TALK
Perkembangan anak selama 2 tahun

Perkembangan anak selama 2 tahun

Alhamdulillah. Genaplah sudah usia dua tahun puteri kami. Rasa macam kelmarin je lahirkan si comel ni. Boleh terbayang lagi aku berjalan masuk ke dalam rumah dengan memangkunya di atas lengan. Lembut dan wangi masih melekat dalam ingatan. Ya Allah…. Macam tak percaya semua pengalaman ini berlalu cepat. Terlalu indah untuk dilepaskan….

Pun begitu, sebagai ibu kita tak boleh terlalu beremosi. Layanilah anak mengikut perkembangan usianya. Oleh itu, aku catatkan segala kenangan bersama si comel ini sebagai tatapan di masa hadapan dan juga rujukan buat pembaca yang menerjah di blog ini.

Usia 0-3 Bulan

Tempoh paling fragile. Dia lemah, aku pun lemah. Niqrisa sedang dalam tempoh menerima dunia baru. Dan aku pula dalam keadaan rutin baru. Memang azab. Aku tak tau macam mana penerimaan ibu lain bila baca perkataan azab tu. Niqrisa merupakan baby colic. Bagi yang pertama kali baru mendengar panggilan baby colic sila klik entri Baby colic atau sawan tangis? yang pernah aku tulis sebelum ini.

Kedua-dua anak aku sebelum ni elok takde masalah serius macam ni. Niqrisa boleh membuatkan aku murung. Kenapa? Klik balik link aku bagi tu. Baca! Antara tiga orang anak aku, Niqrisa je masuk wad sebab ada masalah bernanah atas kepala. Kemudian kena on ubat antibiotik selama 5 hari. Selama sebulan berat tak naik. Sehingga jadi kurus melidi. Mata pun terjojol. Disarankan campur susu formula.

Terpaksa ulang-alik ke Klinik Desa selama sebulan untuk timbang berat. Jadi macam leceh pulak. Tapi, disebabkan nak pastikan beratnya naik dengan baik, memang kena paksa diri.

Satu pengalaman baru ibu dapat jaga Niqrisa. Walaupun Nufail dan Naura ada perbezaan watak semasa membesarkan mereka, tapi Niqrisa punya peel memang lain macam. Aku pun dengan dah tak biasa. Dah 8 tahun gap dengan kakak. Sedikit mengganggu emosi dan mental. Tapi, kejap je ni. Selepas kita dah habis fasa ni, kita akan masuk ke fasa baru.

Usia 4-6 Bulan

Fasa dah bertenang. Aku dah pandai urus emosi dan jadual waktu. Niqrisa pun dah takde peel seperti sebelum ni. Dia dah lebih bertenang. Kalau sebelum ni campur susu, sekarang dia dah full bf (breast feeding). Melecet puting tu entah berapa kali. Sakitnya… Siap kena pergi jumpa doktor dan dapatkan ubat antibiotik.

Kalau nak ikutkan, aku suka sebab memang dah impian nak full bf. Bila dah kena jaga jadual pam, kena urus susu dan selalu berperang dengan botol-botol, aku dah rasa rimas. Ada juga mata menjeling. Tak kurang dengan mulut yang laju daripada akal…. Sedih bab tu.

Tak best dengan keadaan selak-menyelak tak kira tempat pun ada. Melalak melaung macam kena dera di tempat orang awam sebab nak susu. Hadoii…. Nasib baik kebanyakan bangunan menyediakan tempat menyusu. Sama khas dengan ruang solat.

Improve kebaikan di tempoh ini juga adalah jimat membeli susu formula. Takde modal. Selak je. Haha! Kemudian, bila dah travel tak perlu nak bawa segala senjata botol dan bekas susu. Yang ni aku suka.

Lagi satu, aku ada beli baby carrier. Ingatkan membazir bila beli. Harga cecah RM650 jugak la time tu. Alhamdulillah, 2 jam dalam tu pun takde buat peel. Aku siap bawa pergi travel ke Filipina lagi tau. Baby carrier jenis Soul adalah penyelamat aku.

Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller

Usia 7-10 Bulan

Aku paling suka fasa ni. Dia dah ada akal. Dah kuat nak merangkak dan bertatih. Aku dah lupa bila dia boleh merangkak. Yang aku ingat dia dah boleh berjalan semasa berumur 10 bulan. Kemain laju.

Disebabkan terlalu awal boleh berjalan, takde kasut untuk saiz dia. Hahaha Melilau cari dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Semua tak cukup inci. Nasib ada baby carrier. Diam je dia dalam tu. Tertidur memang pasti diam.

Umur 9 bulan dah pergi ke Bromo, Surabaya. Seronok betul waktu ni. Penghibur buat kami sekeluarga. Dia dah tak banyak peel. Best je melayan dia. Pendek kata sepanjang travel di usia ini adalah paling sesuai. Memeriahkan suasana.

Aku lupa nak bagitau. Dia dah mula makan. Takde la beriya makan macam orang dewasa. Cuma perkenalkan makanan. Banyak tumpah daripada masuk ke dalam mulut. Takpe. Tempoh pembelajaran lagi. Rutin baru buat aku kena sediakan beras dan sayur beku di dalam frozen. Bekal kena sediakan ke pengasuh sebanyak 3 bekas sehari. Huhu….

Usia 11-18 Bulan

Dah pandai makan macam-macam. Saat ni dah boleh sediakan macam makanan orang dewasa. Gigi dah penuh! Sedap la kunyah kan. Gigi pun dah dipantau doktor gigi. Cantik dan bersih giginya.

Bila dah banyak makan, dia dah kurang menyusu. Ini satu perkara yang dah meringankan bahu. Dah kurang sikit komitmen. Bukan terus hilang. Kurang je. Takde la 24 jam berkepit.

Sekali lagi Niqrisa terbang jauh ke Chengdu. Banyak berjalan budak ni. Adakah baby carrier penyelamat? Dah kurang azimatnya. Kah! Dia lebih suka berlari dengan bebas. Suka tengok dia duk tergedek-gedek dengan jaket dan seluar tebal di Chengdu, China bulan Disember 2020.

Usia 19-24 Bulan

Didi and Friends, Coco Melon, Super Simple Song serta Omar dan Hana adalah kegemarannya. Ini channel youtube yang wajib dibuka. Semuanya lagu kanak-kanak.

Dah pandai menari dan menyanyi. Banyak respon baik dilihat pada Niqrisa. Waktu ni keletahnya membuatkan kami sekeluarga tak kering gusi. Lagaknya macam kanak-kanak, tapi sebenarnya masih bayi.

Tempoh ini juga aku sedang berusaha memisahkan susu badan. Aku dah mula campur susu segar kotak dan susu badan. Pada awalnya menolak. Lama-lama alhamdulillah dia dapat menerima. Kesian pun ada.

Tapi apakan daya. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tepat 2 tahun umurnya, aku jual pam susu. Brand Tiny Touch yang free hand. Sayu jugak sewaktu membungkusnya. Ni kan pula nak ceraikan dia dengan aku.


Sedih-sedih buat apa. Dah besar pun Niqrisa ni. Takkan nak kecil sampai bila-bila. Dia pun nak kenal jugak dunia. Lagi jauh perjalanan hidup. Aku dan suami akan pastikan Niqrisa terjaga. Akan kami berikan pendidikan yang sempurna buat dunia dan akhirat.

Membesarlah dengan sihat sayang. Semoga menjadi insan yang berguna buat masyarakat. Namamu Niqrisa Auni yang bermaksud perawat yang lemah lembut. Doktor ke? Entah la. Bergantung kepada dirimu. Ibu sokong apa yang Niqrisa akan lakukan. Sayang kamu. Mmuah!

Leave a Reply