Thailand
Travelog Koh Samui Thailand

Travelog Koh Samui Thailand

Pergi bulan Mac 2018, tapi siap videolog ni bulan September. Makan masa 5 bulan jugak nak siap. Bukan mudah… Semuanya disebabkan kekangan masa dan kesihatan yang tidak diizinkan. Sekarang pun dah ada baby. Bertambah seorang lagi ahli backpackers family travel. Seronoknya. Semakin meriah perjalanan kami di kemudian hari.   Shoot tak banyak. Mungkin sebab road trip ni lebih memenatkan. Nampak je boleh duduk, santai-santai, drive slow… Tapi, mental boleh tahan rasa penat. Kalau sebelum ni travel orang lain yang driver. Berjam-jam pun takde masalah. Ni kita yang drive dan kena hadap sampai 8 9 jam. Memang lesulah badan dan mental ni. 

Walaupun penat, semuanya berbaloi. Teruja nak tengok tempat orang tu yang menggantikan segala penat lelah. Tempat cantik. Orangnya awesome. Makanan heaven. Eh, boleh kata semua tip top. Nak jugak? Kenalah pergi sendiri. Sebelum tu, tengok dulu videolog ni. Konpem hati merintih mau jejak kaki ke Thailand.    Tekan HD untuk paparan yang menarik dan jelas.

Shoot by GoPro Black Hero 5  Olympus OMD EM 10 M II Experia XZ

Edited : Vegas Pro 10

Background Song : Ride by Twenty One – Pilot Alex Aiono cover 

AMAZING THAILAND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *