
Ketahui persediaan bayi sebelum keluar negara
Aku fokuskan kepada bayi. Sebab anak-anak yang dah masuk sekolah ni biasanya dah behave. Ugut sikit dah mendengar kata. Bagi bayi pulak, dia langsung tak tahu apa-apa. Kita penat ke, marah ke, muka dia buat dono je. Yang bayi tahu, sampai waktu lapar nak susu, bila dah mengantuk nak tidur. Kalau dah yak-yak, mintak kita cepat-cepat bersihkan. Semua ni akan menjuruskan ibu bapa berasa serabut dan penyebab memilih untuk tidak melancong jauh. Sekadar bercuti dekat-dekat je.
Ada ramai yang bercerita kat aku bila ada anak kecil, terutamanya bayi agak melecehkan. Siap dah nampak masa depan aku lagi, “Engko, bila ada bayi nanti memang takkan dapat fly mana-mana dah.” Sambil gelak jahat lagi weh…. Tup-tup aku fly jugak kali pertama dengan Niqrisa pada Disember 2018 selama 9 hari ke Manila dan Cebu, Filipina. Waktu tu Niqrisa baru berusia 5 bulan setengah.
“Eleh, anak ko baik memang la mudah nak jalan ke mana pun.” Kata mereka lagi. Well makcik bawang, ada tips sebenarnya. Nak tau sila baca, taknak tau duk diam-diam. Kunci pintu biar rapat dan sila mereput je dalam rumah. Hihi
1. CUBA KAT SHOPPING MALL
Takyah jauh Cik Kiah. Masuk je mall dulu pusing sejam dua. Secara tak langsung, ibu bapa dapat belajar menangani situasi ketika menukar lampin, menyusukan dan menidurkan bayi ketika berada di khalayak ramai. Cuba mengawal karenah bayi anda sewaktu berada di kedai makan. Itu pun antara yang menguji kemampuan anda sebagai ibu bapa.
2. HOLIDAY DEKAT-DEKAT
Pilih satu destinasi dekat seperti ke pulau atau ke mana-mana tempat percutian di dalam Malaysia. Tak perlu terlalu jauh. Cukup perjalanan lebih 2 marhalah je dulu. Mampu atau tak kita nak tangani masalah sepanjang percutian. Waktu ini kita belajar nak pack barang keperluan semasa travel dan pelbagai drama yang bakal dilihat sewaktu perjalanan. Banyak kali anda keluar bercuti, maka semakin banyak pengalaman diperolehi. Memadai dua hari 1 malam je. Belajarlah daripada pengalaman.
3. STAMINA
Para ibu bapa sekalian. Kita nak bawa satu manusia yang sangat lemah dalam serba serbi. Tak mampu berjalan, tak mampu bawa barang sendiri, tak mampu membantu kita pun. Semua kita yang perlu uruskan. Jadi, ibu bapa perlu fit kan badan. Stamina kena umphh. Barulah anda tak cepat penat dan tak mengah.

4. RESEARCH
Banyakkan pembacaan. Tak kiralah media mana sekalipun, bacalah. Korek ilmu sebanyak mungkin. Ada orang selesa dengan buku. Ada orang nak tengok dan dengar sekali. Dicadangkan tengok youtube. Banyak jugak komen kat situ. Tu pun salah satu pembacaan. Blog pun apa kurangnya. Pelbagai pengalaman travel ibu bapa dan bayi telah dikongsi di mana-mana laman sesawang. Google je. Tak perlu cedok sepenuhnya. Ambil cerita sebagai panduan.
5. KENALI ANAK SENDIRI
Dah nama pun anak, kan. Mestilah kita kenal. Tapi, adakah kita betul-betul kenal perangai anak kita tu? Bila waktu tidur? Makan berapa kali sehari? Berapa sukatan sekali makan? Tahukah bagaimana nak pujuk anak kalau mengamuk? Semua ni nampak remeh kan. Soalan inilah yang akan membantu ibu bapa sewaktu travel nanti. Semua ini akan memudahkan perjalanan.
6. GAJET
Gajet kami seperti mainan, bekas makanan, beg barangan bayi dan baby carrier sangat diperlukan. Mainan cukup bawa satu je. Takyah bawa penuh satu beg. Bawa yang betul-betul yang boleh menarik perhatian sahaja. Bekas makanan ni seeloknya bawa. Bekas di kedai makan kebiasaannya tidak mesra bayi. Baby carrier perkara paling wajib. Tak lenguh tangan nak mendukung. Tak suka stroller sebab besar dan berat.


Baca tentang kebaikan menggunakan baby carrier di sini.
Baca panduan travel bersama bayi di sini.
Kawan ramai yang tegur, mudah je bawa baby jalan-jalan. Baik betul baby dia. Bukan 100% elok tau. Ada masa mengamuk jugak. Tetap buat peel. Baby di usia itu. Nak jangka apa sangat. Cuma, bila kita ada persediaan dan membuat persiapan, insyaAllah, sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan. Kami pun masih belajar. Kami kongsikan apa yang telah alami bersama bayi sendiri. Kalau anda juga telah merasai pengalaman travel bersama bayi, komen di bawah. Berkongsi membawa kebaikan.
TRAVEL LAGI SYOK BERSAMA KELUARGA