhamdulillah. Takde yang membuatkan aku sekeluarga berasa serik. Malah, semakin berkobar-kobar nak travel merentasi dunia. InsyaAllah, satu hari nanti!
16 thoughts on “Tidak semuanya indah waktu travel”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
fuh mmg salute sbb dh merata2 bawak anak2 sekali travel. betul tu, confirm mesti bnyk cabaran dan extra2 penat lagi2 travel ke luar negara, yelah sedangkan kadang2 even takat bwk jln2 dlm negara je pon dh mcm2 peel diorang ni kan haha. tp tulah, yg mcm2 tu jugaklah yg boleh buat kita tersenyum balik bila diingtkan semula memori travel tu kan hehe.
memori ni takkan membuatkan mereka ingat. budak lagi kan. ingat gitu-gitu jela. kenangan ni untuk kami imbas bersama dengan pasangan di masa tua nanti. waktu tu anak-anak dah tak bersama kita dah. kenangan ni la yang akan diceritakan kembali
Yup betul tu. Biasa yang best dan indah je nampak dan memang kita takkanlah nak showing bad things. Memang pernah juga hadap benda sampai nak bergaduh nak cari makan, penat sesat berjalan. Tapi sebenarnya, last2 puas hati dan sonok kan. Hehe
Yang tak best la banyak dikenang. Dah jadi sweet memory gitew… Kan?! Hehe
Walaupun macam-macam halangan still berbaloi kan dapat pergi tempat batu rasa pengalaman batu.bestnya. Tak apa yang susah tu la akan jadi kenangan kan
Thank you sebab share this side of travelling. I selalu fikir jugak banyak kali bila travel sebab I jenis mudah tak selesa tapi ada hati nak travel. Lagi dengan ada anak kecil ni, lagi rasa macam tak sanggup. Tengok-tengok travel pun tak happy sebab serabut.
Best sebenarnya. Cuma yang tak best bila orang cakap anak tak banyak ragam. Tipu la takde ragam langsung. Dah nama pun budak kan. Nak taknak kita as parents kena tau macam mana nak kawal
Nice sharing.. Trima kasih kongsi tips travel ni.. Kebetulan dalam masa terdekat ni memang rancang nak p travel. Bolehlah guna tips ni masa travel nanti..
Rindunya travel sekeluarga. Dulu masa belajar rajin lagi. Bila dah start kerja, mula lemau. Huhu. Kena buat savinglah lepas ni.
Btw yes, semua yang tak indah masa travel kita tak tayang/cerita. Kena rasa sendiri baru tahun seronok tak seronok.
Pun begitu, semua ni tak menjadikan kami serik. haha
Sy yg travel dengan kawan2 tanpa ada budak kecik pun kadang ada banyak jugak perkara yg boleh spoil mood terjadi. Inikan pulak kalau pergi dengan anak kecik macam ni. Alahai, mesti penat dia berganda-ganda.
Takpe. Di masa tua ini la yang akan dikenang
Although there’s up and down during travel, but is a really good family bonding time together! I still admire you because you are able to bring your family to travel!
tq
Setuju. Kat SocMed memang semua nampak indah dan menarik bila travel.
Depa taktau berapa banyak railway and train kena tukar nak sampai lokasi.
Jalan kaki dari station ke lokasi penggambaran tu macam mana plak – kalau hujan ke, ada anjing ke.
Pastu bila sampai, nak mendapatkan scene terbaik tu boleh ambil masa 30 minit sebab manusia nan ramai, angle tak elok, lighting takdo.
Tapi hasilnya bahagia la kan. Haha
Haha awak memang memahami jiwa