Tokoh Guru Daerah Kemaman 2017

Baru-baru ini, semua guru daerah Kemaman dijemput menghadiri majlis sambutan di Sekolah Imtiaz terletak di Kijal, Terengganu. Untuk tahun ini, majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran Dato’ Sri Ahmad Shabery Chik, iaitu Menteri Pertanian Malaysia. Kami dihidangkan dengan lebih 30 gerai makanan dan semuanya adalah percuma.

Kami dihadiahi dengan sepasang kain bagi setiap guru daerah Kemaman. Berbezanya tahun ini, staf sekolah juga dijemput bersama dan hadiah juga dberi sama rata dengan guru.
Apa yang penting, kami turut terlibat menyediakan video Tokoh Guru Kemaman 2017. Tahniah diucapkan kepada Pn. Hajah Rabiah binti Samad. Beliau adalah mantan pegawa PPD sejak 5 tahun lepas. 
Kami sertakan video tokoh guru yang disunting dengan menggunakan software Sony Vegas 10.0. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyiapkan video ini. 

Kami sentiasa terlibat dengan pembikinan video tokoh guru ini semenjak dari 2012 lagi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *