Percutian akhir tahun ke luar negara telah menjadi aktiviti rutin semenjak 3 tahun yang lepas. Kali ini kami merancang untuk ke Beijing, China. Perancangan ini dibuat rapi selama 7 bulan lamanya. Dapatkan tambang tiket murah dahulu, rancang dan kumpul duit. Tempoh yang lama membolehkan kami membuat persediaan dengan secukupnya.
Walaupun tanah besar China bukanlah dalam bucket list kami, tapi tak menjadi masalah untuk ke sana. Setiap tempat di dunia ini pasti ada daya tarikannya yang tersendiri. Pengalaman pun tak akan sama. Dengan perbezaan budaya, bahasa, makanan dan gaya hidup membuatkan kami tak sabar untuk berada di sana.
PERSEDIAAN SEBELUM KE BEIJING
1. SCAMMER
Melalui persediaan awal kami, kami banyak membaca dan menonton video amatur di youtube. Kebanyakan nasihat yang diberikan oleh pelancong yang telah ke sana adalah supaya berhati-hati dengan scammer. Scammer ini datang dari pelbagai cara. Jadi kami hanya perlu berhati-hati supaya tidak terlalu percaya dengan orang yang tiba-tiba datang menghampiri untuk memberi pertolongan, berpura-pura memberitahu yang mereka juga adalah pelancong sebagaimana anda, memberi tawaran perkhidmatan dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau nampak ada orang yang buat baik tanpa diminta, elakkan. Pandai-pandailah kelentong cakap tak faham ke, cakap Bahasa Melayu ke dengan dia atau terus lari.
2. SUBWAY
Subway merupakan antara perkhidmatan pengangkutan awam yang terbesar di China. Lebih-lebih lagi di Bandaraya Beijing. Kalau nak kata hafal, memang tak mungkin. Kami cuma kaji laluan tren ke destinasi yang kami pilih sahaja. Catat siap-siap laluan tren dan stesen yang akan pergi di dalam buku catatan kecil. Nak simpan dalam telefon pun boleh.
Sumber google : Peta subway Beijing.
3. KOMUNIKASI
Perlu diingatkan, mereka tak menggunakan bahasa Inggeris. Mereka hanya menggunakan bahasa Mandarin. Jadi, nama tempat, tanda halal maupun nama stesen, tulis di buku kecil dalam tulisan Cina. Bila dah sesat atau ingin bertanya nanti, tunjuk sahaja kepada orang tempatan. Ini juga dapat memudahkan orang tempatan memahami apa bantuan yang diperlukan oleh kita.
4. BARANGAN SAMPINGAN
Bawa plag bentuk negara sana. Nak cari di sana, buang masa. Sediakan juga makanan dari Malaysia. Ini untuk waktu tidak sempat mencari kedai makanan halal. Bawalah makanan yang mudah makan seperti biskut oat, cokelat Snickers, Maggie dan nasi keluaran Brahim. Semua ini makanan yang memberikan tenaga.
Penerbangan menggunakan Air Asia X membawa kami terbang selama 6 jam dan mendaratkan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 5.30 pagi dengan suhu -1॰C. Apa yang mengejutkan kami, bukan kerana suhu yang sangat sejuk. Tapi, kejadian yang berlaku sewaktu di dalam kapal terbang. Para penumpang diarahkan untuk tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing walaupun kapal terbang telah lama pun mendarat. Ada juga penumpang yang ingkar tapi ditegaskan juga untuk duduk. Kami juga hairan kerana kami sudah lama menunggu. Makluman seterusnya diberitahu pegawai polis akan masuk ke dalam kapal terbang. Isk, sampai macam tu sekali kawalan keselamatan terhadap penumpang. Tapi, yang peliknya, tiada seorang pun pegawai yang memakai baju polis. Mereka berpakaian sebagaimana orang biasa. Akhirnya kami dibenarkan keluar. Sempat juga kami menoleh kepada pegawai polis yang menunggu di tepi lorong. Tegas dan ketat muka mereka. Kenapa ya? Pertanyaan kami terjawab apabila mengetahui rupa-rupanya ada penjenayah di kalangan penumpang yang membawa dadah. Macam mana boleh terlepas dari lapangan terbang Malaysia? Yang ni, memang tak ada jawapan. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
TEMPAT PENGINAPAN
Kami menempah tempat penginapan sepenuhnya dengan menggunakan website Booking.com. Tempah dahulu, bayar kemudian. Nampak untung kan sebab tak tolak lagi duit kita. Tapi, ruginya tetap ada. Kami bayar menggunakan duit tukaran semasa. Sewaktu menempah, harga Hotel Beijing Hutong RM113. Ketika membayar pada hari berkenaan, harga hotel telah naik sehingga RM127. Bayaran pendahuluan pun terpaksa diberikan. Ada lagi cas 15% cukai tanpa diketahui. Macam kena tipu pun ada. Nak tak nak, terpaksalah bayar. Tak mungkin nak cari hotel lain pula. Lagipun, Booking.com tetap akan potong duit dalam akaun walaupun kami tak menginap. Nak batalkan tempahan? Tak ada masalah. Tapi perlu 2 hari sebelum hari menginap. Boleh dikatakan semua tempat penginapan kami dikenakan bayaran lebih daripada bajet asal. Rasanya, lebih baik menempah di Agoda atau Airbnb. Bayar terus semasa duit tukaran masih rendah.
Salah satu tempat penginapan yang dicadangkan. Dalam tripadvisor pun ada. Ramai pelancong luar negara menginap di sini.
MAKANAN HALAL
Makanan halal tak susah pun. Rakyat Cina yang tinggal di sana mempunyai ramai penganut yang beragama Islam. Jadi, tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal. Malah, boleh membuat pilihan makanan lagi. Cuma, kami perlu pandai mencari tanda halal yang ditulis dalam tulisan Cina. Cara yang mudah, kami cetak tanda halal dan tampal di dalam buku nota. Ketika mencari, keluarkan buku dan cari tanda halal berkenaan. Mula-mula, sukar juga. Lama-lama, kami dah biasa dengan simbol berkenaan. Anak kami yang sulung pun boleh hafal.
“Ibu, itu kedai makanan halal!”
“Hah, ini megi halal. Boleh makan ni bu.”
Tanda kedai yang menyediakan makanan halal.
Hebat budak-budak ni lagi daripada kami. Hehe. Kalau masuk ke kedai makanan halal, kami boleh melihat cara berpakaian orang Muslim. Bagi yang perempuan, mereka tidak bertudung. Mereka hanya memakai kopiah. Janggal bagi kita apabila melihatnya. Bagi lelaki pula, mereka sebagaimana muslim lain iaitu memakai kopiah.
Muslimah berkopiah. Janggal bagi kita, tidak bagi mereka.
Acap kali juga kami pergi ke Jalan Niujie. Di sana banyak kedai makanan halal. Hidangan makanan sana sangat sedap. Setiap kali melihat menu, hidangan daging kambing adalah menjadi keutamaan. Tak terungkap sedapnya. Hari-hari mengadap menu kambing. Daging kambing goreng kunyit, sup, goreng bersama sayur, masak kicap dan macam-macam lagi jenis masakan. Semuanya daging kambing. Rugilah tak makan kan.
Sup tulang rusuk kambing! Yummy. Siapa yang tak gemar selama ini pun akan tumpas apabila makan hanya dengan gigitan pertama.
Murah, sedap dan banyak. Kami sentiasa berkongsi 4 orang. Jimat kan.
Di convinience store juga ada menyediakan makanan halal. Tak usah risau kalau nak topup mi segera, biskut dan cokelat. Stok makanan kami dah habis bila dah masuk hari kedua di Beijing. Kami ramai. Makan pun banyaklah.
Ini merupakan pasaraya kecil bagi orang muslim di kawasan Niujie. Barangan yang dijual di dalam ini semuanya disahkan halal.
INTERNET
Kami buat tempahan awal di Recommend Traveller. Kami pick up pocket wifi di Level 1 KLIA2 berhadapan pintu arrival. Kami lebih suka menggunakan pocket wifi berbanding dengan simcard kerana lebih jimat dan boleh diguna lebih daripada seorang pengguna. Namun, tak banyak pun penggunaan internet di sana. Kami tidak terlalu bergantung kepada google map untuk mencari destinasi. Facebook dan Whatsapp pun banyak kali putus. Penggunaan data dihadkan hanya 1gb sahaja sehari.
Untuk pengetahuan, aplikasi sosial yang kita gunakan di Malaysia tidak dapat digunakan apabila berada di China melainkan install VPN (kami guna app Psiphone Pro). VPN ini akan membuka penggunaan seperti Facebook dan Whatsapp di sana. Ini kerana, kerajaan China tidak membenarkan Google, Facebook dan Whatsapp digunakan di negara mereka. Mereka telah menggantikan aplikasi WeChat atau dikenali Weixin di sana, dan beberapa aplikasi lain bagi menggantikan aplikasi yang dinyatakan tadi.
Kami perhatikan, setiap urusan jual beli sama ada barangan atau perkhidmatan banyak menggunakan WeChat. Mereka juga hanya perlu scan menggunakan kod QR. Tak perlu susah membawa tunai atau mencari atm mencucuk duit. Tapi, kami tidak tahu langsung kepenggunaan kod QR tu. Lagipun, bukan ada debit pun. Jadi, kami hanya gunakan pembayaran tunai sahaja.
SESAT
Perkara biasa kalau sesat apabila membuat perjalanan sendiri tanpa bantuan orang lain. Tersalah naik tren dan turun ke stesen lain, biasa. Berjalan kaki dengan yakin dan terus maju ke depan. Sebenarnya dah sesat, biasa. Naik turun tangga banyak kali di tempat yang sama akibat tersalah keluar ikut pintu, biasa. Kalau sesat, senyum. Jangan mengeluh, jangan marah. Semua ni akan spoil mood. Sentiasa anggap hal ini biasa bagi orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke Beijing. Sesat itulah yang menyeronokkan. Pujuk hati je ni.
Macam mana kami mencari jalan? Kami bergantung sepenuhnya dengan map yang ada di subway. Kalau dah confirm sesat, tanya. Biarpun komunikasi itik dan ayam. Susah? Terpaksalah. Dengan cara bertanya, kami dapat mengenali orang tempatan dengan lebih dekat lagi.
Ketika ini kami sedang sesat mencari bas bernombor 877. Ada pakcik yang cuba terangkan kepada kami. Tapi, kami tak faham. Walaupun sukar, kami tetap dibantu oleh orang tempatan sehingga ke stesen yang betul.
Orang sana baik hati. Mereka akan berusaha membantu kita sehingga berjaya. Yang sibuk berkejar nak pergi kerja, walau ditanya stesen bas, terus dibawa kami ke sana. Biarpun nampak dia asyik melihat jam. Mungkin dah lewat. Yang berjalan ke arah lain, bila ditanya, mereka akan terus membantu sehingga selesai dan barulah dia berpusing balik meneruskan perjalanannya. Itu yang seronok kalau sesat. Secara tak langsung, kami dapat mengenali mereka.
TEMPAT MENARIK
Disebabkan kami hanya datang sendiri, maka kami tidaklah tergopoh-gapah nak ke sesuatu tempat. Lebih banyak berjalan santai sahaja. Sehari hanya mampu pergi satu tempat sahaja. Lagipun, perjalanan kali ini tidak dijangka kerana membawa perut. Usia kandungan yang baru 2 bulan telah mengehadkan kami daripada berjalan terlalu jauh. Berjalan dengan kanak-kanak berusia 9 dan 7 tahun lagi ni. Perlu tahu akan kemampuan diri. Jangan memaksa. Tak ada apa yang perlu dikejarkan. Nikmati suasana sekeliling dengan tenang. Kalau penat berjalan, berhenti sahaja di mana-mana kedai makan. Boleh berehat sambil makan-makan, update status dan memperkemaskan perjalanan.
1. Masjid Niujie
Masjid ini merupakan masjid tertua di Beijing. Keluasan perkarangan masjid ini tidak besar. Hanya meliputi 6000 meter persegi. Solat Jumaat hanya diadakan di masjid ini sahaja. Disebabkan kami tiba pada hari Selasa, keadaan masjid agak sunyi. Kami sempat berkunjung dan bersolat di sini sebanyak 2 kali. Kami amat suka melihat senibina masjid yang banyak pengaruh Cina. Masjid ini ada kekuatan hasil seni kelainannya tersendiri.
Sebahagian bangunan di dalam perkarangan Masjid Niujie.
2. Tembok Besar China
Tak sah kalau tak pergi ke tembok paling panjang di dunia ni. Panjang tembok ini jika dibuat pencarian di laman sesawang, tidak ada yang memberikan jarak yang tepat. Apa yang pasti, tembok ini merupakan terpanjang dan juga adalah 7 benda ajaib dunia yang dibina oleh manusia. Kami ni pula hanya mampu mendaki tak sampai 500 meter. Haha. Jalannya ada yang bertangga dan ada yang mencuram. Sangat dinasihat supaya berhati-hati ketika mendaki. Gunakan susur tangan. Jika anda mengalami masalah kesihatan seperti mengandung atau sakit lutut, cukup dengan berada di bawah sudahlah. Naik boleh lagi. Sewaktu nak turun tu satu cabaran pula. Nasib baik kami buat keputusan yang betul dengan tidak mendaki terlalu jauh. Tapi, jika anda mampu, apa salahnya. Silakan. Naiklah lebih tinggi!
Tempat kami berdiri ini berdekatan dengan pintu masuk utama. Tak jauh pun kami mendaki. Kami tahu mengukur baju di badan sendiri.
Nak ke sana tak susah. Naik sahaja bas bernombor 877 di Deshengmen Station. Hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja dah tiba ke pintu Badaling. Salah satu pintu tembok yang terdekat dari Beijing selain Mutianyu. Tiket murah sahaja. Hanya 12 yuan sehala. Ketika kami sampai ke sana harga tiket untuk masuk Badaling Great Wall ialah 35 yuan untuk dewasa dan kanak-kanak 17.50 yuan. Harganya akan berubah mengikut bulan iaitu dari 1 April hingga ke 31 Oktober harganya 40 yuan. Manakala 1 November hingga ke 31 Mac hanya 35 yuan.
3. Wangfujing Snack Street
Seronok sangat sebab dapat melihat makanan yang dijual di lorong kecil. Keadaan di sini sangat meriah. Ramai pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke sini. Menu yang paling dicari adalah sate kala jengking. Bukan yang ni sahaja yang eksotik, ada lagi sate kumbang, sate belalang, donut ular dan macam-macam lagi. Ada gerai yang membenarkan untuk mengambil gambar dan ada gerai tak boleh. Jangan buat keras kepala nak juga mengambil gambar walaupun telah dilarang. Hormati keinginan daripada peniaga.
Ada juga gerai makanan halal yang dijual di sini. Ramai yang berkerumun sebab hanya ada dua gerai sahaja. Kami tak membeli pun. Tengok sahaja. Kami ada ternampak pelancong yang beragama Islam berebut makan sate kala jengking. Kami tak pasti boleh atau tidak. Tapi, setahu kami, kalau haiwan berbisa haram dimakan. Melainkan keadaan darurat. Wallahualam. Betulkan kami kalau salah.
Pengunjung tertarik untuk ke Wangfujing Snack Street kerana ingin melihat sate kala jengking. Banyak gerai yang menjual makanan eksotik seperti ini.
4. Hongqiao Pearl Market
Susah betul nak jumpa tempat ni. Sebab kami ni bukan kaki shopping. Yang ni tak ada dalam senarai pun. Kebetulan semasa di Masjid Niujie ada terjumpa dengan 2 orang gadis daripada Malaysia dan sama-sama sedang bercuti di Beijing. Mereka yang mencadangkan tempat ni kalau nak membeli-belah. Hongqiao Pearl Market ni juga adalah cadangan yang terdapat dalam majalah Air Asia.
Nasihat kami, apabila membeli, pastikan anda menawar 70-80 % daripada harga sebenar. Kami cuba je. Rupanya memang dapat. Tawar serendah yang mungkin. Kalau peniaga cakap “You are my lucky 1st customer.” Bolayan. Penipu. Itu adalah trick mereka untuk memancing pelanggan. Perlu bertegas semasa membuat urusan. Di sini tak usah risau tentang komunikasi. Mereka pandai berbahasa Inggeris. Siap boleh guna beberapa perkataan bahasa Melayu lagi. “Murah, murah.” Haha. Pandailah kau…
Terus terang cakap, kami kurang gemar ke sini. Kami tidak mahir bab tawar-menawar. Nampak sangat janggal. Maaf kepada sesiapa yang ada pasang niat nak mengirim barang. Kami terpaksa menolak. Huhu
Di sini ada menjual kain tudung, beg, jam, gajet dan macam-macam lagi. Kalau berhajat nak bawa balik buah tangan buat orang kampung, boleh singgah di sini. Anda boleh rasai peperangan antara pelanggan dan peniaga dengan menggunakan kalkulator sahaja. Anak-anak, sila belajar bagaimana caranya untuk tawar-menawar.
5. Tian An Men Square
Kawasan ini mempunyai banyak bangunan kerajaan. Forbidden City juga berada berdekatan kawasan ini. Di situlah tempat penggambaran cerita lama destinasi Cina berlaku. Kami tidak ke sana kerana ditutup pada hari Isnin. Semua bangunan dapat dilihat banyak bercirikan pengaruh Cina. Sangat cantik. Yang tak seronoknya, setiap tempat yang hendak dituju sangat jauh. Pejalan kaki juga ada laluan sehala. Banyak laluan ditutup dan perlu berpusing jauh. Ramai pegawai keselamatan ditempatkan untuk berada di setiap lorong bagi memastikan orang ramai tidak mengelat untuk masuk lorong yang salah.
Entah apa yang seronoknya kawasan ni bagi mereka. Layan je budak-budak tengah girang, kan. Muka abah, “Whatever…”
PENGALAMAN TAK DAPAT DILUPAKAN
Imbasan Keselamatan
Setiap kali memasuki stesen tren, kami akan diimbas. Beg kami terpaksa dimasukkan ke dalam mesin imbasan. Bayangkan sehari 10 kali keluar masuk stesen. Jenuh kami terpaksa buka beg. Kalau beg kecil tak apa. Kalau backpack besar yang 70 liter? Sekali gendong bukan satu beg, tapi 3 sekaligus. Beg gendong belakang, depan dan beg sling. Azabnya tak payah cakap. Nak pakai balik bukan main susah. Nak tolong pakaikan untuk anak-anak lagi. Ada sekali tu, sampai bercelaru sekali semua tali ketika sedang memasukkan beg-beg ke dalam mesin pengimbas.
Bayangkan semua beg ini perlu diimbas setiap kali masuk ke dalam stesen. Kalau pergi sendiri je rasanya mampu lagi tahan. Ini dengan keluarga. Banyak beg dibawa.
Tandas
Setakat ni, tak jumpa lagi tandas tak berpintu yang diwar-warkan sebelum ni. Tahap kebersihan pula, kami bagi 2 dari skala 5. Kami pejam mata je… Rasa nak menangis pun ada. Bau pula tak mampu nak tutup. Harapkan hidung tersumbat je ni. Kadang-kala bau, kadang-kala Allah matikan kejap deria bau. Syukur… Tak ada paip air dalam tandas. Yang ada hanya di sinki. Isi dahulu ke dalam botol. Barulah bawa bersama masuk ke tandas. Tisu dan sabun pun perlu bawa sendiri.
Seluar terbelah
Seluar ni bukan untuk orang dewasa. Ianya untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Anak-anak seusia itu tidak dipakaikan pampers. Proses membuang adalah di balik seluar terbelah tu. Kalau sebelum ni, kami hanya baca sahaja. Ini pengalaman kami, terjadi secara langsung depan mata kami. Semasa menunggu tren di Stesen Beijing West, kami suka melihat gelagat seorang bayi yang sangat comel. Pipinya merah dan labuh, badan gebu, rambut mencacak bagaikan berus sabut. Pendek kata sangat suka melihat keletahnya yang tergedek-gedek. Tiba-tiba ada nampak cecair kuning keluar di bawah tapak kaki. Ouh… Air kencing la… Ibunya buat tak tahu je. Dibiarkan bayi tu berjalan ke sana ke mari dengan cecair masih melekat di kaki. Kami dah mula rasa was-was dengan lantai kami pijak. Tak sampai beberapa minit, bayi tu berak pulak. Kalut ibu dan neneknya membantu bayi tu memudahkan proses berkumuh.
Dibiarkan najis tu di atas lantai sementara ibunya pula mengelap punggung bayi. Neneknya pula sibuk mengambil tisu dan membersih lantai yang dipenuhi najis.
Anak-anak kami terkedu melihat kejadian ini di hadapan mata sambil enak makan biskut Memang tak ada perasaan ke budak-budak ni? Hehe… Kami dah mula was-was memikirkan lantai tu sebab dah kotor terkena najis. Bukannya dibasuh dengan air pun. Lap macam tu je. Kami berpesan kepada diri sendiri, jangan sesekali gatal nak dukung bayi seusia tu. Pakaian yang kita pakai ni sentiasa dibawa bersolat.
Kami tidak mengutuk cara hidup mereka di sini. Boleh tahan juga rasa bernasib baik sebab mempunyai pengalaman macam ni. Haha!
Memotong barisan
Yang ni memang tak boleh nak cakap apa. Memang budaya mereka rasanya. Kami sedang beratur membeli barang, ada orang potong. Kami beratur masuk tren, sempat lagi orang mencelah ke depan. Pendek kata, di mana tempat beratur, di situ orang potong. Haha. Kalau anda rasa nak potong balik, boleh. Mereka tak kisah pun.
Tak kisahlah mereka tak beratur pun, kami perlu menunjukkan budaya yang elok di negara orang. Tunjukkan tauladan yang baik. Ingat, kita adalah duta kecil dari Malaysia.
Meludah
Jalan jangan pandang lantai. Penuh dengan lendir ludahan. Semasa taip ni pun ada rasa geli. Memang banyak. Banyak lagi daripada najis anjing. Tak kira lelaki, perempuan, tua, muda, memang suka meludah. Arghh!!! Hak! Tuiii! Kembang tekak mendengarnya. Kalau makan di kedai makan pun, boleh dengar daripada dapur tukang masak duk buat bunyi macam nak meludah. Eee…
Kami memang tidak sanggup nak memandang ke bawah. Ludahan ada di setiap inci lantai kaki yang dipijak.
Bising
Mereka tak bising. Mereka bersopan-santun sebagaimana kita. Cakap pun dengan nada volum biasa. Berbeza dengan tanggapan kami sebelum ini. Dalam tren mereka hanya diam. Semasa di dalam kedai makan pun diam. Yang bisingnya hanya di dalam kapal terbang sahaja. Yang ni sahaja buat kami rasa pelik. Kenapa bising sangat? Orang Cina Malaysia pun nampak hanya diam membisu melihat keadaan orang Cina main land. Kami dengar pramugara Malaysia sangat bengang akan kebisingan mereka di dalam kapal terbang. Kapal terbang jela. Yang lain ok.
Mereka tak bising pun. Ini suasana di dalam tren. Kat luar pun sama. Tak ada pun yang bercakap dengan suara yang kuat.
Murah
Kos perbelanjaan di sini sangat murah. Makan dan tiket boleh dikategori kos yang mampu bayar. Walaupun kami pergi berempat, tapi kos kami di sana tidaklah sebesar mana. Makan kami mewah. Kami makan apa yang kami mahu. Tak perlu nak jimat cermat bab makan ni. Tak macam negara Jepun yang kami jejaki tahun lepas.
Tengoklah harga yang dipamerkan. 2yuan sahaja sekeping. Murah je. Saiz roti pun besar-besar.
Baik hati dan suka membantu
Orang Cina sombong? Tak. Salah sekali tanggapan tu. Mereka sangat membantu. Yang ni membuatkan kami cukup terharu. Orangnya nampak garang dan tak suka senyum. Tapi, bila diminta bantuan, mereka akan terus membantu. Biarpun mempunyai masalah komunikasi. Mereka akan tetap sedaya-upaya membantu kami walaupun terpaksa install aplikasi translater dahulu untuk memudahkan berkomunikasi dengan kami. Mereka juga tidak kedekut untuk menggunakan data internet persendirian mereka untuk membantu kami.
Baik hati kan. Nak bungkus sikit ni pun dilayannya kami. Bungkus dalam plastik je. Jadilah kan daripada membazir. Boleh makan di dalam hotel nanti.
Suhu
Suhu sejuk di bawah takat beku inilah yang kami suka. Mana nak dapat rasa di Malaysia kan. Sejuk sehingga mencucuk kulit. Angin yang bertiup menyebabkan kami terketar-ketar. Tak mandi berhari-hari tu biasa. Jangan sangka walaupun bercuaca sejuk badan kita tak berpeluh. Badan akan tetap berbau. Pilih mandi atau lap badan sahaja. Kami tak berani acap sangat mandi kerana kulit akan naik gatal-gatal. Lembapkan badan dengan krim Nivea atau Vaseline.
Memang sangat sejuk. Tangan sentiasa berada di dalam poket. Dalam poket tu pula ada pad pemanas. Sejuknya bagai mencucuk-cucuk kulit. Pedih.
Nak cerita semua pengalaman di blog ni memang tak cukup. Terlampau banyak. Merantau ni seronok. Tak boleh nak gambar melalui penulisan. Terokailah sendiri. Coretan ini merupakan pengalaman yang kami alami sendiri. Lain orang, lain pengalaman. Nak tau tak, tak jumpa pun scammer yang kami paling risaukan sebelum pergi. Betullah kata orang, pergi dulu, baru tau. Jangan duk hanya mendengar kata orang sahaja. Kan jauh terpesong tanggapan tu. Hehe…
Untuk yang seterusnya, kami akan kongsikan pengalaman pergi ke Hohhot, Inner Mongolia pula. Masih lagi di dalam negara China. Mungkin akan buat travelog bersiri sebab Hohhot adalah satu tempat yang jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Terima kasih kerana sudi membaca, ya!
Saya tak pernah ke China tapi my parents and sister pernah. Diaorang pergi ikut travel guide. Yang tak bestnya travel guide tu paksa my family beli barang jugak daripada seller dekat tempat-tempat yang diaorang pergi tu. Rasanya travel guide tu dapat komisen sikit kot kalau ade tourist beli daripada diaorang.
Tak pernah sampai Beijing lagi tapi pernah sampai Shenzen & Zuhai. Maybe 1 day nak ke Tanah Besar China balik. Memang susah nak berkomunikasi di negara sana. Tapi dapat pengalaman dan merasai suasana kat negara mereka.
Pernah ke beijing juga tahun 2006. Bab meludah tu ya allah memang betul. Rasanya tak nak tengok pun jalan kat bawah. Rasa nak muntah. Mereka kat sana tak tau sangat nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
I have never been to Beijing, but the views and food there I've heard to be unique & breath-taking. would definitely plan a trip there with my kids one day.
sebelum pergi ke sana, saya memang buat pencarian blog dahulu. rata-rata cakap, jangan pergi dengan travel guide. kena upah rakyat tempatan untuk membawa rakyat malaysia berjalan-jalan. syarat yang dikenakan negara China adalah, perlu membaca pelancong dari luar negara untuk ke kedai atau pusat membeli-belah. di situlah income penjual dan kerajaan sana akan dapat. seeloknya, pergi sendiri.
Tak pernah lagi sampai ke china, baca kisah pengalaman2 rakan blogger teruja nak pergi sana, alhamdulilah mujur awak dan family tak ada apa-apa masa dekat kapal terbang waktu polis chek tu kan.. eh sate kala jengking alahai ada gak ke, paling part rasa kembang part meludah terbayang2 air liur kat lantai.. hahhahahah.. bab bayi yang berak buang air kencing muka cara ada mereka macam tu kut…
Wahh bagusnya perkongsian ni! Boleh dijadikan rujukan kalau lain kali nak bercuti ke Beijing dengan famili! Setakat ni tak pernah lagi ada pengalaman. Hihi.
Kalau untuk pertama kali, sesuai ke jadikan Beijing percutian luar negara pertama?
Bestnya baca pengalaman orang bercuti kat negara orang. Kita tak pernah sampai sini, tp satu hari ke sini bolehlah merukuk pd entri ni. Tapi muslimah berkopiah tu mmg rare
Tips yang sangat baik. Saya sendiri pun sampai terlupa akan hal scammers. Walaupun baru berjalan ke Indonesia atau Thai, takut juga hal begini terjadi apatah lagi ke tempat yang tak gunakan bahasa Inggeris langsung. Tempat menarik di China memang banyak. Memang teringin ke sana. But hal attitude, org wilayah PR ni memamg macm ni. Kalau ke negara lain pun perangai dorang masih sama. Seronok tengok dapat jenjalan ke sana. Masuk wishlist!
bestnya holiday out of Malaysia. last travel pun 3tahun lepas,lame gila xtravel luar negara. skg bz dan byk sgt hal nak di urus memandangkan semuanya sekarang perlu diurus sendiri . Myb next year insyaAllah nak plan lah walau sekali ke obersea
memang ada perancangan nak pergi Beijing tapi tak tahu bila… terima kasih diatas perkongsian ini boleh sy rujuk untuk kesana nanti. Nampak family awk enjoy dengan trip ini.
Blogger unknown… Dah pergi ke september aritu? Nak mesej kamu tak ada tinggal jejak pula. Ingat nak tanya perkembangan terkini di Beijing. Saya insyaAllah akan ke sana 3 Disember ini.
Lagi…nak tanya, tentang penggunaan lotion…memang perlu ke disapu keseluruh badan untuk mengelakkan kulit kering? Boleh guna apa-apa jenis lotion atau ada lotion khas untuk musim sejuk?
Ok….ni soalan last…di bilik hotel sejuk seperti di luar atau tidak? Perlukah bawa baju tidur khas atau memadai pakai fleece jeket tu saja waktu tidur? ?
Saya tak pernah ke China tapi my parents and sister pernah. Diaorang pergi ikut travel guide. Yang tak bestnya travel guide tu paksa my family beli barang jugak daripada seller dekat tempat-tempat yang diaorang pergi tu. Rasanya travel guide tu dapat komisen sikit kot kalau ade tourist beli daripada diaorang.
Tak pernah sampai Beijing lagi tapi pernah sampai Shenzen & Zuhai. Maybe 1 day nak ke Tanah Besar China balik. Memang susah nak berkomunikasi di negara sana. Tapi dapat pengalaman dan merasai suasana kat negara mereka.
Pernah ke beijing juga tahun 2006. Bab meludah tu ya allah memang betul. Rasanya tak nak tengok pun jalan kat bawah. Rasa nak muntah. Mereka kat sana tak tau sangat nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
I have never been to Beijing, but the views and food there I've heard to be unique & breath-taking. would definitely plan a trip there with my kids one day.
sebelum pergi ke sana, saya memang buat pencarian blog dahulu. rata-rata cakap, jangan pergi dengan travel guide. kena upah rakyat tempatan untuk membawa rakyat malaysia berjalan-jalan. syarat yang dikenakan negara China adalah, perlu membaca pelancong dari luar negara untuk ke kedai atau pusat membeli-belah. di situlah income penjual dan kerajaan sana akan dapat. seeloknya, pergi sendiri.
meludah tu tak tahan kan. yang lain so far ok. tak tahu berbahasa inggeris pun tak apa. boleh lagi rujuk map.
you should come with your kids. the prices not so high as we thought
dapat merasai pengalaman berada di negara mereka sudah cukup memadai. lain orang, lain pengalaman
Tak pernah pergi Beijing lagi. Tapi lepas tengok post ni, rasa geli pulak….Memang tak suka sgt China
seronoknya bermusafir ke Beijing. macam-macam tempat menarik ada di sana. sate kala jengking tu memang rare..huuu
http://www.maisarahsidi.com
Seronok baca dari mula smpi akhir. Macam2 perasaan ada. Tak tahan bab meludah tu. Hihi..?
Jauh berjalan luas pemandangan. ?
sisintan.blogspot.my
Tak pernah lagi sampai ke china, baca kisah pengalaman2 rakan blogger teruja nak pergi sana, alhamdulilah mujur awak dan family tak ada apa-apa masa dekat kapal terbang waktu polis chek tu kan.. eh sate kala jengking alahai ada gak ke, paling part rasa kembang part meludah terbayang2 air liur kat lantai.. hahhahahah.. bab bayi yang berak buang air kencing muka cara ada mereka macam tu kut…
Wahh bagusnya perkongsian ni! Boleh dijadikan rujukan kalau lain kali nak bercuti ke Beijing dengan famili! Setakat ni tak pernah lagi ada pengalaman. Hihi.
Kalau untuk pertama kali, sesuai ke jadikan Beijing percutian luar negara pertama?
Bestnya baca pengalaman orang bercuti kat negara orang. Kita tak pernah sampai sini, tp satu hari ke sini bolehlah merukuk pd entri ni. Tapi muslimah berkopiah tu mmg rare
Tips yang sangat baik. Saya sendiri pun sampai terlupa akan hal scammers. Walaupun baru berjalan ke Indonesia atau Thai, takut juga hal begini terjadi apatah lagi ke tempat yang tak gunakan bahasa Inggeris langsung. Tempat menarik di China memang banyak. Memang teringin ke sana. But hal attitude, org wilayah PR ni memamg macm ni. Kalau ke negara lain pun perangai dorang masih sama. Seronok tengok dapat jenjalan ke sana. Masuk wishlist!
Tak pernah jejak beijing lagi , macam negara tak bersih aje kan . Aduhaii lepas baca entri ni pikir banyak kali sama ada nak ke sini ke tak
Best baca. Tapi certain part buat kita was was nak pegi situ. Terutama bab geli-geli tu. Kang tak makan kat situ. Haha
bestnya holiday out of Malaysia. last travel pun 3tahun lepas,lame gila xtravel luar negara. skg bz dan byk sgt hal nak di urus memandangkan semuanya sekarang perlu diurus sendiri . Myb next year insyaAllah nak plan lah walau sekali ke obersea
Seronok dapat tgk tempat & budaya orang kan? Suhu sejuk -1° tu anak2 ok ke?
memang ada perancangan nak pergi Beijing tapi tak tahu bila… terima kasih diatas perkongsian ini boleh sy rujuk untuk kesana nanti. Nampak family awk enjoy dengan trip ini.
teringin nak pi Beijing juga. Nampak banyak tempat best ni !
Syoknya pi beijing dalam musim sejuk tu.. eh.. memang musim sejuk sentiasa ke ye? bestnya ..
Wow syok bila pergi time sejuk, tempatnya memang menarik I nak letak dalam wishlist I la
Salaam. Terima kasih berkongsi cerita terkini tentang Beijing 2017.
sama-sama
Salam kak. Tq i fo. Saya akn ke beijing mggu ni. Byk sya bca blog yg lain. Byk sama. Tp cerita akk ni lain sikit. So dpt la ilmu dri blog akk. Tq ya
seronok baca percution uolls ke beijing.Perlu visa ke?kite buat sendri ke?
Salam kak..nk tnya..salji turun x kt sne eh..? 20/12 -26/12ni saya ke beijing brcuti..tringin juga nk main salji..rse² ad x ehsalji trun time tu?
sama-sama. benda baik kena share
perlu. buat kat mana2 kedai travel agensi pun takde masalah. saya buat kat bandar kemaman ni je
waktu saya pergi tu takde salji. pulang je Malaysia terus turun salji kat sana. huhu… takde rezeki kami
Blogger unknown… Dah pergi ke september aritu? Nak mesej kamu tak ada tinggal jejak pula. Ingat nak tanya perkembangan terkini di Beijing. Saya insyaAllah akan ke sana 3 Disember ini.
Kalau dah pakai sarung tangan tu, perlu juga ke ada pad pemanas? Kalau perlu, saya nak beli siap-siap.
Lagi…nak tanya, tentang penggunaan lotion…memang perlu ke disapu keseluruh badan untuk mengelakkan kulit kering? Boleh guna apa-apa jenis lotion atau ada lotion khas untuk musim sejuk?
Ok….ni soalan last…di bilik hotel sejuk seperti di luar atau tidak? Perlukah bawa baju tidur khas atau memadai pakai fleece jeket tu saja waktu tidur? ?
boleh pm ke FB Nhazla Fikri atau Azizi Aziz
maaf banyak2. memang jarang perasan notification mesej baru di blog
Berapa ye bajet die semua sekali?,nie first time saye travel oversea,so minx tunjuk ajar atau tips,
kami pergi 4 sekeluarga tak lebih 7k untuk total upper and lower ground cost. entry di sini termasuk dengan tips
[…] Pengalaman ke Beijing Disember 2017 […]
[…] Previous< Pengalaman ke Being Disember 2017 […]