Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling
Entri dah lama di up up semula! Rugi la ilmu ni kita simpan je kan. Walaupun kejadian ni dah berlaku pada tahun 2017, nak jugak buat panduan kepada traveller lain. Suasana kami menapak ke Tembok Besar China masih terbayang segar dalam ingatan walaupun dah 3 tahun berlalu. Dengan adanya entri ini, sekurang-kurangnya terubat la rindu aku akan pengalaman lepas.
Pengalaman ke Beijing Disember 2017
Sedih pilu buat apa. Aku teruskan cerita macam mana nak ke sana. Aku dah pakat siap-siap dengan laki aku nak naik bas ke sana. Tembok Besar China ni ada banyak pintu. Yang aku tau hanya pintu di Mutianyu dan Badaling je paling dekat area Beijing. Dan pintu Badaling lah yang paling dekat dengan tempat aku menginap.
Dari Hutong, kami bertolak seawal 7 pagi menuju dengan menaiki tren subway ke Deshengmen Station untuk mencari bas bernombor 877. Pastikan kad mempunyai kredit. Kalau takde sila topup dulu. Anak kami seorang tu tak cukup tinggi. Maka takde kad. Naik percuma je. Kalau negara kita ikut umur kan.
Cari bas ni bukan main lama. Tanya orang, orang tak faham bahasa Inggeris. Tanya Bahasa Melayu lagi la bengong kan. Tapi, aku salute la rakyat China ni. Waktu pagi macam ni mereka sibuk berkejar nak pergi kerja. Sibuk macam mana pun mereka ni, akan tolong jugak kami cari bas tu sampai jumpa. Tak kira mereka berkot hitam atau pakcik tua yang sibuk sapu sampah, mereka tetap berhenti daripada melakukan aktiviti dan cuba membantu kami. Semuanya pertolongan ini tak membantu sebenarnya. Hahaha
Masalahnya adalah komunikasi. Tempat mereka tunjuk pun tak sampai betul-betul di depan bas. Ada lagi sorang pakcik ni asyik cakap je. Sepatah haram tak faham. Mungkin keadaan kami ni nampak kecoh, akhirnya makin ramai bantu kami untuk terus sampai ke bas. Alhamdulillah. Akhirnya kami berada juga di dalam bas yang betul. Segan betul la…
Dari jauh nampak driver bas melambai-lambai pada kami. Mungkin boleh cam kami ni foreigner dan ke mana lagi foreigner macam kami nak pergi kalau bukan ke Tembok Besar China kan. Naik je bas terus gerak tanpa menunggu seminit pun. Mujur sempat. Sebenarnya banyak juga buah mujur pagi ni.
Perjalanan kami ke sana selama mengambil masa 1 jam setengah. Layan tidur la dulu. Tapi tak boleh nak lelap pun. Sebab syok menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Tak sama dengan Malaysia. Cerah la mata duk tengok kat tingkap luar. Dalam bas ada seorang guide yang memberi penerangan dalam bahasa Cina. Mungkin sedang menceritakan sejarah Tembok Besar China. Mungkin.
Ngam sejam perjalanan, kami tiba pukul 9 pagi di pintu masuk Badaling Tembok Besar China. Dari jauh dah nampak tembok panjang macam ular melingkar atas bukit. Perasaan teruja tu Allah je tau. Semangat nak turun takyah cakap.
Sekitar di Tembok Besar China. Ikut hati nak daki ke puncak. Tapi tau, kami tak mampu. Salah, bukan kami, aku je. Beringat sedang bawa sorang lagi dalam perut (kandungan usia 3 bulan) Turun bas, berasa sejuk yang amat. Tangan dah macam air batu. Cakap sikit dah gigil. Asap dah keluar berkepul-kepul dari mulut. Naura tambah pakai selapis lagi baju. Tak tahan katanya. Usah dicabar musim sejuk bulan 12 ni. Kami pun dah mula bukak dan pakai pad pemanas yang dibeli di Daiso, Malaysia. Sejuk macam nak naik balik atas bas. Tapi rugilah kan kalau dah sampai tapi langsung taknak jejak.
Jauh juga menapak ke kaunter tiket. Harga 70 yuan seorang. Naik kejap je. Sebab makin jauh, makin curam. Jalan, berhenti. Jalan berhenti. Pemandangan? Memang tak boleh tangkis. Teramat cantik. Biasa tengok tv tengok buku je kan. Ini live depan mata. Gembira tak terkata
Aku kepilkan beberapa keping gambar untuk memudahkan korang nak ke sana nanti. Ingat. Ni pintu Badaling. Nak ke pintu Mutianyu aku tak tau. Dengar cerita sana ada gelungsur berbayar. Nak naik bas dengan harga tiket murah, boleh ikut cara aku. Step by step dah aku cerita ni.
Harap boleh membantu sesiapa yang teringin ke Tembok Besar China melalui pintu Badaling. Mudah dan murah. Terpaksa jimatkan duit sebab rakyat ramai. Lagipun sengaja nak budak-budak ni rasa macam mana naik bas kat negara luar. Seronok mereka lain macam. Mereka happy, aku pun happy. Biarpun letihnya waktu pregnant tak payah nak cerita.
“China like never before”
Happy travel guys. We are familypacker. Oyeah! Bertemu di entri lain. Bye!
24 thoughts on “Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Apprehend is a seize develop of the confines classification greatly as your team. nhazlafikri.com
http://bit.ly/2KvNh76
Tembok Besar Cina ni mmg ada dalam wishlist nak travel sejak zaman sekolah lagi tau. Tapi x sampai-sampai pun lagi. Huhu. Thanks share! Boleh book mark siap-siap kot ada rezeki ke nak pegi nnt hehe
insyaAllah
Rupanya masa saya pergi Beijing tahun 2009 memang pergi Great Wall di Badaling. Ada banyak juga tempat Great Wall ni seperti Mutianyu, Simatai. Saya ikut tour china kat Tiannamen Square. Adeh….seorang pun tak reti berbahasa inggeris. Alehnya tanya ikut bahasa isyarat je la…hehehe. Cantik betul permandangan kat sana tapi sejuknya memang sejuk betul….
mudah je kalau pergi sendiri pun. tahniah dah sampai ke sana
Tak pernah pergi. Tapi baca story sis ni buatkan sy nak sgt pergi. Hebat sgt sis, dgn bwk baby dlm perut lg. Terima kasih sharing yg sgt berguna ni. Kene save siap2 ni ?
bagusnya entry ni very details! next time kalau ke sini boleh la refer kat sini ahahahah . best betul dapat baca, nanti share la gak penginapan dan makan macam mana
Tembok besar ni memang dalam wishlist sebab eight wonders in the world kan.. kalau tengok dalam gambar pon teruja apetah lagi kalau dah depan mata kan? Hebat orang dulu buat tembok nih. .kena buat tabung cecepat nih ..
Baik2 org2 china kat sana ye..even diorg masih x dpt berkomunikasi ..semangat nak tolong tu berkobar2..dpt bygkan mcm mn diorg tu sungguh2 nak tolong korg..
Ya Allah, teringinnya nak pergi sana. Terpukau bila tengok pemandangan yg cantik tu. Selalu tengok dalam gambar & video je, bilalah dapat nak ke sana. Memang salah satu tempat yang dalam wishlist untuk lawati. terima kasih share ya 🙂
cantik sungguh tempat yang dikunjungi, tertarik buat nak pergi situ juga. Alhamdulillah mereka ikhlas nak bantu. Moga di Malaysia pun kita pakat-pakat bantu juga macam mereka InsyaAllah
Wahhh bestnya dah dampai Tembok besar Cina kita sendiri nak sampai negara cina pun susah wakakakaka.. Cantik dan menarik lah kat sini nak pergi juga satu hari nanti…
bestnya tengok dapat pergi ke negara orang..suka tengok kawan-kwan jalan..dalam hati moga ada rezeki ku pergi jua..ehhee…
Rawlins memang menangis kalau pergi China nie – macam ayam dengan itik sebab memasing tak paham. Tu sebab beberapa kali pergi sana mesti ada kawan yang paham Mandarin/ membantu. Kalau tak boleh bergaduh.
Pehhh salah satu tempat famous di China ni. Kalau dah sampai China memang kena jejak tempat ni. Thank you for the sharing awak. Kalau guna lublic transport time travel ni memang kena study awal-awal kan.
Bestnyaaaa.. Kita malaysia pun tak habis jelajah. Kalau nak ke luar negara susah sikit. Sebab husbnd kerja Army. Susah kan. Tapi plan nak jalan jalan dalam malaysia je la dulu. Tapi memang seronok la kalau dapat pergi negara orang kan. Dapat tengok prmandangan yang baru.
One fine day nak pergi China. Nak juga rajin travel. Hehe. Thanks sharing. Boleh jadi panduan berguna nnt nak travel.
Tembok Besar China memang ada dalam wishlist travel Lia tau. Bagus juga sharing pasal ni atleast tau macam mana nak ke sana nanti. Teringin nak gi sana sendiri & merasa sendiri suasana kat sana.
Wah, macam mana boleh jalan jauh jauh macam tu dengan pregnant. Hahaha. Kalau saya pengsan dah. Tapi cantik nya view dia. One day harap harap dapat lah pergi sini jugak
You really amazes me. I doubt I could walk as far as you could if I were pregnant. Then again I am sure the long walk was rewarding with that breathtaking view. 🙂 I wish I could visit this iconic landmark one day too.
I really appreciate this post. I’ve been looking everywhere for this! Thank goodness I found it on Bing. You’ve made my day! Thx again
Good article! We are linking to this particularly great content on our website. Keep up the great writing.
keren, artikel ini sangat bagus. aku jadi mengetahui banyak hal dari artikel ini. keren!!!
[…] Naik bas ke Tembok Besar China #Pintu Badaling >Next […]