TRAVEL
Permohonan Visa Ke China

Permohonan Visa Ke China

Permohonan visa kami ke China telah pun berjaya! Wow, tahniah buat kami sekeluarga! Maka, akan terbanglah kami ke sana pada cuti sekolah bulan Disember nanti. Persoalannya, apa itu visa?

Kebiasaan kita tahu, kita memerlukan passport untuk ke luar negara. Passport merupakan pengenalan diri dari sesebuah negara. Tak ubah seperti kad pengenalan. Kulit buku passport bagi negara Malaysia adalah bewarna merah. Selain merah, ada juga kulit buku bewarna biru, hijau dan hitam. Warna tidak memberi apa-apa maksud istimewa. Setiap negara mempunyai pilihan sendiri untuk memilih.  Tanpa passport, kita tidak dibenarkan memasuki mana-mana negara. Pergi buat passport dulu baru boleh jalan-jalan!
Apa pula visa? Visa pula adalah kebenaran untuk memasuki negara tersebut. Bukan semua negara memerlukan visa. Contoh negara yang memerlukan visa iaitu China, India, Amerika, Rusia, Australia dan lain-lain. Harga visa tidak sama bagi setiap negara. Tempoh untuk menetap pun berbeza-beza. Jadi, sebelum ke sesebuah negara, kita perlu selidik dahulu sama ada visa diperlukan atau tidak. Jangan risau, Malaysia antara 10 negara mempunyai kuasa passport terhebat. Maksud hebat ialah banya negara yang tidak memerlukan visa. Antara negara bebas visa adalah Jepun, Indonesia, Mongolia, Negara-negara Eropah dan banyak lagi!
Cukuplah penerangan tentang perbezaan visa dan passport. Sekarang baru nak masuk cerita berkaitan tajuk di atas. Kami tempah dengan ajen untuk permohonan visa ni. Terpaksa kerana ada masalah. Kami telah memohon cuti pada bulan Ogos hari itu untuk ke Kuala Lumpur membuat visa. Ini kerana di semenanjung hanya ada di Kuala Lumpur dan Penang sahaja ada tempat buat visa ni.  Bukan di kedutaan China ya. Pergi dialamat,

Level 5 & 6, Hampshire Plaza Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur. 

Harga visa bagi ke China boleh tahan harganya. Bayaran permohonan visa telah meningkat bermula Julai 2017. 
Single Entry : RM104.20
Double Entry : RM124.20
Multiple Entries (6 bulan) : RM154.20
Multiple Entries (12 bulan) : RM194.20

Harga visa bagi ke China (Julai 2017)

Cara membuat permohonan visa.

1. Isi borang secara online. Atau muat turun dahulu dan kemudian isi.
2. Buat temujanji (kalau tak buat pun takpe. Pergi dan ambil nombor giliran)
3. Bawa dokumen sokongan :

  • Borang online yang telah dimuat turun.
  • Tempahan bilik penginapan.
  • Buku passport.
  • Tiket penerbangan.
  • 2 keping gambar ukuran yang dikehendaki.
  • Sijil kelahiran (Bagi kanak-kanak)
Ukuran saiz standard. Berlatar belakang warna putih.
Ini gambar passport yang kami punya.
Boleh diisi secara bertaip atau bertulis tangan. Lagi hebat, tulislah dalam tulisan Cina. Kalau boleh…

Walaupun kami tahu prosedur di atas, tapi kami tak lakukan sendiri permohonan tersebut kerana bila dibuat kira-kira kami banyak rugi masa dan wang. Kami tinggal jauh di Kemaman. Tempat permohonan visa ini terletak di Kuala Lumpur. Bila kira kos minyak, tol, makan dan penginapan, agak mahal. Lagipun, visa dapat diluluskan selepas 4 hari waktu bekerja. Takkan la kami nak tinggal di KL selama tempoh visa disiapkan. Boleh botak kepala. 

Untuk berjimat, kami mengupah ejen berlesen. Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Harga upah sekepala adalah RM150. Kami empat sekeluarga bermakna RM600. Bagi kami, itu dah okey. Walaupun rugi kerana tidak mempunyai pengalaman memohon sendiri, tapi tak apalah. Duit tol minyak semua tu boleh digunakan di China nanti. Boleh shoping kan, kan, kan? 

2 thoughts on “Permohonan Visa Ke China

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *