
Baby colic atau sawan tangis?
Semua ni kami rasai dalam tempoh berpantang. Kata orang, lepas habis tempoh 40 hari baik la bayi tu. Eh, tak! Tertanya-tanya juga kenapa menangis tak berhenti. Panik bila melihat sampai saat nafas ditahan sehingga muka kebiruan. Takut la ada sakit tapi tak pandai bagitahu. Cek dengan doktor, takde pun. Katanya normal. Tak normal bagi kami apabila terpaksa hadap macam ni. Jumpa dengan ustaz. Merapu weh… Dah macam penunggang agama pula. Air zafran yang dibawa dari Turki dan telah dibacakan ayat 30 juzuk. Berbotol diberi kepada bayi. Kami cuba persoalkan. Diceliknya mata ustaz tu kepada kami. Macam tahu kami tidak setuju akan perbuatannya. Aduh… Dah macam air gula klinik kesihatan kami tengok. Manis dan likat. Sebotol disuruh bayi kami habiskan. Bayi sebelum ni sampai tersedak-sedak. Sempat juga aku tengok maknya pegang 3 botol. Gila. Gila-gila pun, melayang RM50. Haha… 1st and last. Kami nekad, hadap jela raungan bayi kami ni sehingga berhenti sendiri.
Bahaya tau stress ni. Kalau ibu dalam pantang ni boleh bawa ke meroyan. Bapa yang tidak boleh sabar akan mengoyangkan bayi berulang kali supaya senyap. Semua akibat tu akan mencederakan bayi. Naunzubillah… Oleh itu, kerjasama antara pasangan sangat penting. Alhamdulillah… Kami dapat bersabar dan saling memahami.
Apa-apa pun, our baby dah back to normal. Nak bawak jalan-jalan mudah. Nak uruskan dia pun senang. Kami sekarang fokus untuk membesarkannya sebaik mungkin. Jadi, buat ibu bapa semua yang mempunyai masalah seperti kami, satu je boleh cakap, sabar. Sawan tangis berhenti dengan sendirinya. Tak perlu rawatan. Tempoh berhenti macam-macam. Apa yang kami tahu, sehingga berusia 6 bulan. Mungkin tempoh itu merupakan tempoh tu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau pandai muhasabah diri la. Kalau tak, boleh jadi bala dalam hubungan. Tolong saling memahami!
2 thoughts on “Baby colic atau sawan tangis?”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] merupakan baby colic. Bagi yang pertama kali baru mendengar panggilan baby colic sila klik entri Baby colic atau sawan tangis? yang pernah aku tulis sebelum […]
assalammualaikum, bayi cik start habis colic umur berapa ya, anak saya pun menunjukkan symptom yang sama, skrg dah nak masuk 2 bulan. lagi 5 hari, terima kasih cik share info mcm ni.