ke luar negara
Persediaan menghadapi musim sejuk – #Travel edition

Persediaan menghadapi musim sejuk – #Travel edition

Negara Malaysia merupakan negara bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Nak rasa sejuk pergi Cameron Highland. Di sana boleh la cecah suhu 22 celcius. Kena plak musim hujan, dapat suhu rendah sehingga 14 celcius. Pun dah menggigil kan. Bukan main sarung jaket tebal dengan suhu macam tu. Pernah tak rasa suhu bawah 0 darjah celcius di negara seperti China dan Jepun?

Dua negara tersebut aku dah jejaki di musim sejuk bulan Disember. Sejuknya jangan dicabar. Bila dah merasa, memang tobat taknak ulang rasa sejuk tu. Ni tips buat sesiapa yang pertama kali nak pergi ke negara bercuaca musim sejuk. Kalau persediaan tak ada boleh memberi masalah yang sangat besar nanti bila dah tiba di sana. Aku hanya berkongsi pengalaman sendiri. Jika anda ada tambahan maklumat yang mahu dikongsi bersama, boleh tulis di bahagian komen di bawah.

1. PAKAIAN

Pakaian ni adalah kain yang menutupi badan bermula daripada atas kepala sehingga ke hujung kaki. Aku terangkan berperingkat.

BAJU

Baju yang wajib 4 lapis. Long john, tshirt harian, fleece dan jaket tebal. Jika anda nak pakai lebih daripada yang dicadangkan ini terpulanglah. Tapi ini yang diperlukan waktu berada di negara yang sedang mengalami musim sejuk. Jangan dibanding waktu musim bunga atau musim luruh. Suhu dan cuaca yang langsung tak sama. Suhu di musim sejuk jauh lebih rendah berbanding musim-musim yang lain. Musim lain boleh lagi pakaian santai-santai.

Aku cadangkan beli bundle dulu di Malaysia. Tak pun, beli la apa-apa brand pun sekadar nak buat back up semasa tiba. Sampai sana baru beli lain. Material yang dijual di negara yang dilawati bersesuaian dengan cuaca di negara mereka. Tak perlu mahal-mahal. Memadai beli di pasar local je. Aku ada seluar yang dibeli di Inner Mongolia. Nipis je. Tak perlu pakai inner / long john. Hangat rasanya. Murah je harga. Masih disimpan sebab takkan jumpa di Malaysia. Kalau ada pun, rasanya mahal berlipat ganda.


Ini adalah salah satu jaket yang boleh dibeli di laman Lazada. Bulu di hood boleh menghalang angin sejuk di muka. Ni baru RM43.70. Boleh la kan nak buat back up sebelum beli baru.

Long john / Thermal wear. Sama je. Lapisan pertama sebelum menyarung lapisan seterusnya. Walaupun nipis, tapi kainnya padat dan melekat.

Fleece atau dikenali sebagai sweater kebiasaan pelajar perempuan pakai waktu nak turun ke dewan makan.Fleece ni elok beli yang takde hood. Sebab jaket dah siap ada. Buat serabut.

SELUAR

Jeans! Aku la suka jeans ni. Sebab boleh lasak. Bawa la lebih satu. Karang kotor jenuh nak membeli. Boleh la jugak nak tukar-tukar kan. Aku tengok ada je pakai skirt. Pakaian bahagian dalam kaki macam mana aku tak pasti. Sebab aku tak pernah pakai skirt, jubah atau kain baju kurung. Tengok orang lain slumber je photoshoot raya kat tengah padang bersalji.

MUFFLER SCARFT

Penting… Ingatkan macam orang sengaja nak bergaya kan. Sebenarnya boleh menutup mulut dan leher. Sekali angin bertiup kena muka, fuh, perit! Tajam je masuk lubang hidung. Hidung pun mula la berair. Syoknya muffler ni, macam-macam ikatan boleh belajar. Macam belit tudung shawl. Sebaiknya material wool.

Macam belit tudung shawl. Seronok!. Sesuainya cari yang wool.

STOKIN + KASUT

Usah percaya la teknologi heat teach tu. Aku pakai 3 lapis pun takde kesan. Dah macam air batu setiap jari kaki. Beli la yang wool. Aku book dengan seorang kawan ni yang kebetulan ke Rusia. Faham jela suhu Rusia tu macam mana. Kebanyakan tempat ekstrim. Rezeki dapat stokin wool ni. Buku biri-biri tak silap. Jangan buat gatal pakai time hiking. Gila macam jalan atas bara api!

Ni kasut kami sekeluarga. Aku pakai Timberland. Promosi kat Genting Highland Outlet.

Kasut perlulah bertutup. Seeloknya bahan kulit. Kalau takde, nak pakai yang Nike running tu boleh je. Sejuk tanggung sendiri. Kah!

SARUNG TANGAN / MITTEN GLOVE

Kena ada wei. Taknak pakai sebab nak tekan button shutter kamera. Atau susah nak scroll handphone. Macam-macam dah sekarang ni. Teknologi dah makin maju. Mahal murah je. Dan pastikan, sarung tangan muat masuk poket. Cuaca sejuk memang tangan akan malu-malu nak berada di luar. Sentiasa masuk poket sebab jari tak tahan la. Tapi, kalau berada di suhu -22 dan ke bawah, memang nak sarung tangan yang tebal. Tak daya nak sembunyikan tangan dah!

Berseluar jeans, mitten glove dan muffler scarf. Bukan sekadar fesyen. Tapi pakaian nak survive kat negara sejuk. Kalau perhatikan, kebanyakan memilih warna hitam untuk jaket.

2. PENJAGAAN KULIT

Tak kira la lelaki atau perempuan, sila pastikan kulit dalam keadaan lembap. Cuaca sejuk ni tanpa kita sedar sebenarnya kita dalam keadaan kering. Aku siap kena gatal-gatal lagi. Berdarah bernanah kat kaki. Bibir kering sehinggakan kulit menggelupas dan akhirnya berdarah. Nak tarik tak boleh. Terpaksa pakai ketip kuku.

Aku dulu bawak lotion Baby Johnson. Tak jadi pun. Aku pakai Nivea dan Vesaline. Memang dah tak terkena dah macam sebelum ni. Takde la jari ni rasa nak menggaru je. Sebelum keluar, sapu dulu di kulit. Muka dan seluruh badan. Bibir sekali. Kuku pun. Pendek kata, satu badan la. Tolak rambut, kening dan seumpamanya.

Ada yang cadangkan guna lotion ni. Takde dijual di Malaysia. Ni di pasaraya Niujie, Beijing. Aku tak beli pun sebab memadai dengan Nivea dan Vesaline.

3. BODY WARMER HEATING

Aku beli kat Daiso di Malaysia. Bawak banyak jugak la. Ikut jumlah hari berjalan. Aku biasa guna di bahagian depan dan letak dalam poket jaket. Boleh mengurangkan rasa sejuk. Jangan lekat terus di kulit. Terbakar kulit tu nanti sebab over heat. Tampal pada baju lapisan pertama.

Body warmer heating ni kecik comel je. Tapi kuasanya mampu bertahan selama 6-8 jam. Sepaket sehari je. Tak berat pun luggage walaupun fly jauh dari Malaysia. Kat negara lain aku tak sure ada ke tak

4. BATERI GAJET

Tak lain tak bukan, spare bateri handset dan kamera. Aku pakai handset jenama Experia XZ semasa suhu -16 darjah celcius. Maintain je bertahan. Tapi, handset laki aku jenama Iphone 5S dah kong. Padahal full bateri. Keluar je daripada train, terus drop bateri. Sampai mati handset tu. Dah la kritikal nak contact orang. Cuaca macam tu lagi. Menggelupur cari power bank sambung pada phone. Leceh la dengan kabel bersambung macam tu.

Bateri kamera pun sama. Kejap je dari 3 bar, menjadi 1 bar. Tak sampai 3 jam kat luar. Dah nak kena tukar bateri tambahan. Nasib baik ada. Bukan sebab kami banyak ambil gambar. Tapi disebabkan cuaca sejuk yang melampau membuatkan bateri semua drop. Aku tak boleh la tak snap gambar. Sayang datang jauh tapi kamera buat hal. Dah la handset dah problem jugak.

5. MAKANAN

Dah cuaca sejuk, mesti la perut cepat lapar. Tang tu nak makan, tang tu jugak nak cari kedai halal memang menggigil dulu la jawabnya. Sediakan snek mudah dimakan seperti Cokelat Sneakers, Cokelat Energy Bar, biskut, roti, air kotak, pisang atau apa-apa yang boleh diisi buat sementara.

Nampak macam over kan. Bila bawak anak, inilah perkara diutamakan. Yang gerak solo, situasi perut budak kecik dengan korang takkan sama. Nak makan kat luar nak menikmati makanan local? Kalau sempat. Budak ni macam-macam peel.

Macam aku yang rakyat ramai ni, aku akan bahagikan makanan di dalam beg masing-masing. Nak makan, ambil dalam beg sendiri. Tapi, pastikan satu je makan. Jangan lahap sangat. Kalau tak, stok akan cepat habis. Menggagau la nak refill balik.

Setakat ini sahaja tips yang aku boleh kongsikan. Maafkan aku jika nampak poyo dalam menyampaikan content. Aku cuma memberi maklumat berdasarkan pengalaman seciput aje. Pun begitu, aku tetap nak sampaikan kepada traveller yang buat pertama kali ke luar negara terutama sekali pada musim sejuk. Jangan sesekali mencabar cuaca dingin ni. Aku dah perit!

Dah kena sekali, maka banyak la aku menggali maklumat sebagai langkah persediaan. Macam korang yang sedang baca ni la. Dan alhamdulillah, aku berjaya menangan kali kedua di musim sejuk yang suhunya memang tak boleh bawak bincang. Jadi, tahniah buat anda kerana bijak membuat research sebelum berangkat. Selamat mengembara!!!


I read, I travel, I become

Derek walcott –

20 thoughts on “Persediaan menghadapi musim sejuk – #Travel edition

    • Author gravatar

      Bagusnya info ni. Bella belum pernah sampai ke negara sejuk-sejuk ni. Kalau penghidap asma mampu ke nak tahan cuaca sejuk tu ye. Kita rasa macam tak larat je nak hadap kesejukan tu. Btw, lengkap la semua tips. Kalau nak coat cantik2 dan murah beli kat sana pun ada kan.

    • Author gravatar

      Pertama nak ucapkan terima kasih kerana memberi satu cadangan dan nasihat sebegini kepada kami yang tidak biasa cuaca sejuk di luar negara.

      Nampak cam best ja. hehe

    • Author gravatar

      Nak travel musim sejuk la paling leceh. banyak benda nak kena prepare. pakaian kasut bagai. tak boleh simply bawak je. silap2 beku hahahaha.

    • Author gravatar

      Bila nak pergi ketempat yg brcuaca sejuk memang seronok, tapi bila dah sampai rasa nak balik..hahaha.
      Memang macam2 barang kena bawak, tapi selengkap2 yang kita bawak pun..kalau sejenis yg tak tahan sejuk..memang cramp tulang dibuatnya

    • Author gravatar

      Tak pernah lagi pergi jalan jalan ke negara sejuk. EH sebenarnya dah lama tak pergi berjalan ke luar malaysia pun. Tapi mana au ada rezeki nak keluar next time kan. Boleh refer entry ni nanti

    • Author gravatar

      Thanks so much share tips travelling di negara sejuk. Yang paling membantu adalah pasal pakaian dan pakaian dalam tu. Rawlins pun jenis yang tak beli berjenama, beli kat bundle je.

    • Author gravatar

      Bagus post ni, masa suami nak travel ke Korea dulu dia buntu nak prepare apa. Alhamdulillah dia selamat redah musim sejuk kali pertama tapi walaupun dah ada warmer semua dia masih tak tahan. Haha.. Untuk Hot Pack tu, dia cakap tak payah beli dekat Msia, dekat luar negara pun ada jual, especially asian countries yang ada musim sejuk. Beli dekat sana lagi murah, and tak payah semak dalam luggage.

    • Author gravatar

      Bila nak travel tempat sejuk ni memang best tapi time nak packing tu memang betul2 kena plan apa nak bawak kan. Sebab salah bawak baju takut kesejukan pulak. pastu tips nak susun barang dalam beg pun kena tau juga. maklum la baju tebal2 kan. Oh ya, pasal fon tu ya kena gak dulu. naik atas bukit bersalji terus telefon mati tetiba.. panik gak time tu ingat rosak ke hape.. huhi

    • Author gravatar

      Lia pernah sampai HongKong tu pun suhu 7 celcius rasa sejuk sangat. banyak beli baju dalam Uniqlo je sebab lia memang jenis taktahan sejuk juga.

    • Author gravatar

      Fuh. So far kalau travel season winter pun, dah penghujung winter. Itu pun masih 2-3 degree lagi, still sejuk. Tak boleh bayang kalau negative tu macam mana la kesejukan dia. Btw, baju yang awak beli kat Lazada tu, Nad pun ada beli hehe. Memang best, always pakai bulu-bulu tu sebab rasa suam jee.

    • Author gravatar

      Thanks for sharing such informative info! I can see that you have done a lot research, I don’t enjoy cold weather but is important to stay warm when you are in cold country!

    • Author gravatar

      Bagus ada info ni. At least dapat tambah ilmu pengetahuan. Walaupun kita tak pernah ke luar negara. Sejuk kat CH pun tak tahan. Haha.. Kalau pergi tempat sejuk macam ni ntah macam mana la. Duduk buat unggun api je la kot. Hehhe
      Erm.. Bab bateri fon cepat kong tu kita tak tahu pula. Baca dari sini baru tahu cuaca sejuk boleh menganggu.

    • Author gravatar

      saya pernah pergi tinggal di negara musim sejuk tahun 2014 dan saya sangatlah noob masa tu tak bawa baju sejuk apa pon. hahahaha. end up terpaksa beli dekat sana. bagus tips2 nie sbb ramai je yang xada pengalaman ke negara musim sejuk

    • Author gravatar

      Yah! There are more things to prepare to travel during winter season. Thermal Wear is important to keep the body warm.

    • Author gravatar

      Didn’t realize cold weather boleh buat bateri cepat drop. New info! Thanks for the tips!

    • Author gravatar

      Terima kasihlah bg tip elok sgt sbb bln 12 ni kak nk gi Turki, pernah gi Korea time spring tp sjk jgklah bila kena angin, pakai baju long John mmg dah ada cuma utk huby jer blm risau gak sbb dia jenis xthn sejuk npknya kena bwk baju lbh utk dia, ttg phone tu kak pun kena ingatan rosak. M

    • Author gravatar

      Ruby dah lama tak baca blog tentang tips travel macam ni. Sangat berguna! Hehehe. Dulu masa travel tempat sejuk, semua barang diatas amat diperlukan. Cuma zaman ruby tu tak la mudah untuk mencari semua barang tu. Macam pakaian warmer tu, ada jual kat uniqlo. Mudah kan? Barang kecik-kecik tu kat Daiso ada. Kalau plan betul-betul, boleh dapat stok murah dari shopee aje. Sebab delivery dari China kan ambil masa 2 minggu. So better plan sesiap apa yang diperlukan. Al maklumlah kita ni mak mak yang sediakan barang. Hehe.

Leave a Reply