TALK
Ini perkara yang dapat dikongsi selepas 10 bulan memakai baby carrier

Ini perkara yang dapat dikongsi selepas 10 bulan memakai baby carrier

Alhamdulillah. Entri aku sebelum ni yang bertajuk Baby carrier – Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller berada di page pertama apabila membuat carian di google web. No.1 pulak tu. Seronok bukan sebab entri tu telah menjadi popular. Tapi disebabkan ramai yang membaca dan dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Bila dah dapat sambutan tinggi macam ni, makin bersemangat pulak nak berkongsi pengalaman.

Kalau sebelum ni, aku cenderung menulis tentang pemilihan baby carrier yang ergonomik. Baby carrier bermaksud kendong bayi. Ada pelbagai jenis baby carrier ni. Boleh rujuk balik entri aku yang lama. Seperti yang sedia maklum, aku memilih baby carrier jenis soft structure carrier (SSC) berjenama Soul Anoona yang berharga RM650. Buatan dari India. Buat setakat ini, jenama ini tak pernah jumpa dijual di mana-mana kedai. Perlu dibeli terus daripada website Soul atau Malaysia retail seller. Kebetulan aku nak beli tu ada la selai je. Kalau tak, jenuh jugak menunggu sebulan baru sampai dari India.

Sejak Niqrisa dalam kandungan lagi aku dah survey ssc ni. Aku memilih jenama Soul Anoona disebabkan material yang mampu menampung cuaca panas Malaysia. Jenama ini juga diakui ergonomik dan mendapat feedback positif daripada ramai pengguna. Harganya juga berpatutan dengan bajet aku dan rekabentuknya lawa. So, aku grab selepas beberapa minggu Niqrisa dilahirkan.

Niqrisa dah mula masuk ssc ni sejak berusia 30 hari. Tak sampai seminit dah menangis. Aku pun terus pecat sebab bayi ni kalau menangis raungnnya macam kena dera. Esoknya cuba lagi. Seminit juga. Seminggu jugak barulah mampu bertahan 5 minit. Aku yang tak kenal putus asa ni cuba dan cuba lagi sehinggalah boleh bertahan dan tertidur selama 30 minit. Waktu tu dah sebulan lebih. Fuh!

Takkan la selamanya aku nak pusing dalam rumah je kan. Aku pun buat plan dengan suami ke Cameron Highland ketika Niqrisa berusia 2 bulan 3 minggu. Di sana, kami tewas. Melekat 10 minit je. Mengamuk je memanjang. Mungkin tak biasa dengan keadaan luar yang bising yang berbeza daripada rumah. Takpe dik. Ibu faham. Semua ni susah nak di adapt buat dia.

And quest what, masuk je umur 3 bulan, Niqrisa dah dapat adapt dengan jayanya. Bukan setakat sejam, 3 jam pun dia dah mampu tidur dalam ssc tu. Yang penting kena sabar dan usaha berterusan. Yakinlah dengan pelaburan ssc ini sangat berbaloi. So, apa yang aku target lepas Niqrisa dah redha masuk dalam ssc ni?

1. TRAVEL

Ini tujuan sebenar aku. Aku aim memudahkan sewaktu travel dekat dan jauh. Sebagaimana sedia maklum, aku sekeluarga gila keluar jalan-jalan. Walaupun tak la sekerap orang lain, tapi latihan amat diperlukan agar semuanya smooth sewaktu sepanjang tempoh berjalan.

  • Niqrisa tidak perlu ditolak. Dikendong rapat di bahagian depan.
  • Dalam waktu yang sama, aku boleh menggendong beg sandang di belakang.
  • Tangan aku free! Boleh nak pegang tiket, nak capai minuman dan cubit anak yang nakal. Hihi
  • Lebih ringan, memudahkan, boleh dilipat sebesar beg 5 liter je.
  • Nak naik turun tangga pun mudah. Takde la nak menunggu depan lif.
  • Aku mampu berkejaran di dalam airport. Kah!
  • Kalau pakai stroller, banyak tempat yang terhad untuk dilalui. Contohnya di lorong sempit atau kawasan sesak.
Cebu, Filipina Disember 2018
Mount Bromo, Surabaya Mac 2019

2. HIKING

Nak travel ni badan kena fit. Bila dah fit, automatik badan menjadi sihat. Jadi, aku dan suami memilih hiking sebagai aktiviti riadah keluarga di hujung minggu tertentu. Ssc ni banyak membantu aku sewaktu hiking.

  • Baby carrier sebagai safety kepada bayi sewaktu hiking. Bagi yang dah berumur 2 tahun dan ke atas, sebaiknya pakai child carrier.
  • Niqrisa lebih suka layan tidur semasa memanjat bukit. Jadi, kami tak perlu risau dia akan mengamuk sewaktu mendaki.
  • Aku pernah guna stroller tolak ke atas. Akhirnya Niqrisa mintak nak dukung. Stroller tu tempat letak beg dan botol air je.
Bukit Kuang, Terengganu

3. SHOPPING

Aku ni just masuk Giant je pun. Ssc wajib dipakai. Sebab Niqrisa konpem akan baik, diam dan tidur. Takde la lenguh tangan sepanjang membeli-belah. Terus-terang cakap, kalau takde ssc ni memang aku akan mintak laki aku pusing balik untuk amik bawak bersama ke mall. Walau ke pasar malam sekali pun aku tetap nak ssc. Stroller tu buat simpan bawah tangga jela.
Baby carrier sangat penting buat aku.

Membeli-belah di pasaraya

Pun begitu, aku ada masalah dengan memakai ssc ni. Semakin hari Niqrisa semakin berat. Aku yang ada masalah kesihatan berkaitan saraf membuatkan aku tak mampu menggendong dalam tempoh yang lama. Sakit yang seperti mengandung hari tu akan datang kembali (aku tak pernah cerita) Hanya mampu kendong tak lebih tempoh 30 minit. Suami akan amik giliran untuk mengantikan aku. Sedih jugak sebab aku sangat suka ber babywearing. Alhamdulillah, suami menyokong aku. Scc tu tidak disia-siakan.

Buat ibu bapa yang masih dalam dua nak pakai baby carrier atau tidak, aku cadangkan sewa dulu. Anda boleh masuk FB page Malaysian Babywearers FSOT and Rental. Jika anda inginkan maklumat terlebih dahulu, boleh join FB page Malaysian Babywearers.

Bagi pendapat aku, baby carrier ni sangat berbaloi. Alah membeli, menang memakai. Kalau rasa tak sesuai, anda boleh jual sebagai preloved. Baby carrier yang berjenama masih lekat harga. Yang aku punya ni kalau jual ada yang sanggup bayar RM500-550. Tapi aku sayang. Target nak pakai sampai umur 4 tahun. Itupun kalau masih larat. InsyaAllah. Kalau tak, memang terpaksa let go.

Ibu bapa, mohon bijak membuat pilihan. Letakkan perkara yang paling utama. Usah tengok orang lain sebagai senarai pilihan kita. Murah tidak semestinya bagus. Mahal tidak semestinya selesa. Buat yang terbaik untuk diri sendiri. Demi keselesaan anak dan duit poket yang bakal dikeluarkan.

:: HAPPY BABYWEARING ::

27 thoughts on “Ini perkara yang dapat dikongsi selepas 10 bulan memakai baby carrier

Leave a Reply