ke luar negara
Tips wajib tahu sebelum ke luar negara
Persiapan ke luar negara sama sahaja persiapan kita semasa ingin menyertai lawatan sekolah. Sebelum kita ke mana-mana, perkara yang perlu dilakukan mesti disenaraikan. Seterusnya, senarai yang telah dibuat wajib dilaksanakan bagi memastikan perjalanan kita di luar negara berjalan dengan lancar. Takdelah kita akan panik atau kelam-kabut apabila ditimpa masalah.
Kami sentiasa buat persediaan awal selama berbulan lamanya. Perlu fikirkan kemungkinan perkara negatif yang bakal berlaku. Perkara negatif bukan bermaksud berdoa mengharapkan sesuatu yang buruk. Cuma berfikir selangkah awal daripada hal yang tidak sepatutnya menjadi realiti kepada kita. Baik, di sini, kami membuat senarai berdasarkan pengalaman sendiri.
1) Semak tempoh tamat passport
Rata-rata yang dah beli tiket flight ni, bukan main gembira sehinggakan lupa nak cek tamat tempoh passport. Jangan sampai dah berada di airport dan passport dah nak cop baru tahu tempoh dah nak abis. Kang tak pasal-pasal terpaksa bersusah-payah daripada airport ke imigresen untuk renewel passport. Yang tu ok lagi. Kalau burn tiket sebab flight dah berlalu? Tak ke berhuhu la kamu di hadapan tingkap memandang sambil melambai-lambai ke arah kapal terbang…
2) Upload dokumen penting di cloud
Dokumen penting tu yang mana satu? Apa tu cloud? Mungkin yang ni leceh sikit. Sebab banyak langkah kena buat. Pertama sekali, anda perlu scan segala perkara penting seperti:
- No. Kad Pengenalan
- Passport
- Itinerary
- Tiket Penerbangan
- Booking Hotel
- Insuran
- Nombor telefon orang yang penting
Kan dah bawa bersama. Betul. Kita memang kena bawa bersama kita dan disimpan di dalam beg. Namun, kemungkinan dokumen tersebut hilang pun boleh jadi juga. Mana lagi nak cekau kalau bukan di internet kan. Sila upload di mana-mana cloud pun tak ada masalah. Kami biasa di google drive. Buat folder siap-siap. Letak nama negara yang dilawati untuk memudahkan pencarian.
3) Sediakan buku nota
Bab ni paling suka. Memang cantik tersusun buku nota kami penuh diisikan dengan pelbagai maklumat. Permulaan buku kami masukkan biodata setiap ahli yang pergi. Jangan lupa letak itinerary, waktu solat, jadual tren, map dan segala info yang tidak memerlukan kita buka phone. Memang tiada masalah kalau save di phone, tapi, takkan nak on sentiasa phone tu. Rasanya lebih baik jimatkan bateri dengan mengambil gambar dan video. Buku nota ini juga memudahkan kita mencatat. Sayangkan kalau ke tempat orang tetapi tiada catatan dibuat. Catatan sewaktu berada di sana juga merupakan sumber rujukan yang berguna.
4) Insurans
“Alah… Kena amik ke insuran?” Ya. Usah mengeluh. Isu keselamatan kita semasa di luar negara amatlah penting. Kot kita ditimpa musibah macam mana? Masuk hospital, kena rompak, kemalangan, flight tertinggal dan macam-macam lagi. Insuran akan membantu kita melindungi hak-hak yang sepatutnya dimiliki selepas ditimpa sebarang masalah apabila di luar negara. Kami bukan ajen insuran atau mempromosi mana-mana skim. Tetapi kami berbincang atas dasar risiko.
5) Kenali negara yang akan dikunjungi
Sememangnya kita akan ketahui negara yang dikunjungi. Namun, tidak bagus kiranya kita ke sana tanpa ketahui apa yang menarik di sana. Buat rujukan tentang perkara menarik yang boleh dilakukan, mana tempat yang boleh dikunjungi dan perkara yang dilarang dibuat. Hal-hal ini akan menjadikan kita peka dengan negara bakal dikunjungi. Keadaan ini akan menyebabkan kita tidak ralat berada di negara orang. Jika kita dapat mengetahui beberapa perkataan atau ayat mudah lagi baik. Rakyat akan berasa kita seorang yang ramah. Barulah senang nak tanya mereka jika sesat kan.
Penuhkan beg pakaian dengan makanan. Menyesal kami ke Jepun tanpa membawa makanan yang banyak daripada Malaysia. Bukan sebab tiada makanan di sana. Tetapi sayangnya dengan perbelanjaan makan. Bawa makanan sendiri lebih jimat. Kami cadangkan anda membawa cokelat sebagai tenaga, air milo paket 3 in 1, serunding, paket Brahim dan megi. Memang inilah makanan terbaik kami di mana-mana.
7) Pakaian
Jika anda bukan jenis OOTD (Outfit of that day) yang vogue sentiasa, maka pakaian yang banyak diperlukan. Kami ni lebih suka minimumkan pakaian. Baju sama berulang kali pun tiada masalah. Yang penting bersih. Untung kalau sewa apartment yang ada mesin basuh. Boleh basuh dan ulang pakai. Jimat membawa pakaian amatlah digalakkan. Rugi beli berat beg. Duit tu boleh membawa kita pergi ke destinasi yang lebih jauh.
8) Beg
Backpack atau beg tarik? Dua-dua tiada masalah. Tanya sahaja kepada tuan empunya diri. Mana yang selesa, itu yang disediakan. Jangan ikut trend orang lain. Orang lain pakai backpack, anda pun beriya-iya membeli. Alih-alih, beg tarik tu juga yang dibawa. Keselesaan hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.
9) Ubat-ubatan
Bawalah ubat-ubatan daripada Malaysia. Kalau sakit di sana, sekurang-kurangnya bekalan ubat sudah tersedia. Kita tidak tahu bagaimana prosedur membeli ubat di sana dan di mana boleh dibeli. Kami berpengalaman ketiadaan ubat semasa di luar negara. Azab mencari kedai satu hal. Urus niaga membeli ubat pun menjadi masalah.
10) Toiletry
Jaga kebersihan diri semasa berada di negara orang. Bawalah kelengkapan yang ringkas. Kecilkan kuantiti sabun, syampu dan ubat gigi. Bawa yang travel kit sahaja. Ini akan meringankan berat dalam beg. Travel kit banyak dijual di Daiso dan Kaison. Di youtube pun ada menunjukkan tutorial penyediaan kelengkapan sanitari ini.
11) Plag
Setiap negara mempunyai pin plag yang berbeza. Buat research tentang pin plag negara yang akan dikunjungi. Kami cadangkan, belilah sahaja plag universal. Memang mahal, tapi sangat berbaloi jika anda sentiasa ke luar negara.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu anda keluar negara dalam keadaan bersedia. Merancang lebih baik daripada memperjudikan diri. Namun, walaupun kita sudah buat perancangan yang rapi, perancangan kadang-kala akan berubah. Kenapa? Kerana Allah swt adalah sebaik-baik perancangan.
nhazlafikri
0