
MENJAWAB PERTANYAAN ANDA BERKAITAN TRIP KE ACEH
- Kenapa Aceh?
- Apa best kat sana?
- Pegi backpacker ke pakej?
- Boleh percaya ke orang sana?
- Berapa kos kesemuanya? ?
- Kami mempelajari budaya orang sana. Tak kenal, maka tak cinta. Kehidupan seharian mereka tidak ubah dengan kita. Cara pemakaian pun sama. Mereka amat bersopan dan beradab. Nama penduduk Aceh tidak sama dengan kebanyakan rakyat Indonesia yang lain. Nama mereka lebih kurang nama di Malaysia.
- Kesan bencana tsunami dijadikan sebagai tempat tarikan pelancongan. Ramai pengunjung dalam dan luar negara datang melihat kesan tinggalannya. Setiap tempat yang kami kunjungi akan ditemukan dengan mangsa tsunami. Mereka akan menceritakan saat cemas yang berlaku pada waktu itu. Kami terdiam mendengar kisah tragis yang disampaikan oleh mereka.
- Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Kami snorkeling di Pulau Sabang, melihat sunset di Pantai Lampuuk, mandi-manda di Air Terjun Suhom, membeli cenderahati di Banda Aceh dan melawat masjid-masjid yang masih utuh berdiri selepas 12 tahun dilanda tsunami.
- Makan pula macam mana? Mereka akan menghidangkan pelbagai lauk di atas meja. Bayar untuk yang telah dimakan sahaja. Lauk yang tidak diusik tidak perlu dibayar. Air basuh tangan akan siap-siap ada di atas meja untuk setiap pelanggan. Pada awalnya, kami ingatkan itu adalah sup kosong. Nasi merupakan makanan lengkap buat mereka bagi setiap waktu. Jika anda menempah sate, maka hidangan dengan nasi putih. Bukan nasi impit. Tidak lupa, air paling utama adalah Kopi O.
- Buat tempahan penginapan sendiri melalui laman Booking.com, Agoda atau Trivago. Menginaplah di tempat yang tidak jauh dari destinasi yang ingin dituju bagi menjimatkan masa perjalanan. Selepas menempah, jangan lupa membawa segala dokumen ke sana.
- Ya, kali ini kami menggunakan khidmat supir. Perjalanan kami kali ini melibatkan umi yang berusia 62 tahun. Untuk sampai ke setiap destinasi boleh dikatakan jauh dan mungkin memakan masa. Kami membayar upah RM780 sebagai pemandu, sewa kereta, minyak dan tiket parking selama empat hari.
- Di Banda Aceh, Fauzan Ihsan (+6281269555408)
- Di Pulau Sabang, Bang Alak (001361245001)
- Snorkeling Pulau Rumbir, Haikal Sandy (085271705979)
Bot kaca = 350k rupiah
- Bawa adapter. Plag Malaysia tidak sama di Indonesia. Kami terpaksa beli adapter di pasaraya sana.
- Tidak perlu membeli simkad atau melanggan internet kerana wifi banyak. Selalunya di kedai makan mesti ada.
- Sila sediakan wang rupiah semasa melawat masjid dan tempat kesan tsunami untuk menderma.
- Kawasan larangan merokok sebenarnya hanyalah sekadar papan tanda sahaja. Mereka merokok di mana-mana sahaja termasuklah di tempat ber air-cond.
- Cakap sahaja Bahasa Melayu. Mereka faham dan berusaha untuk bercakap mengikuti dialek kita.
- Jika ada masalah, hanya ceritakan kepada mereka. Mereka akan membantu sedaya-upaya sehingga masalah kita selesai.
Pulau Sabang. Orang sana panggil Pulau Weh. Mana-mana pun sama. Kami bermalam di Casanemo. Rugi menyewa semalaman sahaja. Bilik kami berada di puncak bukit. Buka langsir akan terus nampak pemandangan laut yang menyegarkan.
Kami menyewa full set alatan snorkeling. Kalau rabun, boleh sewa gogel yang ada power. Baru clear nak tengok ikan kan.
Tidak lupa umi dan adik. Trip kali ini, mereka teruja untuk turut bersama.
Kami tiba di Pulau Rumbia untuk snorkeling.
Pemandangan di dalam laut di kelilingi dengan ikan-ikan. Sila bawa bersama action cam untuk mendapatkan kenangan seperti ini. Guide tidak akan sediakan kelengkapan kamera kepada pelanggan. Guide akan sentiasa bersama kita sebagai penjagaan keselamatan.
Inilah orang yang pandai mengambil gambar di dalam air. Haikal berasal daripada Sumatera. Menetap di pulau ini dan bekerja sebagai tour guide. Sangat ohsem!
Bang Alak bertanggungjawab terhadap kami sepanjang berada di Pulau Sabang. Pengalaman dirinya semasa peristiwa GAM dan menjadi pekerja asing di Malaysia. Kisah perkongsian yang sangat menarik.
Masjid yang pertama menerima rempuhan gelombang tsunami. Keadaan yang sama dengan masjid lain, masjid ini juga masih kekal teguh binaannya.
Bang Hadi merupakan salah seorang mangsa tsunami yang terperangkap di Masjid Baiturrahim. Mendengar pengalamannya semasa bencana berlaku, menimbulkan keinsafan buat kami. Sebelum ini, beliau seorang yang mengejar urusan duniawi semata-mata. Semenjak peristiwa tsunami yang menimpa dirinya, beliau telah bertaubat dan nekad untuk menjadi penjaga masjid ini. Sultan Brunei telah menyuarakan hasrat untuk membina semula dan ingin memperbaharui masjid ini. Namun ditolak baik oleh Bang Hadi kerana sumbangan orang ramai yang telah meninggal kepada masjid ini amat bermakna. Bang Hadi tidak sanggup memutuskan pahala orang yang sudah meninggal walaupun dengan menggantikan sekeping jubin.
Kapal apung PLTD yang berada di pelabuhan telah dibawa arus tsunami. Kini, kapal 2.600 ton ini berada di tengah Banda Aceh dan tidak berganjak lagi semenjak 12 tahun yang lalu. Kapal ini dijadikan muzium tsunami. Bergambar bersama Fauzan. Supir yang bertanggungjawab sepanjang kami berada di Aceh. Flexible dengan perubahan jadual aktiviti.
Muzium di dalam Kapal PLTD. Masuk adalah percuma. Segala maklumat berkaitan tsunami ada di sini. Anda tidak akan bosan dengan bahan yang disediakan.
Pelajar sekolah keluar makan semasa rehat pagi. Kantin sekolah tidak dapat memuatkan kesemua pelajar dalam satu masa. Kerana itulah pelajar-pelajar ini keluar makan di kedai luar. Murah dan berpatutan.
Kapal atas rumah berada di Lampulo. Rumah ini milik orang kaya. Semasa kejadian, seisi rumah melarikan diri dengan menaiki kereta dan mati. Orang kampung yang lari daripada arah bertentangan memasuki rumah ini dan bersembunyi. Tiba-tiba, terdengar bunyi hentakan kuat dan kapal seberat 20 ton ini tersadai di atas rumah. Seramai 59 penduduk menyelamatkan diri memanjat ke atas kapal dan akhirnya mereka selamat daripada bencana tsunami ini. Gambar atas selepas 12 tahun. Gambar bawah selepas berlakunya tsunami.
Salah seorang penduduk yang bertahan di atas kapal sehingga air surut. Semasa turun daripada kapal terdapat banyak longgokan mayat di serata tempat sehinggakan tiada ruang untuk dipijak.
Kubah seberat 80 ton ini merupakan sebahagian daripada masjid yang berada di Kampung Lamteungoh, Aceh Besar. Terdapat tujuh penduduk yang selamat berada di atas kubah ini dan dibawa arus tsunami sehingga ke Kampung Gurah.
Menjelang senja di Pantai Lampuuk, Lhoknga. Di sini ada deretan kedai makan. Anda boleh menikmati makan malam sambil melihat pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan.
WONDERFUL INDONESIA
2 thoughts on “MENJAWAB PERTANYAAN ANDA BERKAITAN TRIP KE ACEH”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 – 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
Asslamualaikum Tuan/Puan.
Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Our motto : We serve you with heart
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )