DIY Paper Bag

Kaedah menyediakan apron menggunakan paper bag. 
Bukan mudah hendak memenuhi permintaan puteri Naura. Sudahlah minta apron bila dah pulang daripada kerja, minta pula yang comel-comel. Mana nak cari? Of course di Youtube. Banyak tutorial DIY (Do It Yourself) di sana. Banyak channel kita boleh buka. Bagi yang tidak tahu hendak cari di mana, di sini pun boleh. Kaedah ini disertakan dengan gambarajah. Jangan risau. Semudah ABC!

Cari punya cari, tak jumpa pun paper bag. Yang ada hanyalah beg konvo tahun 2015. Belasah jelah. Lagi berkualiti bahan kain berbanding kertas. Murid tahun satu ni lasak bila bekerja. Lebih-lebih lagi kerja berseni. 

Bahan dan alatan.
  1. Gunting
  2. Marker pen
  3. Jarum
  4. Benang
  5. Butang/Kancing

Langkah 1
  • Guntingkan kedua-dua muka beg. Pisahkan depan dan belakang.
  • Lipat di kedua bucu kira dan kanan agar menjadi tiga segi. Untuk selesakan ketiak anak anda.
  • Pastikan muka taip menjadi bahagian dalam.
Langkah 2
  • Ukur saiz labuh apron mengikut ketinggian anak. Potong jika terlalu labuh. Cantumkan menggunakan velcro tape. (Ada dijual di Daiso)
  • Jahitan lebihan basi yang ditetas tadi dicantumkan di bahagian tepi. Ikut ketinggian anak anda. Letakkan kancing sebagai hiasan.
  • Jahitan di bahagian kedua-dua bucu secara automatik menjadi hiasan.
  • Kancing / butang adalah hiasan semata-mata. Nampak lebih menarik dan terserlah kecomelan anak anda memakai apron
  • Untuk meningkatkan lagi kecomelan tuan puteri anda, Lukiskan apa-apa di bahagian tengah apron.
  • Naura minta nak poket. Jadi tambah satu di bahagian tengah. 
  • Tulis nama anak anda supaya murid lain dengki melihatnya. Haha 😊

Inilah hasil yang sangat memuaskan hati. Walaupun tidak secantik di kedai, tapi sangat bernilai. Kenapa? Mana ada kedai jual yang sama macam yang ini kan? Satu-satunya yang wujud di dunia ini. Siapa yang bertuah? Mestilah Naura kan…!

Ramai yang menyukainya. Senang sahaja. Duk rumah pun boleh buat apron. Tidak perlu buang masa keluar membeli. Jimat pun jimat. Ini namanya projek menyelamatkan bumi. Recycle balik apa yang ada. Inilah kuasa DIY. Just Do It Yourself.
SELAMAT MENCUBA!
🐰



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *