Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller
Mengikut pengalaman kami bersama abang dan kakak, baby carrier dan baby stroller bagaikan takde fungsi. Baby stroller buat isi barang belian di pasaraya. Baby carrier pula hanya sebagai aksesori di bahu. Last skali, bayi hanya dipangku. Lengan jadi lengu. Stroller duk sepi belakang pintu. Carrier pun ntah ghaib ke mana. Sepanjang 8 tahun ketiadaan bayi, kami melihat trend ibu bapa kini menggunakan kemudahan baby carrier dan stroller semakin meningkat dan menjadi kemestian. Tak kurang juga nampak sebahagian fesyen kepada ibu bapa pula.
Oleh itu, sebelum lahirnya Niqrisa, kami membuat survey dulu tentang kedua-duanya. Ada yang ditanya di Facebook, baca blog, bukak youtube dan paling mudah tanya mak-mak muda. Kedua-dua ada pro dan kontra. Susah juga nak memilih.
Akhirnya, keputusan dibuat berdasarkan keperluan paling mustahak bagi kami. Ini kriteria yang diperlukan sebelum membeli :
- Sesuai dibawa ketika travel/backpack (PALING UTAMA)
- Mudah dimasukkan ke dalam kargo flight
- Bayi akan duduk lama/diam
- Mesra pengguna
- Menjaga struktur badan ibu bapa dan bayi
Kalau ditanya dari sudut bajet, kami tak kisah. Kami hanya berpegang dengan pepatah, “Alah membeli, menang memakai.”
Survey punya survey, baby carrier lah yang paling bertepatan dengan kriteria yang diperlukan. Itu belum lagi penyelesaian buat kami. Masalah seterusnya ialah mencari brand baby carrier yang terbaik buat kami dan bayi.
Part ni agak pening kepala. Sampai nak muntah bila buat survey. Bab ni memerlukan banyak pembacaan dan perbincangan. Jangan terlalu gopoh membeli. Membeli tanpa ilmu umpama mencari permata di dalam lumpur. Kami sedang mempertaruhkan keselamatan bayi dan duit yang akan dilaburkan.
Kami baru tahu yang baby carrier ni ada pelbagai jenis. Setahu kami sebelum ni yang bawah RM100 tu je. Sebelum ni beli yang berharga RM30. Tidak support tulang belakang si pemakai dan bayi langsung. Bahu pun cepat sakit. Kalau diperhatikan, banyak dijual di pasaraya dan butik-butik pakaian bayi.
Kami lebih berminat dengan design seperti beg. Apa yang penting mempunyai ciri seperti kain yang lembut. Dan kami menemui SSC (Soft Structure Carrier). Mudah untuk dipakai dan dibawa. Lagipun, boleh dipakai seawal baru lahir sehinggalah usia 2 tahun. Lama tu. Kalau nak lagi lama sehingga 4 tahun pun ada. Harga pun boleh tahan. Kebanyakannya brand oversea seperti Tula, Lennylamb, Kinderpack, Madame Googoo, Boba, Soul dan banyak lagi. Yang local pun ada juga. Antara yang popular ialah Tugeda, Jumpsac dan Snuggbaby. Semua brand berkenaan mempunyai ciri ergonomik.
Ada juga baby carrier yang claimed ergonomik tapi sebenarnya tidak. Sila buat pembacaan lebih lagi. Jangan cepat membuat keputusan. Kalau was-was, sewa dulu pun boleh. Ramai yang buat sewaan seperti di page FB Kendongku.
Kami taknak jadi ibu bapa yang tidak berpengetahuan sehinggakan menyeksakan bayi. Lihat kedudukan kaki pun dah nampak tak selesa.
Kedudukan seperti C menjaga tulang belakang bayi. Ramai yang beli jenis hipseat. Tolong jangan mempertaruhkan keselamatan bayi anda.
Kedudukan tulang belakang bayi mengikut umur. Pastikan juga carrier yang dibeli support tulang belakang si pemakai. Tidak berasa berat dan selesa.
Kami tak cadangkan Hipseat. Bukan jenis ergonomik.
Tapi, tapi dan tapi. Bukan boleh terus pakaikan pun. Berat bayi wajib mencapai 3.5 kg baru boleh nak gendong. Berat Niqrisa waktu SSC tu sampai baru 3.1 kg. Bila berat dah capai, masalah taknak duduk dalam tu pulak. Menangis dan menggelepar tak berhenti-henti. Waktu tu rasa macam membazirnya… Bila baca status FB Asmah Abd Rahman dan Deq Da mengenai pemakaian SSC kepada bayi, barulah belajar kaedahnya macam mana. Ini cara kami sebelum membiasakan Niqrisa dengan SSC.
- Bayi akan menangis dahulu ketika dipakaikan. Normal.
- Pakaikan SSC setiap hari pada bayi. Cuba dulu dengan tempoh 5 minit pusing dalam rumah. Kalau dah ok, cuba bawa keluar rumah pula.
- Pastikan bayi dalam keadaan kenyang, pampers kering dan mood baik.
- Keadaan sekeliling yang tidak terlalu bising untuk elakkan bayi rimas.
- Enjut-enjut sikit badan supaya bayi berasa seperti di dalam buai.
Jika anda lebih bersetuju dengan stroller berbanding carrier, berikan sebab kenapa. Berkongsi idea, cadangan dan pandangan ni dapat membuka minda buat kita semua. Jadilah ibu yang bijak buat anak-anak anda.
3 thoughts on “Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Entri aku sebelum ni yang bertajuk Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller berada di page pertama apabila membuat carian di google web. No.1 pulak tu. Seronok bukan sebab […]
[…] Baca tentang kebaikan menggunakan baby carrier di sini. […]
[…] Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller […]